Curlass wedding sepupu saya sorang ni iaitu Wani. Lokasi
majlis hari bersejarahnya diraikan bersama-sama tetamu di tepi Pantai Sura,
Dungun tue. Kalau dah nama tepi pantai dapatlah menikmati angin pantai yang
segar & nyaman, melihat pohon-pohon ru & ombak yang tak berhenti-henti
memukul pantai. Dah macam bertemakan beach wedding pun ada.
Lokasi wedding yang berdekatan dengan pantai
Actually sepupu tak adalah memilih konsep beach wedding pun. Kebetulan nampak macam beach wedding sebab
homestay yang dia pilih untuk mengadakan majlis perkahwinanya betul-betul di
tepi pantai. Nama pun di daerah Dungun yang sememangnya berdekatan dengan laut. Tu yang boleh nampak permandangan
pantai dari tempat majlis perkahwinan Wanie. Tapi kalau buat di rumah parents
nya tak akan nampaklah pantai nya sebab rumah parents nya ke dalam
sedikit. Permandangan pantai terhalang oleh rumah-rumah lain.
Bawak Dak Zafran berjalan tepi pantai terus lupakan gadget. Dia kalau pergi tempat-tempat cantik memang mood terus jadi baik.Tak tau ikut perangai sape..haha
Sampai-sampai sahaja tempat majlis, terus makan dahulu &
berborak dengan saudara-mara. Dah makan, tengok pengantin still busy sebab
rombongan belah pengantin lelaki ada lagi. Diorang nak bergambar dulu &
etc. Saya & Gediks family apalagi pergilah ke pantai nak menikmati udara
yangs segar & melihat ombak memukul pantai. Di seberang jalan, ada banyak deretan
pokok ru. Memang cantik buat photoshoot di situ. Dengan ada pasir pantainya
lagi. Pengantin pun pilih situ sahaja untuk buat photoshoot. Tak perlu pergi
cari tempat lain.
Boleh pulak posing pegang donut. Time ni tengah suapkan donut kat Zafran
Cuaca pada hari itu pun tersangatlah baik & cantik sangat.
Langsung tak turun hujan pun sepanjang saya berada di tempat majlis iaitu dari
pukul 12pm hingga pukul 5pm. Padahal
time ni musim tengkujuh kot di pantai timur. Memang rezeki pengantin sangat.
Lagi rezeki bila dapat tahu esoknya (sehari selepas hari majlis) hujan tak
berhenti turun sampai air naik di lokasi majlis perkahwinan Wani. Semalamnya
hujan tak turun pun. Memang Allah SWT sangat merahmati perkahwinan korang
berdua.
Tunjuk sunset kat Dak Zafran
Selesai melepas-lepak di tepi pantai, pergi ke tempat majlis
balik. Nak bergambar dengan pengantin. Tapi dapat bergambar dengan Wanie
sahaja. Hubby nya tengah solat. Tak
apalah, dapat bergambar dengan Wanie pun dah cukup. Dalam pukul 5pm gerak dari
tempat majlis untuk menuju ke Cherating pula.
Akhirnya dapat bergambar dengan pengantin. Tapi hubby pengantin tak ada sebab tengah solat.
To Wanie & Hubby, Ashraf, Selamat Pengantin Baru
diucapkan kepada korang berdua. Semoga bahagia hingga ke Jannah.
Zafran tak berminat dengan pelamin, terus mintak gadget. Apabenda peel Dak sorang ni..Haha.
Cantik pemandangan laut tu.. Buat pengantin, tahniah.. Semoga berbahagia..
ReplyDeletesepupu IQ buat wedding dekat pantai sura gak, tapi sura hujung. hehe...kg IQ sura tengah, rindu la hai pantai ni.
ReplyDeletecantik2 gambar radhia..:)
ReplyDeleteMemang cantik pemandangan tu...kalau la SA kat situ..mmg sampai ke petang layan amik gambar tepi laut..
ReplyDeletelawanyaa boleh buat photoshoot terus!
ReplyDeletehalahhh, bestnya kawin . hjahahahaha
ReplyDeleteingatkan buat gardening wedding hahaha ... apepn best la gini . senang photog nk cari port tuk wat photoshoot . apepun tahniah !
ReplyDeleteSuka tengok gambar ni.. cantik !
ReplyDeleteseronoknya kawin dekat pantai ni ... dapat tengok laut, dapat rasa bayu laut ....
ReplyDelete