Majlis Perkahwinan Muizz & Ikka di Negeri Jang Oh Jang
Hajjah
Suppiah’s Clan join rombongan pengantin ke Negeri Sembilan pulak kali ni. Sebelum
ni ke Sri Iskandar, Perak iaitu untuk kenduri Shafiq. Lepas turun sedikit ke
selatan iaitu di Puchong untuk wedding Ben Firdaus. Yang latest ni turun ke
selatan lagi iaitu di Negeri Sembilan pulak. Di Negeri Sembilan adalah untuk
perkahwinan Muiz & Ikka.
Kendurinya
adalah di rumah grandparents pengantin perempuan iaitu di Batu Kikir. Keluarga
pengantin dah bermalam sehari sebelum majlis. Weolls gerak pada pagi hari
majlisnya. Walaupun ada akad nikah pada paginya iaitu sebelum majlis
persandingannya still sempat jugak join. Jalan Alhamdulillah tak jem especially
di Bukit Putus hinggalah ke Kuala Pilah.
Sepanjang-panjang jalan di kawasan perkampungan, nampak banyak jugaklah gerai-gerai menjual hasil kampung dijual especially buah durian. Ada ternampak durian yang dijual dengan harga RM12/kg. Not bad jugaklah kan harganya. Tapi kalau compare dengan harga jual longok-longok, of courselah not so ‘not bad’. Malangnya jual ikut timbang-timbang kemungkinan besar pupus buat selama-lamanya.. Ahaks.
Sepanjang-panjang jalan di kawasan perkampungan, nampak banyak jugaklah gerai-gerai menjual hasil kampung dijual especially buah durian. Ada ternampak durian yang dijual dengan harga RM12/kg. Not bad jugaklah kan harganya. Tapi kalau compare dengan harga jual longok-longok, of courselah not so ‘not bad’. Malangnya jual ikut timbang-timbang kemungkinan besar pupus buat selama-lamanya.. Ahaks.
Ini gambar diambil oleh Mel. Mel jea yang ada singgah beli durian.
Nak
singgah beli tapi sebab nak kejar akad nikah Muiz, tukar plan singgah time on
the balik. Mel singgah beli time on the way pergi. Dapatlah beberapa biji dengan
harga RM12/kg. Dia memang tak sempatlah join akad nikah.
Sibuk semua nak selpie..last-last pengantin tertolak ke belakang..ahaks
Dah
sampai masjid, tempat akad nikah Muiz, majlis akad nikah belum start lagi.
Dapat jugak nak menyaksikan lafaz akad nikah by En Muiz. Tapi saya & kimchi
terpaksa keluar masjid sebabnya Dak Zafran..time inilah kena pulak masanya
dalam proses mengembangkan lagi sel-sel otaknya. apalagi.. layanzzzzz..
Rombongan baru sampai rumah pengantin
Selesai
akad nikah, berehat di homestay, tempat anak-beranak maklang overnight
sebelumtu. Dah dalam pukul 1pm, baru gerak ke rumah atuk & uwan pengantin.
Sampai-sampai jea di meja untuk keluarga mempelai, semua terus pergi makan.
Semuanya lapar. Lauk pulak perghh…negeri Sembilan sangat. Ada daging salai
masak lemak cili api dengan tempoyak tu. Lagilah bertambah-tambah depa makan
nasi.
Daging salai masak lemak cili api & tempoyak tue. Ni jea gambar yang ada..itupun Mel yang snap. Saya tak snap sebab tak sabar nak makan dah.ahaks
Dak Zafran macam biasa tak mau makan. Tapi nasib baiklah boleh makan kek pengantin lepas selesai acara potong kek. Dengan kek secret recipe nye lagi. Sampai 2 slice Dak Zafran makan. Dapatlah membantutkan niat Zafran untuk meragam. Ahaks.
Sesi potong kek
Sebelum
balik, macam biasa bergambar dengan pengantin. Time on the way balik, ingat nak
singgah nak beli durian. Tengok-tengok satu gerai pun tak ada jual durian. Dah
habis. Tapi singgahlah jugak satu gerai.
Adalah depa beli buah kundang, rambutan, lemang & etc. Itik salai pun ada
dijual tapi tak ada siapa beli.
Itik salai dijual di gerai di kawasan perkampungan Negeri Sembilan
To
Muizz & Ikka, Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada kamu berdua. Semoga
bahagia hingga ke Jannah.
Welcome to the club Muiz & wifey.
cantik baju dia.. cikyan suka !
ReplyDeleteSelamat pengantin baru diucapkan.
ReplyDeleteMeriahnya rombongan Hajjah Suppiah clan.
wah..durian nya banyak...btw selamat pengantin baru..
ReplyDeleteTumpang gembira bila nampak perantin baru. Bestnya durian tu
ReplyDeleteAsyik makan je keje
ReplyDeleteso sweet la tengok orang kahwin.
ReplyDeletemoga-moga bersama hingga ke Jannah
selamat pengantin baru..:)
ReplyDeleteSaya pun tumpang gembira
ReplyDeletecantiknya warna baju pengantin perempuan tu. :D
ReplyDeletemenu diet
ReplyDeletehealthy food near me