18 December 2017

Gediks Family Layan Dak Zafran Berendam Dalam Jacuzzi Pool Di Residence Inn, Cherating Pahang: Part 2

Esoknya breakfast di café hotel iaitu Paradise Cafe. Makanan sarapan buffet yang ada adalah nasi minyak, kari ayam, bubur, kuew sup, pelbagai jenis cereal, hot dog, wedges, French toast, roti jala, buah-buahan, baked red bean, pastry, bread & bun.

Semuanya sedap tapi yang kari ayam untuk roti jala nampak macam berbuih-buih. Saya tak berani ambil kari ni. Nak makan roti jala, saya tuang kari yang untuk nasi minyak tue. 

Residence Inn, Cherating Pahang


Semasa tengah makan, hujan turun pulak. Since hujan turun, duk lah melepak lama lahi di café. Bila betul-betul  tak boleh nak makan, barulah balik bilik. Dah sampai bilik, hujan dah berhenti turun. Hujan dah berhenti, teruslah bawak Dak Zafran berendam swimming pool for the last time sebelum check out.

Residence Inn, Cherating Pahang

Residence Inn, Cherating Pahang

Residence Inn, Cherating Pahang

Residence Inn, Cherating Pahang

Residence Inn, Cherating Pahang

Residence Inn, Cherating Pahang


Berendam dalam swimming pool pagi tue. Air nya mak aiii..bapak sejuk. lagi sejuk compare petang semalamnya. Saya tak tahan nak berendam lama-lama. Sekejap masuk sekejap keluar. Dak Zafran jea maintain berendam selama sejam lebih. Kuat tul tahan sejuk budak kecik tul. Padahal badan Dak Zafran ni, lemak apapun takdok. Ahaks.

Residence Inn, Cherating Pahang


Residence Inn, Cherating Pahang

Residence Inn, Cherating Pahang

Residence Inn, Cherating Pahang


Stop mandi dalam pukul  10 lebih. Balik bilik & bersiap untuk check out. Overall, komen saya  mengenai Residence Inn adalah:

1. Pleaselah improve tang tu yea. Yang lambat boleh check in tue. Malas nak ulang cerita details untuk 2nd time sebab nak cerita dah pada permulaan entri.

Tapi bila bilik dah bersih & kemas, suka sangat dengan condition biliknya. Biliknya memang cantik & agak luas. Suka sangat dengan balkoni bilik. Semua balkoni bilik menghadap swimming pool. Rasa tenang jea dari balkoni dapat melihat orang mandi-manda di swimming pool dengan pohon-pohon kelapa melambai-lambai ditiup angin monsun timur & dikelilingi oleh bukit. Room servis pun terbaik. Request iron, iron board & sejadah, cepat jea hnatar & siap dapat 2 set tue.

Residence Inn, Cherating Pahang


2. Breakfast buffet semuanya sedap walaupun tak banyak. Yang kari tue, hope buih-buih bukan sebab kari lama yea or aka basi. Kena tahu kari ni kena serve fresh punya sebab kari ni cepat basi.

3. Swimming pool terbaik. Dari tahap pool cleanliness, servis untuk tuala, semuanya bagus. Oh yea, kalau nak mandi di swimming pool, tak perlu bawa tuala hotel /sendiri . Sebabnya  tuala dah disediakan untuk pengunjung yang nak mandi di swimming pool.

Tapi kalau jenis mementingkan hygiene, nak guna tuala sendiri yang dibawa dari rumah pun tak apa. Selain itu, tak kisahlah di Jacuzzi pool ke, adults pool, life guard di situ tak halang nak pakai apa-apa jenis pakaian untuk masuk dalam swimming pool. Asalkan jangan telanjang bulat. Ahaks.

In future, nak repeat lagi tak bercuti di Residence Inn. Of course sebab budak-budak memang akan seronok mandi di swimming pool Residence Inn.  Yang bad experience tu tak apalah. Dimaafkan untuk kali ni. Sebab masa pernah menginap dulu-dulu tak pernah jadi macamni. And satu lagi semuanya happy sehingga check out termasuklah Dak Zafran. Ini yang paling penting.

Residence Inn, Cherating Pahang


6 comments:

  1. Aah kari memang sensitif. Kalu berbuih tu antara tanda nk basi/dah basi.

    Tp yg lain nmpk sgt bagus & u olls pun nampak enjoy sgt.

    ReplyDelete
  2. suka sangat kalau breakfast sedap, sebab mempengaruhi mood sepanjang hari.

    ReplyDelete
  3. budak-budak kalau dah seronok ..

    dah tak ingat dunia..

    itu sebab tahan untuk berendam lama-lama

    ReplyDelete
  4. Semoga ada penambah baikkan dari pihak Residence Inn..
    Bebudak memang teruja dengan pool kan Radhia..

    ReplyDelete
  5. tengok menu breakfast pun meriah & swimming pool pun bagus bersih sangat. Rasa nak pilih hotel ni jugak kalau jalan2 dekat sana nanti :D

    ReplyDelete