27 December 2017

Confuse, Lost & Backpain At Genting Highland

Nak pergi tempat basah atau tempat sejuk? Ni adalah dilema geng Taiping untuk pilih tempat bercuti bila dah sampai KL nanti.

Macam ni cerita nye. Masa wedding Aus haritu, Biras Kak Ida siap ambil cuti dari hari Jumaat hingga Isnin. Sebab nak attend wedding pun ada. Lepastu at the same time, bawak anak-anak pergi  bercuti di KL. Tu yang nak pilih sama ada nak pergi tempat basah iaitu Bangi Wonderland ataupun tempat sejuk iaitu Genting Highland.

Bincang punya bincang pilih nak naik Genting sebab dapat feeling di negara sejuk. Sekarang kan tengah musim panas. Di Genting juga, boleh tengok Xmas deco & bawa budak-budak main di indoor games. Sebelum balik, boleh singgah shopping di GPO.



Pagi-pagi pada hari Ahad, dah gerak ke Genting dari rumah Enal. Punya excited nak pergi Genting. Budak-budaklah paling excited. Pastu tau nak naik cable car. Bertambah-tambahlah excited nye. Sampai-sampai Genting Highland, park kereta di Genting Skyway Cable Car. Masuk dalam bangunan Genting Skyway ni, macam tak ramai orang nak naik cable car. Rasa pelik dah di situ. Tapi tak lama sangat rasa pelik sebab fikir mungkin kitaorang sampai awal sangat kot.

Bila dah naik sampai tingkat keberapa entah, terserempak dengan pekerja Genting. Dialah yang bagitau, tak ada orang dah naik cable car dari Genting Skyway ni. Sebabnya station terakhir cable car tengah buat renovation. Kalau pergi situ tak ada apa. Baik naik Awana Skyway Cable Car. Station baru ni di Genting Highland Premium Outlet (GHPO). Yang Awana ni naik cable car di GHPO & turun di SkyAvenue Shopping Mall. Kalau naik cable car yang ni, baru macam-macam tempat boleh pergi.

Owh, macamtu ke. Tak tau pulak ada cable car baru.Semuanya baru tahu. Ketinggalan kan weolss..Huhu. Terpaksa keluar dari Awana & gerak ke GHPO pulak. Habis 30 minit macamtu jea. Kuikuikui.

Ready nak naik cable car

Dah sampai GHPO, terus pergi ke ticket booth. Tengok ramai beratur di ticket machine. Tak orang pun beli di kaunter. Keadaan sedemikian berlaku sebabnya kalau nak beli tiket untuk lebih 10 pax baru boleh belik di kaunter. Gitu pulak yea. Macam terbalik pulak. Patutnya yang nak beli tiket untuk large group, beli di machine. Kalau yang kurang di kaunter. Barulah tak sesak.  Yang nak beli untuk large group bukannya ramai pun. Tak taulah. Ini pendapat sayalah.

Tapi nasib baiklak kitorang campur budak-budak dah lebih 10 orang. Tak payah nak beratur panjang beli tiket di machine.

Settle beli tiket, terus beratur naik cable car. Dalam 20 minit beratur. Masuk-masuk jea cable car, budak-budak semua excited dapat tengok permandangan gunung-ganang, gaung etc dari dalam cable car. Tak gayat langsung pun bebudak ni. Mak pak yang rasa gayat.Haha.

Dak Zafran macam tengah cuak jugak tue

 Dak Zafran mantai dengan peace nye



Awana ni sebelum final pitstop, ada satu pitstop in between. Pitstop ni di Chin Swee Station. Kalau nak jalan-jalan di Chin Swee Caves Temple & ingin menikmati permandangan di sekitarnya, bolehlah turun di station ni. Kami? Tak turun pun. Tak sabar nak sampai puncak Genting Highland jea. Nak boleh sampai last station memakan masa tak sampai 30 minit jea.  Last stop Awana cable car adalah di SkyAvenue Shopping Mall. Dah turun dari cable car, cari port yang tak sesak sebab nak isi perut dulu. Kitaorang siap bawak bekal sandwich sardine tau. Thanks to Kak Ida yang prepare sandwich pagi-pagi untuk weolss.

 Berkelah makan sandwich. Kalau siap bentang tikar, mau kena halau oleh orang restaurant. Macam kes Alif Shukri tu.Ahaks

 Tak tau apa motif ambil gambar di hadapan restaurant nie. Tak mengambarkan Genting pun. Ahaks

Semua dah isi perut. Ready to sesat-sesat

Dah makan, terus gerak ke Indoor game iaitu di Theme Park Hotel. Sebab tak biasa dengan Skyavenue Shopping Mall, yang boleh tahan besar jugak tempatnya, cari signboard dulu. Tapi signboard yang ada, macam tak ada untuk theme park hotel. Kalau ada pun, mula-mula ikut jea arah signboard tu.

Bila dah berada di junction(junction yea..haha), tak ada balik dah signboard. Kitaorang duk berpusing-pusing di dalam shopping mall & ada pergi ke tempat sama balik selama hampir 2 jam tau. Semata-mata nak cari tempat indoor jea.Last-last terjumpa polis bantuan, tanya direction kat dia.  Dia suruh patah balik & bagi direction. Tapi still sambung sesat lagi tu.

Jumpa Kirin & Ika di situ. Diaorang pun jalan-jalan genting jugak. Dialah yang bagitau direction & bagitau jugak yang indoor dah tutup for renovation. Yang tempat boleh bawak budak main di Archade jea. Nak main video games, carousel & sewaktu dengannya, bolehlah main di situ. Lerhhhh indoor pun tutup jugak ke.  Ingatkan outdoor jea. Again 2 jam lagi terbuang camtu jea. Awatlah pekerja yang jumpa awal-awal tadi tak bagitau indoor pun ditutup.

Snoopy Xmas Deco

Nak tak taknak bawak jugaklah budak-budak main carousel di Archade. Harganya mak aiii RM10/pax. Standard lah kan, rate di Genting. Semua budak main except Dak Zafran. Dak Zafran kejap nak naik, kejap taknak. Bila nak & dah pilih ride, taknak main pulak. Turun pulak. Tiket dah beli untuk dia. Caurosel tak dapat nak start selama 10 minit sebab kerenah budak bertuah inilah.

Budak-budak lain yang naik sama terpaksa tunggu jea. Last-last tak naik jugak. Bagi kat Mimi naik dengan Zayyan. Time kena masa dia nak memeel, ginilah. Actually kebanyakkan masa Dak Zafran memeel. Sel-sel otak tengah berkembang dengan jayanya kan. Mamanye pun boleh bertukar jadi singa dengan jayanya. kuikuikui

Zara naik Carousel

Lepas budak-budak naik carousel, terus ke cable car. Nak jalan-jalan di GHPO pulak. Tak ada pun menarik di Genting sekarang ni. Semuanya yang tempat menarik tengah renovate. Yang tinggal shopping mall yang SkyAvenue ni & Archade.

We are cousinzzzzz...

Sampai GHPO dalam pukul 3pm. Tak lunch lagi. Walaupun tak lunch lagi, sempatlah masuk 1-2 outlet. Tapi yang Fossil outlet nak kena beratur pulak. Sebab ingat ada banyak sales, Saya, Kimchi, Enal & Mimi sanggup beratur tue. Beratur lama pulak tue. Last-last tak ada sales mende pun. Beratur di Fossil lama sangat & berjalan di SkyAvenue hampir 2 jam, saya sakit belakang dah. Dengan tak makan lagi. Saya surrender. Dah tak larat nak masuk outlet lain. Duduk jea di bench yang ada di situ.

Naik cable car untuk balik pulak. Turun di GHPO.

Yang Kak Ida pergi ke Swatch outlet. Swatch tak perlu beratur & discaunt offer nya lagi menarik. Boleh dapat jam tangan dengan harga serendah RM150. Mana nak dapat Swatch harga below Rm200 ni. Apalagi Kak Ida grab satu, Enal grab satu. Kimchi tanya saya, tak berminat ke. Tak boleh buat apa sebab sakit belakang dah menghilangkan nafsu shopping ku. Huhuhu.


Ini jea gambar di GHPO yang ada. Lepas tu blogger dah pancit..kuikuikui


Late lunch di Chicken Rice Shop. Nak makan pun kena queue jugak. Aduii asyik kerja queue jea. Nak buat macam mana. Bercuti time cuti sekolah kan.

Lepas makan, terus gerak balik rumah Enal. Actually agak menyesal jugak pergi Genting sekarang ni. Patutnya study betul-betul sebelum naik Genting. Tak ada apa yang menarik yang boleh buat di Genting. Semuanya tengah renovate. Kalau setakat nak shopping & tengok Xmas deco, kat tempat lain boleh pergi. Kesian kat Geng taiping. Datang dari jauh, tapi experience benda macam ini pulak. Baik bercuti di Bangi wonderland .

Tapi budak-budak adalah rasa seronok sebab dapat merasa di tempat sejuk, naik carousel & naik cable car.  Tak adalah tak ada tarikan langsung. Kak Ida pulak dapat shopping something di GHPO.

So, sekarang ni bare in mind, selagi tiada announcement yang mengatakan Genting Highland dah dibuka sepenuhnya, selagi tu tak akan menjejakkan kaki ke Genting Highland. Huhu.

5 comments:

  1. hehe.. xpenah lg smpai genting highland

    ReplyDelete
  2. happy holiday sis..yang paling best tu masa nak naik cable car..

    ReplyDelete
  3. Alahai.. Sayangnya.. Tak puas berjalan ye Radhia.. Hope sakit belakang Radhia dah okay..

    ReplyDelete
  4. Dulu saya pergi genting sebab nak bagi anak-anak naik cable car juga.

    ReplyDelete
  5. masa shu p dulu malam. tak boleh nak main sangat. sekarang ni kalau bawak anak, sakan la main. rasanya ibu dengan ayah lagi eksaited :D

    ReplyDelete