Short Trip To Teluk Batik: Part 1
Lambatnya update entri Teluk Batik. Hampir 2 bulan kot ter delay.. Tak update bukannya dah bosan dengan blogging ni. Saya tak akan bosan dengan blogging. Kepala saya ni banyak kot idea & cerita. Dan blogginglah antara medium terbaik untuk saya menyalurkan apa yang terpendam dalam kepala otak saya ni.
Saya pun bukan setakat berehat dari blogging, malah di
socmed lain pun saya berehat jugak. Even contest, giveaway, etc yang ada
dianjurkan di socmed pun saya tak join. Padahal sebelum ni pantang nampak
contest kot. Asal ada jea mesti join. Adalah sebab-sebab tertentu kenapa saya tak aktif blogging
sekejap. Hope sekarang dapat sambung update blogging dengan aktifnya, dengan
konsistennya.
Ok sambung update pasal short trip ke Teluk Batik dengan
keluarga mertua. Haritu kan ada kenduri di
Sri Iskandar. Dah settle kenduri apalagi, pergilah rehatkan minda di
Teluk Batik. Budak-budak pun tak sabar-sabar nak mandi pantai.
Kitaorang menginap di Teluk Batik Resort. Enal yang arrange
semua dari booking sampaikan belanja kitaorang. Thanks Enal. Hope Enal sentiasa
dimurahkan rezeki. Enal cakap resort ni ada private beach sendiri.
Sampai-sampai jea, tengok-tengok resort bukannya mengadap
& berdekatan pantai pun. Pantainya di seberang jalan nun di sana. Dari
resort memang tak nampak pantai. Tapi nak pergi ke pantai tak jauh mana pun.
Jalan kaki pun ambil masa 5-10 minit jea.
Dah check in hotel & bawak masuk barang-barang ke bilik
resort. Enal booking 2 bedroom apartment. Bilik ini juga ada kitchen, balcony
& flatscreen tv. Tapi toilet ada satu sahaja. Time nak mandi kenalah ambil
nombor giliran. Ahaks.
Wifi hmmm katanya ada. Password ada bagi. Malangnya tak
boleh log in. Tak taulah dia salah bagi password ke, internet problem. Bila
confirm kan lagi sekali password dengan receiptionist, dia kata betul. At
the end still tak dapat log in. Dahlah tak ada wifi, line di area resort satu
pun non hado. Dapat line, bila dah keluar dari kawasan resort & nak sampai
main road. Betul-betul kena meluangkan masa berkualiti bersama keluarga
sepenuhnya ni bila dah berada di area resort ni.
Continue to Short Trip To Teluk Batik: Part 2
wow..xsabar tunggu next enty..:)
ReplyDeleteNampak bersih je biliknya...tak pernah lagi sampai Teluk Batik... In the future, Insyaallah
ReplyDelete