28 November 2017

Iris Camilla First Birthday Celebration At Sunna Kekaboo Resort Hotel, Shah Alam



Bulan Oktober lepas, anak Afzan (my officemate) dah masuk umur 1 tahun.  Sempena hari jadi Anak Afzan, Afzan menjemput saya & sefemili untuk sama-sama meraikan sambutan harijadi anaknya, Iris Camillia di Sunna Kekaboo Resort Hotel.  Since tak ada urusan yang urgent pada hari majlisnya, Saya, Kimchi & Dak Zafran memang tak lepaskan peluang untuk attend majlis harijadi Iris Camillia.

Birthday cake

Venue sambutan hari jadi di dalam dewan Sunna Kekaboo Resort Hotel. Siap sahaja registration & masuk jea dewan, terus nampak  birthday decoration, tema pakaian Family Iris& etc semuanya bertemakan Hello Kitty & warna pink. Memang comel sangat. Nama pun anak gugirl kan.  Of course la tema warna pink & Hello Kitty.


Birthday pelamin

Majlis dimulakan dengan bacaan doa & ucapan dari family Iris. Selepas itu barulah sesi potong birthday cake oleh Iris & family, ada game untuk budak-budak & makan. Food buffet nya mak aiiii banyak sangat pilihannya. Rambang mata sangat sampai taktau nak makan mana satu. Kuikuikui. Candy buffet & dessert corner pun ada juga.


candy buffet

Iris with her parents

Time makan, ada jugak buat cabutan bertuah untuk para tetamu. Nombor cabutan bertuah boleh refer di goddie bag masing-masing yang dapat semasa pendaftaran tadi.  Hadiah cabutan bertuah banyak sangat sampai rasa macam semua tetamu yang datang akan dapat. Kalau yang betul-betul bertuah akan dapat hadiah hebat-hebat macam hamper, teddy bear giant nakmatey(haha..bahasa wichet), etc. Saya & Kimchi dapat setin milo & coklat Cadbury.


 Niela hadiah cabutan bertuah teddy bear besar nakmattey

 Nampak atas meja tu dapat hadiah cabutan bertuah setin milo

Dak Zafran nie tangan peace tapi tak pandang kamera pulak

Bila majlis berakhir & sebelum balik, saya & geng ALH lain iaitu Kak Pidah, Ms Koh & Balqis cepat-cepat pergi bergambar dengan Afzan sebelum diserbu oleh orang lain. Itupun tak dapat nak bergambar di birthday pelamin sebab birthday girl dah kepenatan.  Bergambar ajelah time Iris tengah minum susu di atas riba Afzan dengan wife Afzan jugak.

Dak Zafran melalak sebab belonnya tercicir

Dak Zafran dah tak meragam sebab dah dapat belon. Tapi mata Kak Pidah terpejam. Maafinla yea Kak Pidah.huhu

To Iris Camillia, Happy First Birthday to you.  Semoga Iris Camilla panjang umur, dimurahkan rezeki & sentiasa happy di samping parents Iris & juga adik-adik Iris nanti. Aaminn. Tahun depan Iris dah nak dapat title Kaklong dah. Hehe.

5 comments:

  1. happy birthday si comel. cantik deco <3

    ReplyDelete
  2. comelnya! bestny, besar2an sambut befday, tema hello kitty plak tu..comel!

    ReplyDelete
  3. happy birthday... wahhh bday pun ada pelamin :D

    ReplyDelete
  4. Comelnya nama dia , hb belated besday for her

    ReplyDelete
  5. happy b'day Si Comel.. meriah sangat sambutannya tu

    ReplyDelete