Bye Bye 20s Hello 30s



Birthday tahun ini iaitu pada 13 November 2017 dengan rasminya umur saya dah genap 30 tahun.. Bye bye umur 20an. Terasa saya ni semakin tua pulak. Sob sob.

Taknak sedih-sedih walaupun dah tiada ada lagi dah era 20an dalam diri saya. Kalau nak dibandingkan dengan umur 20 tahun dulu, memanglah masa tu saya muda & tak ada komitmen yang nak dipening-peningkan. Tapi sekarang ada banyak perkara yang menjadikan masa saya sentiasa terisi dengan baik & sempurna (pening kepala pun ada jugak.ahaks). Perkara itu adalah ada loving family, ada tempat tinggal yang selamat, kerja & so on. Jadi, tak ada masa nak rasa sedih-sedih ni. Hehe.

Dak Zafran tak sabar nak makan. Kamera pun taknak pandang.

Sempena masuk 30an ni, decide untuk celebrate in advance bersama-sama dengan Gediks Family pada hari Sabtu iaitu 2 hari sebelum birthday.  Sebab time ni jea Farid ada & free. Hari Isnin iaitu pada hari jadi saya, Farid dah nak fly balik Labuan.

Mak belanja cake dari Vivo American Pizza

Still tak cukup korum jugak. Dak Mus tak dapat join. Busy dengan kerja MPP Unimap dia. Tu baru jadi wakil mahasiswa, dah busy semacam dah tue. Wish birthday di whatsapp group pun setakat HB jea. Belum lagi dilantik jadi wakil rakyat. Mau tau khabar berita di surat khabar jea. Ahaks.

Birthday Cake dari Vivo American Pizza

Venue untuk celebrate dengan gediks family di Sizzling Stonegrill, Aeon Shah Alam. Pilih makan di Sizzling Stonegrill sebab nak try makan yang tak pernah lagi pergi sebelum ni. Taknak cerita in details pasal review makanan. Sebab entri ni pasal birthday celebration. Tapi bolehlah nak komen secara ringkas supaya ada idea macammana makan di Sizzling Stonegrill. Makan di sini agak unik & ada kelainan jugak berbanding dengan restaurant lain.

Grilled Chicken sebelum masak. yang dah masak tak sempat nak ambil gambar sebab dah ngap masuk dalam perut.

Grilled marinated chicken..sebelum masak jugak. Side dish boleh pilih antara french fries atau fried rice

Ni Grilled Chicken Kebab yang siap bakar

Nak makan di sini, kalau order sizzling meal, makanan yang akan sampai adalah mentah-mentah. Tapi diletak di atas sizzling stone yang bersuhu 400°C. Maknanya makanan yang kita order akan bakar secara live di hadapan kita & kena terbalik-balikkan sendiri supaya cepat masak. Side dish yang datang bersama-sama seperti jagung & French fries pun boleh diletak atas stonegrill supaya dapat makan yang panas-panas. Rasanya not bad. Cuma black pepper gravy/sauce yang diberi terlampau limited edition sangat. Tapi boleh minta dengan waiter untuk tambah kalau tak cukup.



Sempena harijadi saya juga, Mak belanja cake yang dibeli di Vivo Americana Pizza. Mak & Farid jugak hadiahkan naelofar shawl. Material mak aiii lembut giler. Design pulak cantik. Pakai pun terletak cantik jea. 

 Naelofar Fluffy Helena Shawl. pemberian oleh mak & farid


pakai bodo-bodo gitu pun still nampak kemas dan terletak.



Anyway To Gediks Family, thanks for joining my birthday celebration. To my beloved annoying cheeky hubby, Kimchi, thanks for all these birthday treat and also birthday gift which is IP6S.  Hope abang sentiasa di sisi pada setiap hari jadi saya walaupun dah tua kerepot, hinggalah ke akhir hayat saya.

Thanks for Ip6S, Kimchi...

Share this:

, , ,

CONVERSATION

12 comments:

  1. selamat hari lahir sis... sama birthday dgn sahabat akak

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat hadiah best2. hehe..happy besday radhia! dah 3 series da, IQ lagi dua tahun nak 3 series. huhu

    ReplyDelete
  3. Best..

    Umur 30 menandakan kematangan.

    Ok apa.

    Any happy birthday.

    ReplyDelete
  4. selamat hari lahir
    welcome to the 30's club!

    ReplyDelete
  5. hepy belated birthday...welcome to 3 series club..hehehe

    ReplyDelete
  6. Singgah sini,, happy birthday.. hadiah pun best2 tu

    ReplyDelete
  7. singgah sini. hepi birthday sis. hadiah pun dapat best2. jom singgah https://gadistudungbunga.blogspot.my/

    ReplyDelete
  8. Happy birthday radhia.. Wah.. Muda lagi rupanya Radhia ini..
    semoga sentiasa dalam rahmat Allah ye..

    ReplyDelete
  9. Happy belated birthday.

    Meriah sambutannya.

    ReplyDelete
  10. umur sekadar angka.. chill la.. hee~ sis nampak muda..

    ReplyDelete
  11. Happy belated birthday Radhia! Syok kan celebrate dengan family.

    ReplyDelete