29 November 2017

Menang Comeback Giveaway 2017

Alhamdulillah..Saya menang sehelai shawl bubble (green) dari Segmen Comeback Giveaway 2017.  Segmen ini dianjurkan oleh blogger Cik Belbel.



No 9(nombor penyertaan untuk blog penselduabee) terpilih sebagai salah seorang pemenang.

Parcel yang diterima dalam keadaan yang baik

Dapat shawl bubble (green) 

Bila ada gambar OOTD bersama shawl  ini, saya akan upload di entri ini. To blogger Cik Belbel, Thanks for this lovely shawl. Suka sangat-sangat. Semoga blogger Cik Belbel sentiasa dimurahkan dengan rezeki blogging.

28 November 2017

Iris Camilla First Birthday Celebration At Sunna Kekaboo Resort Hotel, Shah Alam



Bulan Oktober lepas, anak Afzan (my officemate) dah masuk umur 1 tahun.  Sempena hari jadi Anak Afzan, Afzan menjemput saya & sefemili untuk sama-sama meraikan sambutan harijadi anaknya, Iris Camillia di Sunna Kekaboo Resort Hotel.  Since tak ada urusan yang urgent pada hari majlisnya, Saya, Kimchi & Dak Zafran memang tak lepaskan peluang untuk attend majlis harijadi Iris Camillia.

Birthday cake

Venue sambutan hari jadi di dalam dewan Sunna Kekaboo Resort Hotel. Siap sahaja registration & masuk jea dewan, terus nampak  birthday decoration, tema pakaian Family Iris& etc semuanya bertemakan Hello Kitty & warna pink. Memang comel sangat. Nama pun anak gugirl kan.  Of course la tema warna pink & Hello Kitty.


Birthday pelamin

Majlis dimulakan dengan bacaan doa & ucapan dari family Iris. Selepas itu barulah sesi potong birthday cake oleh Iris & family, ada game untuk budak-budak & makan. Food buffet nya mak aiiii banyak sangat pilihannya. Rambang mata sangat sampai taktau nak makan mana satu. Kuikuikui. Candy buffet & dessert corner pun ada juga.


candy buffet

Iris with her parents

Time makan, ada jugak buat cabutan bertuah untuk para tetamu. Nombor cabutan bertuah boleh refer di goddie bag masing-masing yang dapat semasa pendaftaran tadi.  Hadiah cabutan bertuah banyak sangat sampai rasa macam semua tetamu yang datang akan dapat. Kalau yang betul-betul bertuah akan dapat hadiah hebat-hebat macam hamper, teddy bear giant nakmatey(haha..bahasa wichet), etc. Saya & Kimchi dapat setin milo & coklat Cadbury.


 Niela hadiah cabutan bertuah teddy bear besar nakmattey

 Nampak atas meja tu dapat hadiah cabutan bertuah setin milo

Dak Zafran nie tangan peace tapi tak pandang kamera pulak

Bila majlis berakhir & sebelum balik, saya & geng ALH lain iaitu Kak Pidah, Ms Koh & Balqis cepat-cepat pergi bergambar dengan Afzan sebelum diserbu oleh orang lain. Itupun tak dapat nak bergambar di birthday pelamin sebab birthday girl dah kepenatan.  Bergambar ajelah time Iris tengah minum susu di atas riba Afzan dengan wife Afzan jugak.

Dak Zafran melalak sebab belonnya tercicir

Dak Zafran dah tak meragam sebab dah dapat belon. Tapi mata Kak Pidah terpejam. Maafinla yea Kak Pidah.huhu

To Iris Camillia, Happy First Birthday to you.  Semoga Iris Camilla panjang umur, dimurahkan rezeki & sentiasa happy di samping parents Iris & juga adik-adik Iris nanti. Aaminn. Tahun depan Iris dah nak dapat title Kaklong dah. Hehe.

24 November 2017

Menang Giveaway Set Hiruscar Anti-Acne Dari Ayue-Jer



Alhamdulillah.. Macam caya tak caya saya terpilih jugak untuk memenangi 1 set produk Hiruscar. Mula-mula dah tak terpilih. Tapi disebabkan ada seorang winner yang digugurkan dari senarai pemenang(sebab ada menang set sama dari GA lain), winner ini digantikan dengan saya. Kalau dah tertulis rezeki saya untuk dapat barangan hiruscar, rezeki memang tak akan salah alamat dah. Alhamdulillah sekali lagi.

Received the parcel

Excited kot dapat produk Hiruscar ni. Saya memang dah lama guna produk Hiruscar iaitu sejak umur 18 tahun lagi. Saya suka guna yang untuk hilang parut tue. Zaman-zaman tu kan jerawat suka naik. Hiruscar anti-scarlah yang penyelesai masalah parut jerawat saya dulu-dulu. Satu lagi antiscar gel yang saya suka guna ialah Mederma. Tapi Mederma agak pricey sedikit compare dengan Hiruscar.

1 set of Hiruscar products

Giveaway ini dianjurkan oleh blogger gorgeous Ayue-Jer di Fb nya. Set Hiruscar yang saya menangi merangkumi pore purifying cleanser, pore purifying serum & spot gel. Lengkap semuanya. Macam tahu-tahu jea saya tengah survey produk perjagaan muka yang saya sesuai dengan muka saya & satu lagi mudah didapati di drugstore. Sebabnya dah tiba masanaya nak gantikan dengan produk saya guna sekarang iaitu Nutrimetics. Produk Nutrimetics ni dah susah nak cari. Tak banyak stokis yang jual produk nutrimetics. Kalau Hiruscar serasi dengan kulit muka saya, memang saya akan teruskan lah guna produk Hiruscar ni.

To blogger Ayue-Jer, thanks for selecting me as one of your GA winner. Semoga Ayue sentiasa dimurahkan rezeki dalam aktiviti blogging.

Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet


Prof Hariz Internet Marketing Malaysia


Ridhauddin Hariz  ialah salah satu Internet Marketing Malaysia yang dikenali sebagai Prof Hariz dikalangan rakan-rakannya. Beliau  berasal dari Permatang Pauh Pulau Pinang. Beliau meruapakan anak sulung daripada tiga adik beradik. Beliau adalah anak sulung yang sangat tabah kerana telah kehilangan ayah tercinta ketika umur beliau 3 bulan. 

Prof Hariz merupakan pemegang Diploma Sistem Komputer dari Kolej ADTEC Melaka dan semenjak itulah beliau menceburkan diri dalam bidang komputer dan Internet. Prof Hariz seterusnya melangkah ke alam pekerjaan di dalam bidang online marketing dan pemasaran secara atas talian. Bermula daripada tahun 2014, Prof Hariz menubuhkan syarikat sendiri iaitu PH ProjectBase Resources dan dari situ beliau berkecimpung dengan kaedah pemasaran secara atas talian menggunakan media sosial, strategi pemasaran menggunakan email, Google Analytics, Search Engine Optimization atau SEO, rekabentuk laman web dan juga pemasaran melalui konsep funnel marketing. Sejak dari itu, beliau telah membantu ramai peniaga serta syarikat-syarikat dalam menambahbaik strategi pemasaran diatas talian.

Pengalaman beliau yang mendalam dalam SEO membuatkan Prof Hariz dilamar oleh syarikat Exabytes Group Sendirian Berhad pada dua tahun lalu dan dipertanggungjawab untuk  menjana idea-idea baru serta menerokai strategi-strategi pemasaran yang inovatif menggunakan teknologi internet yang terkini, seperti penghasilan laman web, blog, komuniti media sosial dan juga kaedah-kaedah komunikasi yang lain. 

Selepas berhempas pulas bersama Exabytes, tahun ini pada tahun 2017 beliau sekali lagi dimurahkan rezeki beliau untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi di syarikat As White Global Sdn Bhd sebagai Penasihat SEO. Prof Hariz kali ini memegang jawatan dan tanggngjawab yang besar hinggalah melibatkan diri dengan klien-klien dari Australia, US , UK , Singapore dan Germany. Sebagai Penasihat SEO yang terkemuka di Malaysia, beliau dipertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan SEO kepada klien-klien tidak kira di Malaysia mahupun di luar negara.

Prof Hariz, Online Marketing Specialist atau pakar dalam SEO dan pemasaran atas talian adalah gelaran yang diberikan oleh rakan-rakan serta kenalan kerana pencapaian beliau telah mencapai ke tahap yang sangat membanggakan.  Kini beliau dikenali sebagai Prof Hariz ataupun Tuan Hariz.

Untuk yang tidak mengenali lagi siapa Prof Hariz, berikut adalah pencapaian beliau sepanjang beliau berada di dalam bidang Internet Marketing.


Pencapaian Prof Hariz
  • Menganjurkan program diet bersama Utusan Malaysia pada bulan Ogos 2014 dengan program “Prof Hariz Kongsi Tips Kurus” yang melibatkan seramai 500 peserta di seluruh Malaysia secara online
  • Mendapat pengiktirafan sebagai Top 3 Affiliate Malaysia oleh Infokerjaya pada bulan Disember 2014 kerana beliau telah berjaya menjana jualan sehingga RM100,000 dalam masa 5 bulan melalui penjualan ebook kerjaya, serta membantu calon-calon menduduki peperiksaan online dan temuduga SPA
  • Menganjurkan seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog di Karangkraf pada Disember 2014 di mana beliau berkongsi pengalaman beliau menjejaki dunia perniagaan secara affiliate di mana beliau dapat menjana puluhan ribu ringgit dalam tempoh masa yang singkat
  • Menganjukan pelbagai bengkel-bengkel dan seminar-seminar, antaranya:
          -  Bengkel / Seminar bertajuk: Buat Duit Dengan Blog di Politeknik Seberang Perai, pada                        Mac 2015
          -   Bengkel Affiliate Ninja pada April 2015
          -   Bengkel Email Marketing pada Jun 2015
          -   Private group coaching bersama Shaklee Malaysia pada Disember 2015, untuk membuat                       strategi penjualan sebanyak RM10 juta pada tahun 2016

  • Bekerjasama dengan Irfan Khairi pada Februari 2016 dalam seminar khusus bagi peniaga-peniaga dalam membuat penjualan dengan blog
  • Menganjurkan Private Coaching Group 365 - Bagaimana Jana Pendapatan 4 Angka Dengan Blog pada Ogos 2016 bersama 40 orang suri rumah, hasil daripada itu program ini berjaya membantu 10 orang suri rumah untuk menjana pendapatan sekitar RM10,000 sebulan secara konsisten
  • Ditemuramah oleh Astro Awani pada Disember 2016 dengan memberikan pandangan beliau berkenaan dengan Potensi Digital Ekonomi untuk negara Malaysia pada masa yang sama Jack Ma (pengasas dan tuan punya syarikat gergasi Alibaba Group of Companies) telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital Kerajaan Malaysia.
Servis Yang Ditawarkan Oleh Prof Hariz Sebagai Internet Markting Malaysia

Prof Hariz  menawarkan servis SEO yang mana membantu para usahawan dalam dunia perniagaan terutama membuat servis SEO untuk perniagaan secara atas talian. Bukan itu sahaja, Prof Hariz menawarkan servis review di blog beliau www.profhariz.com kepada usahawan yang ingin memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai. Artikel review itu adalah artikel yang mempunyai unsur-unsur SEO yang mana dapat meningkatkan jualan anda kepada double dan triplle daripada biasa.
  • Marketing di Google
  • Personal coaching Zero Marketing to Hero
  • Funnel Marketing
  • Review
Bagi siapa yang baru sahaja memulakan perniagaan atau sudah lama berkecimpung di dalam dunia perniagaan tetapi tidak tahu untuk membuat marketing, anda oleh menghubungi Prof Hariz sebaga penasihat anda melalui info dibawah.

Info Mengenai Prof Hariz
Website : https://profhariz.com/
Facebook : https://www.facebook.com/profhariz
Fanpage : https://www.facebook.com/profharizmy/
Instagram : https://www.instagram.com/profhariz/
Whatsapp : 6012-5336713

Prof Hariz Internet Marketing Malaysia by PolicyStreet

Kini beliau berkerja di salah sebuah syarikat Insurans , PolicyStreet . Prof Hariz dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pengurus Internet Marketing disyarikat itu. 


PolicyStreet

PolicyStreet adalah insurans yang mudah, senang dan mampu bayar. PolicyStreet lebih menumpukan kepada mereka yang memerlukan insurans seperti syarikat , universiti, usahawan , kelab kesihatan, dan macam-macam lagi kumpulan.

PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan pelbagai jenis insurans mengikut keperluan seperti berikut :
  • Insurans Perubatan
  • Diabetes
  • Kanser
  • Kehidupan yang mampu
  • Tulang belakang
  • Bantuan jalan raya jangka pendek
  • Peralatan musik
  • Perbehentian kerja
Apa yang lebih membanggakan adalah, PolicyStreet menawarkan servis insurans untuk produk-produk yang lebih kecil antaranya ialah :
  • Keracunan makanan
  • Kerosakan rambut
  • Sewaan
  • Berbasikal
  • Keracunan alkohol
  • Menonton
  • Mendaki
  • Penyewa
  • Perlawanan bolasepak
  • Cinta
  • Peralatan musik
  • Perkahwinan
  • Majlis pengebumian
Sesiapa yang inginkan insurans, boleh hubungi PolicyStreet , syarikat insurans yang mengambil berat tentang keperluan anda. Bersama-samalah mencipta masa depan bersama PolicyStreet.


Info Mengenai PolicyStreet
Website : https://www.policystreet.com/
Facebook : https://www.facebook.com/PolicyStreetbyPolisea/
Instagram : https://www.instagram.com/policystreet/


21 November 2017

Short Trip To Teluk Batik: Part 2



Dah settle letak barang, terus bersiap untuk mandi-manda di pantai Teluk Batik. Walaupun boleh berjalan kaki sahaja ke pantai tapi naik kereta jugak sebab malas. Kuikuikui. Sampai sahaja pantai, Dak Zafran terus excited nak mandi. Tapi pelampung satu pun terlupa nak bawak. Tertinggal dalam bilik hotel. Kimchi terus patah balik bilik hotel nak ambil hotel.




Saya & Dak Zafran tak tunggu ada pelampung pun. Dak Zafran tak sabar sangat dah nak mandi pantai. Terus masuk berendam dalam pantai walaupun tak ada pelampung.



Agak bahaya jugak untuk Zafran bila tak guna pelampung. Dua kali jugaklah Zafran jatuh dalam air tapi tak boleh bangun sendiri.  Ni kalau saya tak monitor closely memang bahaya untuk Dak Zafran.
Tunggu punya tunggu sampai jugak pelampung. Semua jenis pelampung kitaorang bawak iaitu swim ring floatie, deluxe arm bands, inflatable float & life jacket float. Dak Zafran guna yang life jacket. Yang lain beri kepada sepupu-sepupu Zafran iaitu Imaan, Zara & Qisya.




Seronok betul Dak Zafran main air dengan guna life jacket. Mula-mula pergi ke tengah pantai lepas tu patah balik ke darat balik. Lepas tu ulang balik benda sama sampai balik. Dia duk main sorang-sorang jea. Excited dapat pergi ke tempat dalam dengan cuma gerak-gerakkan kaki tanpa tenggelam. Berguna jugak life jacket yang Kimchi bidding di Chilindo ni.



Dah senja kenalah stop mandi pantai. Ni saat-saat yang paling mencemaskan bagi saya & Kimchi. Nak suruh Dak Zafran berhenti mandi pantai yang masih lagi tak menunjukkan tanda-tanda nak berhenti dan penat pun. Ni paksa keluarkan dari air ni mau mengamuk ni. Kimchi terpaksa slow talk dahulu. Kalau tak jalan jugak cara ni, terpaksalah dukung bawak balik.



Slow talk punya slow talk, nasib baik Dak Zafran nak jugak balik. Phew lega. Tak perlu Kimchi dukung Dak Zafran yang meronta-ronta. Sakit bahu wooo kalau dukung time meronta-ronta ni.  Dak Zafran pun bukannya ringan macam baby baby dulu.



Esoknya plan nak mandi di Teluk Batik Resort swimming pool sebelum check out. Dak Zafran pulak tak bangun-bangun penangan kepenatan mandi pantai punya pasal. Just sepupu-sepupu Zafran sahajalah yang pergi mandi. Tak apalah at least dah mandi pantai.

Mandi di Teluk Batik memang akan memberikan pengalaman menyeronokkan sebab pantainya bersih (ini paling penting), banyak kemudahan, happening & banyak lagi. Lagi betterlah compare dengan PD. Bolehlah nak repeat lagi bercuti di Teluk Batik.

Back to Short Trip To Teluk Batik: Part 1

Short Trip To Teluk Batik: Part 1



Lambatnya update entri Teluk Batik. Hampir 2 bulan kot ter delay.. Tak update bukannya dah bosan dengan blogging ni. Saya tak akan bosan dengan blogging. Kepala saya ni banyak kot idea & cerita. Dan blogginglah antara medium terbaik untuk saya menyalurkan apa yang terpendam dalam kepala otak saya ni.

Saya pun bukan setakat berehat dari blogging, malah di socmed lain pun saya berehat jugak. Even contest, giveaway, etc yang ada dianjurkan di socmed pun saya tak join. Padahal sebelum ni pantang nampak contest kot. Asal ada jea mesti join. Adalah sebab-sebab tertentu kenapa saya tak aktif blogging sekejap. Hope sekarang dapat sambung update blogging dengan aktifnya, dengan konsistennya.

Ok sambung update pasal short trip ke Teluk Batik dengan keluarga mertua. Haritu kan ada kenduri di  Sri Iskandar. Dah settle kenduri apalagi, pergilah rehatkan minda di Teluk Batik. Budak-budak pun tak sabar-sabar nak mandi pantai.



Kitaorang menginap di Teluk Batik Resort. Enal yang arrange semua dari booking sampaikan belanja kitaorang. Thanks Enal. Hope Enal sentiasa dimurahkan rezeki. Enal cakap resort ni ada private beach sendiri.



Sampai-sampai jea, tengok-tengok resort bukannya mengadap & berdekatan pantai pun. Pantainya di seberang jalan nun di sana. Dari resort memang tak nampak pantai. Tapi nak pergi ke pantai tak jauh mana pun. Jalan kaki pun ambil masa 5-10 minit jea.



Dah check in hotel & bawak masuk barang-barang ke bilik resort. Enal booking 2 bedroom apartment. Bilik ini juga ada kitchen, balcony & flatscreen tv. Tapi toilet ada satu sahaja. Time nak mandi kenalah ambil nombor giliran. Ahaks.






Wifi hmmm katanya ada. Password ada bagi. Malangnya tak boleh log in. Tak taulah dia salah bagi password ke, internet problem. Bila confirm kan lagi sekali password dengan receiptionist, dia kata betul. At the end still tak dapat log in. Dahlah tak ada wifi, line di area resort satu pun non hado. Dapat line, bila dah keluar dari kawasan resort & nak sampai main road. Betul-betul kena meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sepenuhnya ni bila dah berada di area resort ni.

14 November 2017

Bye Bye 20s Hello 30s



Birthday tahun ini iaitu pada 13 November 2017 dengan rasminya umur saya dah genap 30 tahun.. Bye bye umur 20an. Terasa saya ni semakin tua pulak. Sob sob.

Taknak sedih-sedih walaupun dah tiada ada lagi dah era 20an dalam diri saya. Kalau nak dibandingkan dengan umur 20 tahun dulu, memanglah masa tu saya muda & tak ada komitmen yang nak dipening-peningkan. Tapi sekarang ada banyak perkara yang menjadikan masa saya sentiasa terisi dengan baik & sempurna (pening kepala pun ada jugak.ahaks). Perkara itu adalah ada loving family, ada tempat tinggal yang selamat, kerja & so on. Jadi, tak ada masa nak rasa sedih-sedih ni. Hehe.

Dak Zafran tak sabar nak makan. Kamera pun taknak pandang.

Sempena masuk 30an ni, decide untuk celebrate in advance bersama-sama dengan Gediks Family pada hari Sabtu iaitu 2 hari sebelum birthday.  Sebab time ni jea Farid ada & free. Hari Isnin iaitu pada hari jadi saya, Farid dah nak fly balik Labuan.

Mak belanja cake dari Vivo American Pizza

Still tak cukup korum jugak. Dak Mus tak dapat join. Busy dengan kerja MPP Unimap dia. Tu baru jadi wakil mahasiswa, dah busy semacam dah tue. Wish birthday di whatsapp group pun setakat HB jea. Belum lagi dilantik jadi wakil rakyat. Mau tau khabar berita di surat khabar jea. Ahaks.

Birthday Cake dari Vivo American Pizza

Venue untuk celebrate dengan gediks family di Sizzling Stonegrill, Aeon Shah Alam. Pilih makan di Sizzling Stonegrill sebab nak try makan yang tak pernah lagi pergi sebelum ni. Taknak cerita in details pasal review makanan. Sebab entri ni pasal birthday celebration. Tapi bolehlah nak komen secara ringkas supaya ada idea macammana makan di Sizzling Stonegrill. Makan di sini agak unik & ada kelainan jugak berbanding dengan restaurant lain.

Grilled Chicken sebelum masak. yang dah masak tak sempat nak ambil gambar sebab dah ngap masuk dalam perut.

Grilled marinated chicken..sebelum masak jugak. Side dish boleh pilih antara french fries atau fried rice

Ni Grilled Chicken Kebab yang siap bakar

Nak makan di sini, kalau order sizzling meal, makanan yang akan sampai adalah mentah-mentah. Tapi diletak di atas sizzling stone yang bersuhu 400°C. Maknanya makanan yang kita order akan bakar secara live di hadapan kita & kena terbalik-balikkan sendiri supaya cepat masak. Side dish yang datang bersama-sama seperti jagung & French fries pun boleh diletak atas stonegrill supaya dapat makan yang panas-panas. Rasanya not bad. Cuma black pepper gravy/sauce yang diberi terlampau limited edition sangat. Tapi boleh minta dengan waiter untuk tambah kalau tak cukup.



Sempena harijadi saya juga, Mak belanja cake yang dibeli di Vivo Americana Pizza. Mak & Farid jugak hadiahkan naelofar shawl. Material mak aiii lembut giler. Design pulak cantik. Pakai pun terletak cantik jea. 

 Naelofar Fluffy Helena Shawl. pemberian oleh mak & farid


pakai bodo-bodo gitu pun still nampak kemas dan terletak.



Anyway To Gediks Family, thanks for joining my birthday celebration. To my beloved annoying cheeky hubby, Kimchi, thanks for all these birthday treat and also birthday gift which is IP6S.  Hope abang sentiasa di sisi pada setiap hari jadi saya walaupun dah tua kerepot, hinggalah ke akhir hayat saya.

Thanks for Ip6S, Kimchi...