5 October 2017

Yang Tak Layan Sushi Pandai Order Di Sushi King


Kimchi kena paksa rela layan kehendak iolss nak makan sushi walaupun dia anti giler makan makanan eksotik. Bagi Kimchi eksotik tau kalau makanan tue selain makanan melayu. Bila saya offer nak bayarkan, barulah bawak saya & Zafran pergi ke Sushi King.

Muka tak boleh bla kena makan sushi

Sampai-sampai jea saya order black pepper udon. Saya order sebab lebih kurang macam mee yang boleh kongsi dengan Zafran sekali. Zafran kan suka mee. Kimchi pulak order Yaki Gyu Don. Katan senangnya nasi dengan daging black pepper. Then order takoyoki.

Iolss rileks jea makan sampai habis

Sementara tunggu siap, makan dahulu sushi yang boleh diambil di kaiten(yang macam conveyor bergerak tu). Lega giler dapat makan sushi & dicicah dengan kicap. Kimchi pulak just makan 1-2 sushi jea. Tak kena dengan tekak katanya.

Tapi yang black pepper udon ni tak kena dengan tekak den

Bila dah dapat makanan kitaorang, yang Kimchi order sedap. Yang saya order mak aii muaknya. Dan tak sedap. Zafran pulak makan 2-3 suap jea sebab pedas. Sabar ajelah terorder yang tak sedap. Baik order sama macam Kimchi jea. Sedap & mengenyangkan sebab nasi. Untungler yang tak layan sushi pulak pandai order yang sedap. Huhu. Saya memang tak habislah makan mee tue. Sambung makan sushi & takoyaki.

Yang kimchi order ni jugak sedap

Tak ada dah buat muka annoying. ahaks

Dah ter order yang salah, selera dah ter spoil ambil masa lah nak makan di sushi king lagi. Saya memang macamtu. Walaupun yang lain ok, tapi disebabkan saya order yang tak sedap & terpaksa pulak makan sampai at least separuh, tetap saya tak akan pergi makan di situ lagi dalam masa yang terdekat.

Takoyaki yang superdelicious

Huduh kan pe’ el saya ni. Bad example sangat ni. Hehe.  Kalau yang peminat tegar sushi  tak akan adanya pe’el macam saya sebab yang lain-lain sedap jea.  And satu lagi Sushi King dah dapat pengiktirafan halal daripada Jakim.  Tak sure baru lagi ke dah lama. Tu yang nampak mana-mana outlet Sushi King hampir full house berbanding dahulu.  Terbaiklah Sushi King.

6 comments:

  1. IQ tak pernah makan sushi, apatah lagi order dekat sushi king. makanan jepun tak masuk sangat dengan tekak IQ

    ReplyDelete
  2. tak pernah masuk sushi king hehe. nanti boleh try

    Job berbayar untuk blogger di sini http://www.maisarahsidi.com/2017/08/jom-jana-pendapatan-dalam-usd-dengan-Sushivid.html

    ReplyDelete
  3. so far klo g sana mmg makan sushi je..tak makan mende lain dah hahaha

    ReplyDelete
  4. Pic keenam tu kat belakang macam Iman & husband, ex p.a Vivy Yusof ! Btw moi suka sushi lelagi sushi tuna. Tu yang first kena rembat dulu haha

    ReplyDelete
  5. Fulamak sedapnya semua makanan Tu.. terliur Pula Di tgh Malam ni

    ReplyDelete
  6. Sha sukar nak masuk sini.. Encik suami tak makan.. anak-anak pun tak suka.. sobs.. sobs..

    ReplyDelete