Dapat invitation email ke education training di Mimos dari Agilent. Agilent ni memang setia menjemput kitorang join complimentary training yang diorang anjurkan. Kitaorang pulak bila tengok training ni tak dikenakan apa-apa bayaran terus reply setujulah.
Training ni diadakan selama 4 hari. Yang berkaitan dengan jobscope
kitaorang 1st day & 2nd day sahaja. Yang lagi 2
hari, training tentang instrument yang
tak ada di makmal kitaorang. Tapi kalau ada belajar Kimia semasa degree dulu
macam saya & Lina, ada jea study pasal instrument ni. So, kalau nak tambah
knowledge, boleh jea nak continue attend pada hari ketiga & keempat.
Reply Agilent nak attend keempat-empat hari. Tapi masa nak minta
approval dari management, just approve 2 hari jea yang just berkaitan dengan
jobscope kitaorang jea. Tapi bila attend 1st day training, dapat
message dari HOD, dia tak bagi pergi yang second day. Disuruhkan kitaorang
masuk kerja. Sabar ajealah. Second day tu praktikal kot. Participant dibenarkan
untuk run instrument sendiri di makmal Mimos. Yang first day setakat teori yang
macam kuliah tue. Memang rugi tak join yang second day.
Nak buat camno. Weollss setakat staff marhaen jea. Ikutlah ajelah
arahan management. Nama pun arahan dari orang atasan kan.
Walaupun setakat attend teori jea, banyak jugaklah dapat tambah
ilmu pengetahuan yang baru. Selain itu, dapat menjejakkan diri di MIMOS. Saya
& Lina first time pergi MiMOS. MIMOS ni adalah sebuat pusat penyelidikan
& pembangunan di bawah MOSTI. Kiranya MIMOS ni macam one stop centre untuk
semua penyelidikan sains. Tu yang Agilent pilih untuk buat training di MIMOS
sebab MIMOS ni ada macam-macam jenis makmal saintifik yang sangat lengkap
dengan segala jenis alat, instruments & etc. Cuma saya & Lina jeatak
dapat nak lawat makmal MIMOS sebab tuelah. Sadis kan. Huh.
Hope lepas ni still dapat lagi invitation training macamni lagi
sebab memang banyak dapat tambah ilmu & juga pengalaman.
wah..best tu training..:)
ReplyDeletesemoga ada rezeki lagi nextime utk attend training :)) jgnlah sedih.
ReplyDeleteBagus training mcm ni bertambah luaslah knowledge. Mama dah dpt hadiah Radhia. Tq ye
ReplyDeletehttp://www.mamapipie.com/2017/10/hadiah-kemenangan-dari-radhia-dah-sampai.html
blogwalking..
ReplyDeletecantik kak
ReplyDeleteBestnya dapat pergi Mimos..
ReplyDelete