27 October 2017

Tiga Wedding di Perak Pada Hari Yang Sama



Cuti sekolah baru-baru ni, ada dapat sampai tiga jemputan kenduri kahwin di Perak. Kebetulan pulak kenduri-kenduri  ni di negeri yang sama pada hari yang sama. Area dekat-dekat pulak tue. Satu di Sri Iskandar, Batu Gajah & satu lagi di Simpang Pulai.

Di sekitar tempat kenduri

Sebelum kenduri start, ada bacaan doa dahulu. Awal tak awal kitaorang sampai sampai kenduri pun tak start lagi.

Walaupun dekat-dekat, still tak dapat nak attend ketiga-tiganya. Sebab ada satu kenduri yang melibatkan saudara terdekat iaitu wedding sepupu hakimi. Kalau dah nama wedding saudara, haruslah berkumpul lama. Yang di Simpang Pulai maybe tak dapat pergi.

 Pengantin baru sampai

Menuju ke tempat makan beradap. tapi kena buat uturn ke pelamin sebab family pengantin suruh bersanding dahulu

Sampai-sampai Perak, attend wedding Akmal, Kimchi’s exhartalegian dahulu di Batu Gajah. Sampai di kenduri dalam pukul 11:30am. Nak stay sehingga dapat pengantin sampai. Tu yang Sampai habis makan  semua jenis juadah kenduri. Kimchi nak jumpa jugak Akmal punya pasal.

Sempat jugak bergambar dengan Akmal and wife di pelamin

Dah berjumpa Akmal, & bergambar dengan pengantin di pelamin, terus gerak ke kenduri sepupu Kimchi di Sri Iskandar. Ambil masa dalam 30 minit sahaja ke tempat kenduri. Tapi tak sempat nak join berarak. Semua dah makan bersama-sama dengan pengantin di tempat beradab. Saya & kimchi dah tak larat join makan. Dah buntat makan di wedding Akmal sebelum ni. Just makan dessert sahaja.

Hajah Suppiah Clan bergambar dengan Syafiq and wife


Selesai makan, lepak sekejap & bergambar dengan pengantin. Lepastu terus gerak ke Teluk Batik. Walaupun ada masa lagi kalau nak pergi wedding di Simpang Pulai, tak tak pergi jugak sebab dah tak larat. Nak rehat-rehat di Teluk Batik pulak.

Nak gerak ke Teluk Batik

Apapun too Shafiq & Akmal, Selamat Pengantin Baru. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

9 October 2017

Spectroscopy Education Workshop At MIMOS Berhad, Kuala Lumpur



Dapat invitation email ke education training di Mimos dari Agilent. Agilent ni memang setia menjemput kitorang join complimentary training yang diorang anjurkan. Kitaorang pulak bila tengok training ni tak dikenakan apa-apa bayaran terus reply setujulah.

Training ni diadakan selama 4 hari. Yang berkaitan dengan jobscope kitaorang 1st day & 2nd day sahaja. Yang lagi 2 hari,  training tentang instrument yang tak ada di makmal kitaorang. Tapi kalau ada belajar Kimia semasa degree dulu macam saya & Lina, ada jea study pasal instrument ni. So, kalau nak tambah knowledge, boleh jea nak continue attend pada hari ketiga & keempat.



Reply Agilent nak attend keempat-empat hari. Tapi masa nak minta approval dari management, just approve 2 hari jea yang just berkaitan dengan jobscope kitaorang jea. Tapi bila attend 1st day training, dapat message dari HOD, dia tak bagi pergi yang second day. Disuruhkan kitaorang masuk kerja. Sabar ajealah. Second day tu praktikal kot. Participant dibenarkan untuk run instrument sendiri di makmal Mimos. Yang first day setakat teori yang macam kuliah tue. Memang rugi tak join yang second day.



Nak buat camno. Weollss setakat staff marhaen jea. Ikutlah ajelah arahan management. Nama pun arahan dari orang atasan kan.

Walaupun setakat attend teori jea, banyak jugaklah dapat tambah ilmu pengetahuan yang baru. Selain itu, dapat menjejakkan diri di MIMOS. Saya & Lina first time pergi MiMOS. MIMOS ni adalah sebuat pusat penyelidikan & pembangunan di bawah MOSTI. Kiranya MIMOS ni macam one stop centre untuk semua penyelidikan sains. Tu yang Agilent pilih untuk buat training di MIMOS sebab MIMOS ni ada macam-macam jenis makmal saintifik yang sangat lengkap dengan segala jenis alat, instruments & etc. Cuma saya & Lina jeatak dapat nak lawat makmal MIMOS sebab tuelah. Sadis kan. Huh.




Hope lepas ni still dapat lagi invitation training macamni lagi sebab memang banyak dapat tambah ilmu & juga pengalaman. 

5 October 2017

Yang Tak Layan Sushi Pandai Order Di Sushi King


Kimchi kena paksa rela layan kehendak iolss nak makan sushi walaupun dia anti giler makan makanan eksotik. Bagi Kimchi eksotik tau kalau makanan tue selain makanan melayu. Bila saya offer nak bayarkan, barulah bawak saya & Zafran pergi ke Sushi King.

Muka tak boleh bla kena makan sushi

Sampai-sampai jea saya order black pepper udon. Saya order sebab lebih kurang macam mee yang boleh kongsi dengan Zafran sekali. Zafran kan suka mee. Kimchi pulak order Yaki Gyu Don. Katan senangnya nasi dengan daging black pepper. Then order takoyoki.

Iolss rileks jea makan sampai habis

Sementara tunggu siap, makan dahulu sushi yang boleh diambil di kaiten(yang macam conveyor bergerak tu). Lega giler dapat makan sushi & dicicah dengan kicap. Kimchi pulak just makan 1-2 sushi jea. Tak kena dengan tekak katanya.

Tapi yang black pepper udon ni tak kena dengan tekak den

Bila dah dapat makanan kitaorang, yang Kimchi order sedap. Yang saya order mak aii muaknya. Dan tak sedap. Zafran pulak makan 2-3 suap jea sebab pedas. Sabar ajelah terorder yang tak sedap. Baik order sama macam Kimchi jea. Sedap & mengenyangkan sebab nasi. Untungler yang tak layan sushi pulak pandai order yang sedap. Huhu. Saya memang tak habislah makan mee tue. Sambung makan sushi & takoyaki.

Yang kimchi order ni jugak sedap

Tak ada dah buat muka annoying. ahaks

Dah ter order yang salah, selera dah ter spoil ambil masa lah nak makan di sushi king lagi. Saya memang macamtu. Walaupun yang lain ok, tapi disebabkan saya order yang tak sedap & terpaksa pulak makan sampai at least separuh, tetap saya tak akan pergi makan di situ lagi dalam masa yang terdekat.

Takoyaki yang superdelicious

Huduh kan pe’ el saya ni. Bad example sangat ni. Hehe.  Kalau yang peminat tegar sushi  tak akan adanya pe’el macam saya sebab yang lain-lain sedap jea.  And satu lagi Sushi King dah dapat pengiktirafan halal daripada Jakim.  Tak sure baru lagi ke dah lama. Tu yang nampak mana-mana outlet Sushi King hampir full house berbanding dahulu.  Terbaiklah Sushi King.