Uwan Belanja Anak Cucu Durian Kampung Di Jitra, Kedah
Boleh nampak pokok-pokok durian di belakang rumah kampung penjual ni
Kata Mak, uwan kalau ternampak gerai biasa-biasa (maksudnya bukan yang kedai komersial)
jual buah-buahan di kawasan perkampungan, uwan mesti singgah beli. Sebabnya
buah-buahnya yang dijual mestilah hasil tanaman kebun sendiri(aka organic) &
harganya murah.
Haritu time di Jitra Kedah & on the way nak pergi homestay ada
ternampak gerai jual buah-buahaan. Uwan terus suruh singgah sebab nak beli.
Gerai tu ada jual pelbagai jenis buah-buahan tanaman sendiri seperti dokong,
rambutan & paling best durian kampung pun ada jugak. Durian kampung tu.
Tahun ni bukan senang nak dapat durian kampung. Buah durian kampung tahun ni
pulak tak berapa nak menjadi. Yang ada
dijual pun & yang di pesta durian tu semuanya yang dari Siam takpun yang
species mahal-mahal seperti raja fox etc.
Uwan apalagi terus beli sampai empat biji durian kampung yang
besar-besar. Dijual dengan harga RM12/kg. Habis dalam RM70 lebih kalau tak
silap. Selain itu ada jugak beli buah dukong. Sampai-sampai homestay & dah settle dengan owner homestay,
terus belah durian di gazebo & makan beramai-ramai. Tak sampai 30 minit
habis semua durian. Sampai tak sempat nak snap gambar time makan. Isi semua
duriannya Ya Allah sedap betul. Cukup berlemak. Cukup manis. Semuanya cukuplah.
perghh..lemak berkrim betul isi durian ni
Dapatlah jugaklah makan durian kampung yang isinya sangat perfect iaitu berlemak, manis, isi tebal, tak ada defect langsung & semuanyalah. Last sekali makan durian , tak berapa puas sebab ada defect sedikit. Harga dahlah mahal sebab beli yang jenis mahal. Time tu beli jugaklah sebab dah teringin sangat walaupun tahu harganya mahal.
Saya pun nak buat stail uwan. Kalau nampak orang kampung jual hasil tanaman sendiri especially buah-buahan, saya pun akan singgah beli jugak. Confirm puas hati makan buah-buahan sebegini.
ALAHAI...MENGGODA BETUL DURIAN TU...
ReplyDeleteSama la perangai uwan dengan juju...juju mcm tu la kalau nampak kedai corok kampung mesti singgah beli cempedak durian kadang2 nenas...semua sedap dan manis sbb sah dari kebun diorang tanpa melalui org tengah...tu baru syok layan kan harga nak beli pun tak de lah mencekik
ReplyDeletetengok gambar pun dah menggoda..lama tak makan durian..
ReplyDeleteSedap durian kampung, akak kalau musim kat dusun kampung memang puas makan.
ReplyDeleteBab2 durian ni kena baca hahhaa.. akak satu family pon hantu durian.. bestnya makan durian ramai2..uwan belanja lagi best..
ReplyDeleteDapnya duriannn..lama x mkn yg best. Selalu beli kat soping mall dlm plastik jer
ReplyDeleteLebih puas hati makan kalau buah semua ok kan.. Memang seronok dan ohsem..
ReplyDeletesy pun makan durian yg suami bwk blik dr kedah. puas hati isi tebal.murah lg berbanding kt kl yg mampu tgk j
ReplyDeletemurah durian kg. RM12 sekg.
ReplyDeletekat sini mahal! geram aida.
tu yg nak ilang kan kempunan, gi makan cendol durian :)
yes. aida pun prefer yg beli kat kedai kg kg gitu.
fresh and harga lebih murah.