Selepas majlis pertunangan Farid selesai, balik ke Teratak Singgah D’Soffiyya untuk bersiap. Nak jalan-jalan di Alor Setar. Perjalanan dari Jitra ke Alor Setar hanya mengambil masa sejam sahaja.
Dah sampai Alor Setar, mula-mula pergi naik Menara Alor Setar. Dak Zafran excited kalau naik ke
tempat tinggi tapi dia tidur pulak. Uncle dia yang tunang, dia pulak yang
lebih-lebih penat. Ahaks. Tak dapat nak bagi dia merasai naik Menara time
sedar.
Harga tiket
Ketinggian Menara Alor Setar hanya suku daripada Menara Kuala
Lumpur. Naik lif dari bawah hingga ke tingkat lima hanya ambil masa tak sampai
5 minit. Dah berada di tingkat lima, walaupun ruangan untuk pengunjung agak
limited tetapi still rasa best. Sebabnya dapat
merasai tiupan angin yang agak kuat & rasa cool jea. Lepas tu dapat
melihat permandangan bandar Alor Setar dari banyak arah sebab boleh
mengelilingi dalam Menara ini.
Dah berada di tingkat 5
Ada teropong disediakan untuk pengunjung
Di Menara ini jugak ada teropong & juga menyediakan maklumat
tempat lain yang boleh dikunjungi di Alor Setar.
Dak Zafran tak sedar lagi
Melihat permandangan bandar Alor Setar
Maktih & Uwais
Dah habis baca ni, kitaorang pilih samada nak pergi rumah Tun
Mahathir & Muzium. Nak pergi kedua-duanya tak cukup masa. Tinggal dalam 40
minit sahaja sebelum tutup. Discuss punya discuss decide untuk pergi ke rumah
Tun Mahathir.
Nak pergi rumah Tun Mahathir dari Menara tak sampai 2km pun. Tapi
sampai-sampai jea di kompleks ni tutup pulak. Katanya ada aktiviti penyelenggaraan sehingga April tahun depan. Intai-intai dari luar
pagar, tengok kompleks ni macam dalam keadaan baik. Please lah jangan cakap
kompleks tutup atas sebab kes yang tengah hot sekarang ni.
Dah tutup, terpaksalah rombak balik itenari.hehe. Abah ajak pergi Pekan Rabu sebelum melawat Masjid Zahir a.k.a masjid putih. Pekan Rabu ni sama seperti Pasar Siti Khadijah iaitu kompleks membeli-belah yang ada jual pakaian, makanan kering seperti kerepek & banyak lagi. Sampai-sampai sahaja di Pekan Rabu, semuanya tak melepaskan peluang untuk shopping & semuanya ada hasil shopping. Window shopping ni menang tak adalah dalam kamus hidup anak-beranak Enon ni kalau dah berada di tempat shopping ni.ahaks.
Selesai shopping, sebelum balik Jitra bergambar dahulu di Masjid
Zahir. Masjid di dah lama dibina aitu sejak tahun 1912. Masjid
Zahir antara masjid yang cantik di Malaysia. Sebab tu masjid ni port favourite pengantin
bergambar. Time kitaorang ada di situ, ada dua pasangan pengantin tengah
photoshoot di situ. Tapi di perkarangan masjid sahaja. Depa tak masuk dalam
masjid.
Masjid Zahir
Maklang, Uwan & Mak
Selesai melawat Masjid, terus balik homestay. Ingat malam nak
pergi kuala perlis pulak. Nak makan ikan bakar. Tapi cancel sebab kaum Adam
sibuk tengok Game Bola Sukan Sea. Malaysia lawan Indonesia.
Tak apalah next time lah pergi Kuala Perlis. Lagipun esoknya nak
kena bangun awal untuk check out & nak pergi padang besar. Lepas tu nak
kena gerak balik KL pulak. Haruslah rehat secukupnya supaya kembali bertenaga untuk aktiviti seharian pada
esoknya. (dah macam iklan milo pulak ..ahaks).
Waa bestnya dapat pergi Menara...
ReplyDeleteTak berkesempatan nak pergi.
Nak pergi sangat tapi gayat. Heheheheheee
belum penah jejak lagi, nengok dari jauh je pernahh hihihi
ReplyDeleteBest menara alor setar Ada restoran berpusing
ReplyDeleteWah..menarik. Akak ingt menara Alor Star ni utk bergbar kt bawah jer.
ReplyDeleteOrang ja utara Ty ni tapi tak besa pun pi jalan2 kat Kedah lagi , tak semua tempat la. Ni boleh jadi next port kot. Insha Allah
ReplyDeleteSeronoknya. Terpukau tengok masjid zahir tu. Ada peluang nak pergi melawat jugaklah 😊
ReplyDeleteminggu depan nk g alorsetar.. nti boleh la singgah sini
ReplyDeletewaa.. bestnya !! hujung tahun ni nak ke Kuala Kedah.. boleh la singgah Alor Setar kejap..
ReplyDeleteya..menarik sungguh la tu..
ReplyDeleteteringat memmori pergi ke Kedah 8 tahun yang silam.
Adoi.. Separuh pun still tinggi juga.. Memang sha tak naiklah..
ReplyDeleteLamanya tak ke kedah ni.. Rindu Kedah
ReplyDelete