The Attractive Places We Visited In Alor Setar, Kedah

Selepas majlis pertunangan Farid selesai, balik ke Teratak Singgah D’Soffiyya untuk bersiap. Nak jalan-jalan di Alor Setar. Perjalanan dari Jitra ke Alor Setar hanya mengambil masa sejam sahaja. 



Dah sampai Alor Setar, mula-mula pergi naik Menara Alor Setar. Dak Zafran excited kalau naik ke tempat tinggi tapi dia tidur pulak. Uncle dia yang tunang, dia pulak yang lebih-lebih penat. Ahaks. Tak dapat nak bagi dia merasai naik Menara time sedar.

Harga tiket

Ketinggian Menara Alor Setar hanya suku daripada Menara Kuala Lumpur. Naik lif dari bawah hingga ke tingkat lima hanya ambil masa tak sampai 5 minit. Dah berada di tingkat lima, walaupun ruangan untuk pengunjung agak limited tetapi still rasa best. Sebabnya dapat  merasai tiupan angin yang agak kuat & rasa cool jea. Lepas tu dapat melihat permandangan bandar Alor Setar dari banyak arah sebab boleh mengelilingi dalam Menara ini.

Dah berada di tingkat 5

Ada teropong disediakan untuk pengunjung

Di Menara ini jugak ada teropong & juga menyediakan maklumat tempat lain yang boleh dikunjungi di Alor Setar.

Dak Zafran tak sedar lagi

Melihat permandangan bandar Alor Setar

Maktih & Uwais

Dah habis baca ni, kitaorang pilih samada nak pergi rumah Tun Mahathir & Muzium. Nak pergi kedua-duanya tak cukup masa. Tinggal dalam 40 minit sahaja sebelum tutup. Discuss punya discuss decide untuk pergi ke rumah Tun Mahathir.

Nak pergi rumah Tun Mahathir dari Menara tak sampai 2km pun. Tapi sampai-sampai jea di kompleks ni tutup pulak. Katanya ada aktiviti penyelenggaraan sehingga April tahun depan. Intai-intai dari luar pagar, tengok kompleks ni macam dalam keadaan baik. Please lah jangan cakap kompleks tutup atas sebab kes yang tengah hot sekarang ni.

Dah tutup, terpaksalah rombak balik itenari.hehe. Abah ajak pergi Pekan Rabu sebelum melawat Masjid Zahir a.k.a masjid putih. Pekan Rabu ni sama seperti Pasar Siti Khadijah iaitu kompleks membeli-belah yang ada jual pakaian, makanan kering seperti kerepek & banyak lagi. Sampai-sampai sahaja di Pekan Rabu, semuanya tak melepaskan peluang untuk shopping & semuanya ada hasil shopping. Window shopping ni menang tak adalah dalam kamus hidup anak-beranak Enon ni kalau dah berada di tempat shopping ni.ahaks.

Selesai shopping, sebelum balik Jitra bergambar dahulu di Masjid Zahir. Masjid di dah lama dibina aitu sejak tahun 1912. Masjid Zahir antara masjid yang cantik di Malaysia.  Sebab tu masjid ni port favourite pengantin bergambar. Time kitaorang ada di situ, ada dua pasangan pengantin tengah photoshoot di situ. Tapi di perkarangan masjid sahaja. Depa tak masuk dalam masjid.

Masjid Zahir

Maklang, Uwan & Mak

Selesai melawat Masjid, terus balik homestay. Ingat malam nak pergi kuala perlis pulak. Nak makan ikan bakar. Tapi cancel sebab kaum Adam sibuk tengok Game Bola Sukan Sea. Malaysia lawan Indonesia.

Buat peace sampai tutup muka

Tak apalah next time lah pergi Kuala Perlis. Lagipun esoknya nak kena bangun awal untuk check out & nak pergi padang besar. Lepas tu nak kena gerak balik KL pulak. Haruslah rehat secukupnya supaya kembali bertenaga untuk aktiviti seharian pada esoknya. (dah macam iklan milo pulak ..ahaks).

Share this:

, ,

CONVERSATION

11 comments:

  1. Waa bestnya dapat pergi Menara...
    Tak berkesempatan nak pergi.
    Nak pergi sangat tapi gayat. Heheheheheee

    ReplyDelete
  2. belum penah jejak lagi, nengok dari jauh je pernahh hihihi

    ReplyDelete
  3. Best menara alor setar Ada restoran berpusing

    ReplyDelete
  4. Wah..menarik. Akak ingt menara Alor Star ni utk bergbar kt bawah jer.

    ReplyDelete
  5. Orang ja utara Ty ni tapi tak besa pun pi jalan2 kat Kedah lagi , tak semua tempat la. Ni boleh jadi next port kot. Insha Allah

    ReplyDelete
  6. Seronoknya. Terpukau tengok masjid zahir tu. Ada peluang nak pergi melawat jugaklah 😊

    ReplyDelete
  7. minggu depan nk g alorsetar.. nti boleh la singgah sini

    ReplyDelete
  8. waa.. bestnya !! hujung tahun ni nak ke Kuala Kedah.. boleh la singgah Alor Setar kejap..

    ReplyDelete
  9. ya..menarik sungguh la tu..

    teringat memmori pergi ke Kedah 8 tahun yang silam.

    ReplyDelete
  10. Adoi.. Separuh pun still tinggi juga.. Memang sha tak naiklah..

    ReplyDelete
  11. Lamanya tak ke kedah ni.. Rindu Kedah

    ReplyDelete