13 September 2017

Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand

Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand


Selepas check out & serah kunci kepada owner pada pukul 9am, terus gerak ke Padang Besar, Perlis. Perjalanan ke sana ambil masa dalam sejam lebih. Ni dari Perlis nak balik KL, memang jauhlah..KL ke Kedah sahaja dah 5 jam. Itupun time pergi jalan clear & bawak balik. Rasa nak balik ni macam jem. Jem tak jem kenalah hadap jugak & kena balik KL jugak.

Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand

Dah sampai Padang Besar, tanpa melengahkankan masa terus pergi shopping di Pusat Membeli-Belah Gapura Square, Padang Besar.  Gapura Square ni adalah syurga barangan Siam. Kalau ada passport boleh masuk ke Siam.Yang tak ada passport macam kami-kami ni, shopping di belah Perlis sahajalah. Tapi walaupun tak dapat masuk Siam, still merambangkan mata kami kami ni. Geng yang ikut pergi Padang Besar pulak memang yang kaki shopping iaitu uwan, Maklang, Mak, Induk, Maktam. Memang shopping sakan lah depa semua. Ada beli baju, handbag, kerepek-kerepek, barang dapur & banyaklah. Kaum-kaum Adam macam Farid, Mus, Kimchi, Paktam pun boleh tahan jugak tak sabarnya nak shopping. Katanya boleh dapat jersi siam murah-murah di situ. Jauh lagi murah compare dengan uptown.


Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand
Pusat Membeli-Belah Gapura Square

Dak Zafran pun sama jugak rambang mata. Masuk jea kedai & mainan pulak depan mata dia, apalagi merengek-rengek la mintak. Selagi tak dapat, selagi tu mintak.  Lepas tu satu tak cukup, mintak satu lagi. Dah sampai dapat dua, dah tak layan dah permintaan Zafran yang seterusnya. Memang  dibiarkanlah melalak sampai semua orang dengar. Papa dia terpaksalah kena stay satu tempat sahajalah dengan Zafran. Kalau dia dah tak nampak mainan depan mata dia, cepat sedikit stop menangis.


Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand
 Dah dapat 2 mainan pun, boleh lagi melalak nak lagi satu..Memang tak kena layanlah.


Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand
Tapi sekejap jea menangis..dah stop menangis Zafran terus main dengan mainan baru.

Saya pulak join geng perempuan shopping. Tapi saya tak shopping apa-apa pun untuk saya. Sebab tak nampak barangan yang design berkenan di hati. Lepas geng perempuan dah siap shopping, take turn dengan Kimchi. Bagi Kimchi pulak shopping. Dia nak mencari jersi.

Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand
Shopping kerepek

Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand
 Handbags

Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand
Cloths

Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand
Kerongsang pun ada

Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand
Kimchi pun dah terjebak jugak rambang matanya

Sementara tunggu Kimchi shopping, pergi makan di gerai Siam Muslim. Mus recommend makan di situ sebab pernah makan di situ sekali & masakannya sedap. 

Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand
Dak Zafran dah lapar. Tue taknak pandang kamera tue..

Macam-macam masakan Siam boleh order di situ. Tapi kitaorang just order pulut manga, pulut durian & kerabu manggi untuk cuba rasa. Rasanya memang berlemak giler bangat untutk pulut mangga & pulut durian. Yang kerabu maggi, tersangatlah pedas tapi sedap.  Yang lain-lain order nasi goreng sebab semuanya lapar. Baru lepas shopping katakan. Nasi adalah makanan terbaik untuk reenergize badan balik.

Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand
Super mouthwatering pulut durian and pulut mangga

Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand
Close up sedikit pulut durian

Pulut mangga

Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand
Kerabu maggi

Saya & Induk ada beli ice green tea di gerai yang dekat dengan tempat kitaorang makan. Ice green tea memang terbaik & sangat sedap. Induk sampai beli second time sebelum balik. Tapi bukan di gerai yang sama. Nak rasa green tea gerai lain. Still sedap & tapi lebih manis.

Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand
Boleh pulak Zafran pergi ke belakang tue. Jangan risau. Tempat kitaorang bergambar ni, kenderaan tak boleh lalu.

Dah siap makan, terus nak gerak balik ke KL. Jauh lagi perjalanan ni.  On the way pergi ke parking, maklang sempat lagi beli pengukus saiz kecil selepas ternampak kedai jual barangan dapur. Sempat lagi Maklang grab satu lagi barang walaupun aktiviti shopping dah lama dihentikan. Ahaks. Itupun sebenarnya dah ter extend satu jam aktiviti shopping. Patutnye pukul 12pm kena stop shopping. Actual pukul 1pm. Tak apalah. Dah alang-alang sampai Padang Besar, shopping biar sampai puas. Sebab tak tahu bila lagi nak boleh sampai Padang Besar ni lagi.

Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand
Semua ada hasil shopping masing-masing

Nak balik memang jemlah. Padahal baru start cuti sekolah & sepatutnya hala ke selatan clear. Tapi nampaknya teori tersebut tak boleh diguna pakai. Gerak pukul 2:30pm dari Padang Besar, pukul 11:30pm baru sampai Sungai Buloh walaupun setakat 2-3 kali jea berhenti. Yang nak balik ke Seremban & Bahau, lagi lambat nak boleh sampai macam maklang, paktam sekeluarga, uwan & induk. Traffik Jem dah jadi perkara biasa kalau travel. Patut dah boleh dijadikan salah satu aktiviti yang patut dimasukkan ke dalam intenari travel. Sebab asal travel memang wajib hadap jem. Melainkan bukan travel di darat. Itu boleh elak jem. Haha Tak apalah yang penting hati seronok sebab baru lepas bercuti & shopping.  Hehe.

14 comments:

  1. wahh boleh shooping ni ... bnyk brg sungguh nk shooping

    ReplyDelete
  2. nampak mcm seronok..harap boleh p sana nanti..

    www.kickstory.net



    ReplyDelete
  3. Wah! Seronoknya gi padang besar.. Next time gi Utara nak lajak ke sini jugaklah.. Cari toto pun best jugak kan..

    ReplyDelete
  4. Memang seronok la dapat shoping dkt sini...

    ReplyDelete
  5. Selalu kalau singgah sini, mesti beli jersi. hehehe ada yang murah ada yang mahal.

    mak selalu beli beras pulut dekat sini. handbag dia pun lawa-lawa kan.

    klau mai sini, try beli green tea depa. :)

    ReplyDelete
  6. bestnya shopping mcm2 tu...teringat masa shopping kat Serikin..border srwk+indonesia...mcm2 brg indon ada..
    tringin lak p Padang Besar...

    ReplyDelete
  7. Amvoii.. dak Zafran pun pandai nak ambil kesempatan ya hehehee...

    Rambang mata sangat kalau datang sinikan tak tahu nak pilih kedai mana satu.

    Alhamdulillah Mrs. A pun dah pernah sampai sini dua tahun lepas tak silap tapi tulah asyik bertangguh terus tak buat post pun huhuhuu...

    ReplyDelete
  8. Ya Allah!
    Menggoda aih pulut mangga,kerabu megi tu.
    Lama betul tak pi sana.

    ReplyDelete
  9. e.. kite tak tertarik nak g shopping tu tapi kita lebih seronok tengok gambar makanan awak.. hahahaha~ lapar !!!

    ReplyDelete
  10. Memang rambang mata kalau masuk sini.. Sha suka part yang banyak makanan.. Hehehe

    ReplyDelete
  11. murah2 ke brg kat situ?
    yes. aida ke sana nanti nak makan-makan.
    makanan siam. ari tu thai food fest sgt mahal & sgt tak sedap.
    aduhai. best nyer ke sana...

    ReplyDelete
  12. Thanks for this article very helpful. thanks. Wondering where to go in 2019? Things to dohas ranked as the best include a remote, idyllic island, the design capital ...

    ReplyDelete
  13. Lamanya tak pi vacation. Kena tggu covid pulih dulu insyaAllah ada rezeki leh jenjalan.

    ReplyDelete