Rumah pertama
Untuk majlis pertunangan Farid di Kedah, kitaorang bermalam di Teratak Singgah D’Soffiyya. Ni mak Hazzy yang tolong carikan & book. Pilih homestay ni sebab boleh muatkan ramai orang iaitu sehingga 40 orang. Jarak homestay dengan rumah Hazzy pula hanya memakan masa 15 minit sahaja.
Antara, banyak-banyak homestay yang saya pernah menginap, ini adalah first time saya stay di homestay yang berkonsepkan kampung melayu tradisional.
Di homestay ini, ada dua buah rumah di dalam satu kawasan yang berpagar. Rumah yang pertama ada 3 bilik. First bilik ada 8-10 tilam. Bilik second ada empat katil & ada bilik air. Yang third bilik kecil yang hanya memuatkan 2 katil single sahaja. Rumah ini juga ada satu ruang di bawah rumah. Ruang ini menempatkan meja-meja makan, tempat lepak, satu lagi bilik air, surau, tempat wuduk & dapur.
Ruang bawah
Rumah yang kedua
Homestay ni macam tak boleh memasak sebab tak ada dapur gas. Setakat ada microwave, peti ais & sinki. Nak merokok kena di luar. Tak dibenarkan merokok di dalam rumah a.k.a homestay. Semua bilik ada aircon kecuali bilik yang besar yang ada 8 tilam tu. Cuma ada kipas sahaja.
Master bedroom di rumah kedua
Salah satu buaian yang ada
Harganya Cuma RM500/night. Nak merasai bermalam di perkampungan tradisional di daerah Jitra, Kedah dengan servis yang tiptop, Teratak Singgah D’Soffiyya adalah tempat yang terbaik untuk dipilih. Masa majlis perkahwinan Farid nanti for sure akan menginap di Teratak Singgah D’Soffiyya lagi. Tapi maybe akan lagi padat sebab ramai lagi akan join. Hehe.
Sempat lagi photoshoot bagai tue
OOTD sangat
Dak Mus pun join jugak
mewahnya homestay ni..:)
ReplyDeleteserius cantik homestay ni, kalau ramai2 memang syiok habis!
ReplyDeleteBesar & Cantik homestay ni...
ReplyDeleteBerbaloi sangat dengan harga dia.. Cantik pun cantik..
ReplyDeletewoww cantiknye homestay ni, suke sangat konsep ala ala tradisional ni
ReplyDeletecantik gila homestay ni .. kalau qaseh mmg ootd seribu juta kali haha
ReplyDeletewah! besar..suka buaiyan die pon kayu juga
ReplyDeletedekat jitra eh?...kalau nak vacation reramai ble g sini.tgk dlm gmbr mcm best..tapi kalau boleh masak, mesti lagi best kannn
ReplyDeleteBersih, cozy dan menarik memang sesuai untuk segerombolan family kan...
ReplyDeletenmpk selesa...
ReplyDeleteCantiknya homestay ni. Kalau gi Kedah, boleh la stay kat sini. Kena bawa ramai anggota kot ye.
ReplyDeleteCantik homestay ni. Jadi kenalah dengan harga tu.
ReplyDeletenk tanya ..bedroom setiap bilik semua fully aircond ker?
ReplyDeletesemua bilik ada kecuali bilik paling besar..ada kipas ceiling
Delete