Gedik Family ke utara kali ini untuk event yang sangat bermakna buat kami semua iaitu Majlis Pertunangan Farid. Farid pun macam sama macam saya jugak. Jodoh dengan orang utara. Tapi Farid ni ke atas lagi iaitu di Kedah. Kimchi (which is my hubby) pulak orang Perak. Tengok Didi & Dak Mus pulak dijodohkan dengan orang mana. Adakah utara jugak? Kita tungguuuu. Hehe.
Bertolak ke Kedah pada hari jumaat, sehari sebelum majlis pertunangan. Bermalam di Teratak Singgah D’Soffiyya yang Cuma 10 minit sahaja dari rumah parents Hazzy. Boleh baca di entri SINI untuk pengalaman bermalam di Teratak Singgah D’Soffiyya.
Pada hari majlis pertunangan, majlis bermula pada pukul 11:30am. Saudara-mara yang join rombongan lelaki iaitu Farid Maklang & dua anaknya, uwan, induk, Paktam sekeluarga, ayahchik sekeluarga & ayahhar sekeluarga.
Selesai sahaja perbincangan, majlis diteruskan dengan sesi sarung cincin & bergambar. Sebelum majlis betul-betul tamat, tuan rumah jemput tetamu menjamu selera.
Dulu teringat Farid masa kecil-kecil dulu, kerja menangis jea especially bila dengan abah. Biasalah anak lelaki sulung. Manja terlebih. Kalah Mus manjanya. Ahaks. Sekarang dah nak jadi suami orang & sedikit lagi nak jadi bapak orang dah. Cepat naw masa berlalu.
To Farid, selamat mengharungi fasa pertunangan. Orang kata fasa pertunangan mencabar sedikit sebab darah mudah & etc. Semoga kau dapat pergi ke langkah seterusnya iaitu ikatan yang sah, ikatan yang membuatkan banyak setan menangis dengan jayanya. Aaminn.
Alhamdulillah.. tahniah atas pertunangan brother Radhia..Semoga segalanya dipermudahkan hingga ke jinjang perkahwinan
ReplyDeleteselamat bertunang..:)
ReplyDeletesemoga kuat menghadapi alam pertunangan, alam bertunang paling banyak dugaan.
ReplyDeleteCantik dan sama padan.. Semoga semua urusan membina masjid dipermudahkan.. Aamiin.. Selamat bertunang..
ReplyDeletesemoga dipermudahkan ke peringkat seterusnya.
ReplyDeletecomelnya ...
ReplyDelete