26 September 2017

Beli di Saranira Sebab Coconut Ice Cream Di Padang Besar Tak Sedap Punya Pasal

Haritu semasa di Padang Besar, ada beli coconut ice cream di gerai yang ada berdekatan di Pusat Membeli-Belah Gapura Square. Mula-mula jumpa ada jual ice cream coconut tak sabar nak makan kot. Dalam tempurung kelapa lagi tue. Lepas ada letak macam-macam toppings bersama dengan ice cream. Harganya Rm5.



Bila makan, ice cream oklah..Too sweet. Tapi yang spoilnya ada topping yang dah tengik iaitu chopped bread. Macam dah lama expired punya roti. Kacang pun macam tengik. Terus tak lalu.

Ice cream dah spoil saya punya mood. Tu yang time gi Aeon Shah Alam baru baru ni, pergi cari ice cream coconut. Di Aeon ni tak ada Sangkaya. Saranira adela. Saranira pun jadilah. Asalkan ada jual coconut ice cream. Just beli yang dalam cup sahaja yang ada 3 scoop ice cream. Kalau yang dalam tempurung mahal sedikit sebab lagi banyak scoop. Nak cuba rasa beli jealah yang sedikit dulu. Kan tak sedap, buat rugi pulak.



Tapi nasib baik semuanya sedap dari ice cream hinggalah topping iaitu ada nira syrup & fried coconut. Tak adalah yang rasa boleh buat spoil mood. Dapat cover balik  yang makan tak sedap di padang besar haritu.

Lepas ni nak try yang Sangkaya. Yea saya tak pernah makan lagi yang Sangkaya punya. So sad kan. Kuikuikui.

20 September 2017

Enjoying Homemade Steamboat During Raya Haji At Tokchik's Place, Lui Muda Negeri Sembilan



Raya Haji baru-baru ni Tokchik sekeluarga ajak semua anak cucu cicit uwan datang beraya haji di rumahnya di Lui Muda Negeri Sembilan. Katanya nak buat jamuan Steamboat.  Curlass. Serve steamboat tue untuk tetamu datang beraya. Hipster sangat. Ahaks.



Sebelum maghrib lagi dah sampai Lui Muda dari Bahau. Lepas dah solat, terus proceed ke acara yang dinanti-nantikan iaitu steamboat feast. Tapi sebelum makan-makan haruslah dimulakan dengan doa yang dibacakan oleh anak Tokchik iaitu Pak Akramin.



Macam-macam bahan basah dihidangkan untuk steamboat ini seperti semua jenis ball, semua jenis cake, kerang, udang, kangkung, cendawan & banyak lagi. Bila dah pilih-pilih bahan-bahan steamboat, terus masukkan ke dalam periuk nasi yang ada sup tomyam untuk direbus. Sebab tu tak susah nak buat steamboat homemade. Tak ada alat steamboat pun & just guna periuk nasi pun dah boleh buat dah. . Ada jugak hidangkan satu lagi jenis sup kalau tak nak pedas iaitu sup putih.
Makan-makan steamboat dibuat di kedai makan anak TokChik yang terletak di hadapan rumah Tokchik.




Time sedap-sedap makan steamboat, ada pulak orang kampung main mercun rocket.  Dah macam makan di restaurant high end pulak makan-makan sambil melihat pertunjukkan bunga api di awangan. Ahaks.



Berkali-kali kitaorang menambah makan steamboat ni. Sebelum balik, family Tokchik ada buat birthday celebration untuk September babies.


Memang best buat steamboat homemade sebab suasana  meriah sangat & preparation tak complicated. Lepas ni bolehlah plan buat di Bahau pulak. InsyaAllah.

18 September 2017

Uwan Belanja Anak Cucu Durian Kampung Di Jitra, Kedah

Boleh nampak pokok-pokok durian di belakang rumah kampung penjual ni

Kata Mak, uwan kalau ternampak  gerai biasa-biasa (maksudnya bukan yang kedai komersial) jual buah-buahan di kawasan perkampungan, uwan mesti singgah beli. Sebabnya buah-buahnya yang dijual mestilah hasil tanaman kebun sendiri(aka organic) & harganya murah.

Haritu time di Jitra Kedah & on the way nak pergi homestay ada ternampak gerai jual buah-buahaan. Uwan terus suruh singgah sebab nak beli. Gerai tu ada jual pelbagai jenis buah-buahan tanaman sendiri seperti dokong, rambutan & paling best durian kampung pun ada jugak. Durian kampung tu. Tahun ni bukan senang nak dapat durian kampung. Buah durian kampung tahun ni pulak tak berapa nak menjadi. Yang ada dijual pun & yang di pesta durian tu semuanya yang dari Siam takpun yang species mahal-mahal seperti raja fox etc.


Uwan apalagi terus beli sampai empat biji durian kampung yang besar-besar. Dijual dengan harga RM12/kg. Habis dalam RM70 lebih kalau tak silap. Selain itu ada jugak beli buah dukong. Sampai-sampai homestay & dah settle dengan owner homestay, terus belah durian di gazebo & makan beramai-ramai. Tak sampai 30 minit habis semua durian. Sampai tak sempat nak snap gambar time makan. Isi semua duriannya Ya Allah sedap betul. Cukup berlemak. Cukup manis. Semuanya cukuplah.

perghh..lemak berkrim betul isi durian ni

Dapatlah jugaklah makan durian kampung yang isinya sangat perfect iaitu berlemak, manis, isi tebal, tak ada defect langsung & semuanyalah.  Last sekali makan durian , tak berapa puas sebab ada defect sedikit. Harga dahlah mahal sebab beli yang jenis mahal. Time tu beli jugaklah sebab dah teringin sangat walaupun tahu harganya mahal.

Saya pun nak buat stail uwan. Kalau nampak orang kampung jual hasil tanaman sendiri especially buah-buahan, saya pun akan singgah beli jugak. Confirm puas hati makan buah-buahan sebegini.

14 September 2017

The Attractive Places We Visited In Alor Setar, Kedah

Selepas majlis pertunangan Farid selesai, balik ke Teratak Singgah D’Soffiyya untuk bersiap. Nak jalan-jalan di Alor Setar. Perjalanan dari Jitra ke Alor Setar hanya mengambil masa sejam sahaja. 



Dah sampai Alor Setar, mula-mula pergi naik Menara Alor Setar. Dak Zafran excited kalau naik ke tempat tinggi tapi dia tidur pulak. Uncle dia yang tunang, dia pulak yang lebih-lebih penat. Ahaks. Tak dapat nak bagi dia merasai naik Menara time sedar.

Harga tiket

Ketinggian Menara Alor Setar hanya suku daripada Menara Kuala Lumpur. Naik lif dari bawah hingga ke tingkat lima hanya ambil masa tak sampai 5 minit. Dah berada di tingkat lima, walaupun ruangan untuk pengunjung agak limited tetapi still rasa best. Sebabnya dapat  merasai tiupan angin yang agak kuat & rasa cool jea. Lepas tu dapat melihat permandangan bandar Alor Setar dari banyak arah sebab boleh mengelilingi dalam Menara ini.

Dah berada di tingkat 5

Ada teropong disediakan untuk pengunjung

Di Menara ini jugak ada teropong & juga menyediakan maklumat tempat lain yang boleh dikunjungi di Alor Setar.

Dak Zafran tak sedar lagi

Melihat permandangan bandar Alor Setar

Maktih & Uwais

Dah habis baca ni, kitaorang pilih samada nak pergi rumah Tun Mahathir & Muzium. Nak pergi kedua-duanya tak cukup masa. Tinggal dalam 40 minit sahaja sebelum tutup. Discuss punya discuss decide untuk pergi ke rumah Tun Mahathir.

Nak pergi rumah Tun Mahathir dari Menara tak sampai 2km pun. Tapi sampai-sampai jea di kompleks ni tutup pulak. Katanya ada aktiviti penyelenggaraan sehingga April tahun depan. Intai-intai dari luar pagar, tengok kompleks ni macam dalam keadaan baik. Please lah jangan cakap kompleks tutup atas sebab kes yang tengah hot sekarang ni.

Dah tutup, terpaksalah rombak balik itenari.hehe. Abah ajak pergi Pekan Rabu sebelum melawat Masjid Zahir a.k.a masjid putih. Pekan Rabu ni sama seperti Pasar Siti Khadijah iaitu kompleks membeli-belah yang ada jual pakaian, makanan kering seperti kerepek & banyak lagi. Sampai-sampai sahaja di Pekan Rabu, semuanya tak melepaskan peluang untuk shopping & semuanya ada hasil shopping. Window shopping ni menang tak adalah dalam kamus hidup anak-beranak Enon ni kalau dah berada di tempat shopping ni.ahaks.

Selesai shopping, sebelum balik Jitra bergambar dahulu di Masjid Zahir. Masjid di dah lama dibina aitu sejak tahun 1912. Masjid Zahir antara masjid yang cantik di Malaysia.  Sebab tu masjid ni port favourite pengantin bergambar. Time kitaorang ada di situ, ada dua pasangan pengantin tengah photoshoot di situ. Tapi di perkarangan masjid sahaja. Depa tak masuk dalam masjid.

Masjid Zahir

Maklang, Uwan & Mak

Selesai melawat Masjid, terus balik homestay. Ingat malam nak pergi kuala perlis pulak. Nak makan ikan bakar. Tapi cancel sebab kaum Adam sibuk tengok Game Bola Sukan Sea. Malaysia lawan Indonesia.

Buat peace sampai tutup muka

Tak apalah next time lah pergi Kuala Perlis. Lagipun esoknya nak kena bangun awal untuk check out & nak pergi padang besar. Lepas tu nak kena gerak balik KL pulak. Haruslah rehat secukupnya supaya kembali bertenaga untuk aktiviti seharian pada esoknya. (dah macam iklan milo pulak ..ahaks).

13 September 2017

Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand

Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand


Selepas check out & serah kunci kepada owner pada pukul 9am, terus gerak ke Padang Besar, Perlis. Perjalanan ke sana ambil masa dalam sejam lebih. Ni dari Perlis nak balik KL, memang jauhlah..KL ke Kedah sahaja dah 5 jam. Itupun time pergi jalan clear & bawak balik. Rasa nak balik ni macam jem. Jem tak jem kenalah hadap jugak & kena balik KL jugak.

Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand

Dah sampai Padang Besar, tanpa melengahkankan masa terus pergi shopping di Pusat Membeli-Belah Gapura Square, Padang Besar.  Gapura Square ni adalah syurga barangan Siam. Kalau ada passport boleh masuk ke Siam.Yang tak ada passport macam kami-kami ni, shopping di belah Perlis sahajalah. Tapi walaupun tak dapat masuk Siam, still merambangkan mata kami kami ni. Geng yang ikut pergi Padang Besar pulak memang yang kaki shopping iaitu uwan, Maklang, Mak, Induk, Maktam. Memang shopping sakan lah depa semua. Ada beli baju, handbag, kerepek-kerepek, barang dapur & banyaklah. Kaum-kaum Adam macam Farid, Mus, Kimchi, Paktam pun boleh tahan jugak tak sabarnya nak shopping. Katanya boleh dapat jersi siam murah-murah di situ. Jauh lagi murah compare dengan uptown.


Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand
Pusat Membeli-Belah Gapura Square

Dak Zafran pun sama jugak rambang mata. Masuk jea kedai & mainan pulak depan mata dia, apalagi merengek-rengek la mintak. Selagi tak dapat, selagi tu mintak.  Lepas tu satu tak cukup, mintak satu lagi. Dah sampai dapat dua, dah tak layan dah permintaan Zafran yang seterusnya. Memang  dibiarkanlah melalak sampai semua orang dengar. Papa dia terpaksalah kena stay satu tempat sahajalah dengan Zafran. Kalau dia dah tak nampak mainan depan mata dia, cepat sedikit stop menangis.


Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand
 Dah dapat 2 mainan pun, boleh lagi melalak nak lagi satu..Memang tak kena layanlah.


Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand
Tapi sekejap jea menangis..dah stop menangis Zafran terus main dengan mainan baru.

Saya pulak join geng perempuan shopping. Tapi saya tak shopping apa-apa pun untuk saya. Sebab tak nampak barangan yang design berkenan di hati. Lepas geng perempuan dah siap shopping, take turn dengan Kimchi. Bagi Kimchi pulak shopping. Dia nak mencari jersi.

Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand
Shopping kerepek

Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand
 Handbags

Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand
Cloths

Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand
Kerongsang pun ada

Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand
Kimchi pun dah terjebak jugak rambang matanya

Sementara tunggu Kimchi shopping, pergi makan di gerai Siam Muslim. Mus recommend makan di situ sebab pernah makan di situ sekali & masakannya sedap. 

Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand
Dak Zafran dah lapar. Tue taknak pandang kamera tue..

Macam-macam masakan Siam boleh order di situ. Tapi kitaorang just order pulut manga, pulut durian & kerabu manggi untuk cuba rasa. Rasanya memang berlemak giler bangat untutk pulut mangga & pulut durian. Yang kerabu maggi, tersangatlah pedas tapi sedap.  Yang lain-lain order nasi goreng sebab semuanya lapar. Baru lepas shopping katakan. Nasi adalah makanan terbaik untuk reenergize badan balik.

Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand
Super mouthwatering pulut durian and pulut mangga

Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand
Close up sedikit pulut durian

Pulut mangga

Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand
Kerabu maggi

Saya & Induk ada beli ice green tea di gerai yang dekat dengan tempat kitaorang makan. Ice green tea memang terbaik & sangat sedap. Induk sampai beli second time sebelum balik. Tapi bukan di gerai yang sama. Nak rasa green tea gerai lain. Still sedap & tapi lebih manis.

Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand
Boleh pulak Zafran pergi ke belakang tue. Jangan risau. Tempat kitaorang bergambar ni, kenderaan tak boleh lalu.

Dah siap makan, terus nak gerak balik ke KL. Jauh lagi perjalanan ni.  On the way pergi ke parking, maklang sempat lagi beli pengukus saiz kecil selepas ternampak kedai jual barangan dapur. Sempat lagi Maklang grab satu lagi barang walaupun aktiviti shopping dah lama dihentikan. Ahaks. Itupun sebenarnya dah ter extend satu jam aktiviti shopping. Patutnye pukul 12pm kena stop shopping. Actual pukul 1pm. Tak apalah. Dah alang-alang sampai Padang Besar, shopping biar sampai puas. Sebab tak tahu bila lagi nak boleh sampai Padang Besar ni lagi.

Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand
Semua ada hasil shopping masing-masing

Nak balik memang jemlah. Padahal baru start cuti sekolah & sepatutnya hala ke selatan clear. Tapi nampaknya teori tersebut tak boleh diguna pakai. Gerak pukul 2:30pm dari Padang Besar, pukul 11:30pm baru sampai Sungai Buloh walaupun setakat 2-3 kali jea berhenti. Yang nak balik ke Seremban & Bahau, lagi lambat nak boleh sampai macam maklang, paktam sekeluarga, uwan & induk. Traffik Jem dah jadi perkara biasa kalau travel. Patut dah boleh dijadikan salah satu aktiviti yang patut dimasukkan ke dalam intenari travel. Sebab asal travel memang wajib hadap jem. Melainkan bukan travel di darat. Itu boleh elak jem. Haha Tak apalah yang penting hati seronok sebab baru lepas bercuti & shopping.  Hehe.

COMEBACK GIVEAWAY

Click above banner to join GA
GA end on 30/9/17
I tag Sha, Cik Nor & Mus

12 September 2017

Merasai Pengalaman Bermalam di Homestay Berkonsepkan Kampung Tradisional Melayu Di Teratak Singgah D’Soffiyya, Jitra Kedah


Merasai Pengalaman Bermalam di Homestay Berkonsepkan Kampung  Tradisional Melayu Di Teratak Singgah D’Soffiyya, Jitra Kedah
Rumah pertama

Untuk majlis pertunangan Farid di Kedah, kitaorang bermalam di Teratak Singgah D’Soffiyya. Ni mak Hazzy yang tolong carikan & book.  Pilih homestay ni sebab boleh muatkan ramai orang iaitu sehingga 40 orang. Jarak homestay dengan rumah Hazzy pula hanya memakan masa 15 minit sahaja.
Antara, banyak-banyak homestay yang saya pernah menginap, ini adalah first time saya stay di homestay yang berkonsepkan kampung melayu tradisional.

Merasai Pengalaman Bermalam di Homestay Berkonsepkan Kampung  Tradisional Melayu Di Teratak Singgah D’Soffiyya, Jitra Kedah
 Bilik dua katil single

Merasai Pengalaman Bermalam di Homestay Berkonsepkan Kampung  Tradisional Melayu Di Teratak Singgah D’Soffiyya, Jitra Kedah


Merasai Pengalaman Bermalam di Homestay Berkonsepkan Kampung  Tradisional Melayu Di Teratak Singgah D’Soffiyya, Jitra Kedah
Bilik  4 buah katil..lengkap dengan tv & bilik air

Di homestay ini, ada dua buah rumah di dalam satu kawasan yang berpagar. Rumah yang pertama ada 3 bilik. First bilik ada 8-10 tilam. Bilik second ada empat katil & ada bilik air. Yang third bilik kecil yang hanya memuatkan 2 katil single sahaja. Rumah ini juga ada satu ruang di bawah rumah. Ruang ini menempatkan meja-meja makan, tempat lepak, satu lagi bilik air, surau, tempat wuduk & dapur.

Merasai Pengalaman Bermalam di Homestay Berkonsepkan Kampung  Tradisional Melayu Di Teratak Singgah D’Soffiyya, Jitra Kedah
Ruang bawah 

Rumah kedua pulak ada tiga bilik tidur. Yang ni tak ada ruang bawah. Semuanya sama saiz iaitu muat untuk satu katil queen sahaja. Hanya satu bilik sahaja yang ada bilik air di dalamnya & juga tv.  Kira master bedroom lah bilik ni. Satu lagi bilik air di luar. Lepas tu ada living room yang ada tv & dapur yang tak ada dapur gas & anjung.

Merasai Pengalaman Bermalam di Homestay Berkonsepkan Kampung  Tradisional Melayu Di Teratak Singgah D’Soffiyya, Jitra Kedah
Rumah yang kedua

Homestay ni macam tak boleh memasak sebab tak ada dapur gas. Setakat ada microwave, peti ais & sinki. Nak merokok kena di luar. Tak dibenarkan merokok di dalam rumah a.k.a homestay. Semua bilik ada aircon kecuali bilik yang besar yang ada 8 tilam tu. Cuma ada kipas sahaja.

Merasai Pengalaman Bermalam di Homestay Berkonsepkan Kampung  Tradisional Melayu Di Teratak Singgah D’Soffiyya, Jitra Kedah
Master bedroom di rumah kedua

Selain itu di homestay ini jugak buaian kayu yang agak banyak & gazebo. Budak-budak termasuklah Dak Zafran memang  sukalah dengan homestay ni sebab  boleh main buaian.

Merasai Pengalaman Bermalam di Homestay Berkonsepkan Kampung  Tradisional Melayu Di Teratak Singgah D’Soffiyya, Jitra Kedah
 Salah satu buaian yang ada

Merasai Pengalaman Bermalam di Homestay Berkonsepkan Kampung  Tradisional Melayu Di Teratak Singgah D’Soffiyya, Jitra Kedah


Harganya Cuma RM500/night. Nak merasai bermalam di perkampungan tradisional di daerah Jitra, Kedah dengan servis yang tiptop, Teratak Singgah D’Soffiyya adalah tempat yang terbaik untuk dipilih. Masa majlis perkahwinan Farid nanti for sure akan menginap di Teratak Singgah D’Soffiyya lagi. Tapi maybe akan lagi padat sebab ramai lagi akan join. Hehe.

Merasai Pengalaman Bermalam di Homestay Berkonsepkan Kampung  Tradisional Melayu Di Teratak Singgah D’Soffiyya, Jitra Kedah
Sempat lagi photoshoot bagai tue

Merasai Pengalaman Bermalam di Homestay Berkonsepkan Kampung  Tradisional Melayu Di Teratak Singgah D’Soffiyya, Jitra Kedah
OOTD sangat

Merasai Pengalaman Bermalam di Homestay Berkonsepkan Kampung  Tradisional Melayu Di Teratak Singgah D’Soffiyya, Jitra Kedah
Dak Mus pun join jugak