Product Launching By Dr. Erica from USA
Seminar kedua yang dianjurkan oleh Perkin Elmer untuk tahun ini, di tempat yang sama juga dengan yang first iaitu di Connexion Conference & Event Centre, Bangsar South City. Rasanya dah jadi tempat favourite Perkin Elmer buat seminar dah. Dua seminar berturut-turut diadakan di Bangsar South City ni.
Connexion Conference & Event Centre ni memang ada beberapa
dewan yang memang sesuai untuk buat event seperti seminar, training, even
wedding pun boleh. Facilities memang lengkap iaitu ada surau, toilet & garden
untuk melepak pun ada. Toiletnya mak aii besar, bersih & cantik. Surau pun
in good condition & bersih.
Selitkan jugak gambar makanan sebab semua dessert sedap sangat
Taknak cerita banyak pasal seminar. Kalau saya cerita pasal apa
yang dapat dari seminar ni, tak ada siapa pun nak baca. Kalau ada yang baca,
maybe susah nak hadam. Sebabnya seminar ni lebih kepada kerja saya sahaja.
Kerja saya pun memang tak ada benda yang interesting pun untuk dicerita.
Just nak cerita yang apa yang saya & Lina buat semasa lunch
break. Lunch break nya selama 2 jam. Lepas makan & solat, banyaklah extra
time semasa menunggu seminar bermula. Saya & Lina apalagi berjalan-jalanlah
di sekitar di Bangsar South City. Sebab betul-betul di luar dewan seminar
perkin elmer, ada garden yang cantik sangat untuk dijadikan tempat untuk bergambar.
Belakang tu gazebo..tak sempat nak ambil gambar gazebo yang full sebab masa ni hujan dah turun. Mata pun dah menyepet sebab masuk air hujan & tahan silau.
Ambik gambar di dalam gazebo ajelah since luar dah hujan
Di garden ini, siap ada fish pond, water fountain, variety of
plants & gazebo pun ada. Gazebonya siap ada aircon tue. Memang setiap sudut
tempat ini lah, saya & Lina bergambar.
Siap ada bunga teratai tu di fish pond tue
Dah habis bergambar, masuk balik dewan. Seminar sambung balik
hingga ke petang. Dah habis seminar, cepat-cepat nak balik sebab nak elak jem.
Tak sempat nak bergambar. Tu yang pulun bergambar time lunch break tu. Dah tahu lepas habis
seminar tak sempat nak buat apa dah.
Pokok-pokok bunga menjalar
Lina pandai posing jugak tue.. Apa yang kayunya..ahaks
Tempat training pun boleh bergambar bagai kan. Bak kata Lina “bila
berjalan dgn blogger bergambar saje. Layankan ajelah permintaan blogger ni”. Ahaks. Blogger la sangat. Blog yang tak berapa
ada orang singgah, boleh dipanggil blogger jugak ke..huhu. Memang tak dapat
dinafikan pun. Sejak ada blog ni, lagi suka pulak bergambar. Kalau dah ada
gambar, ada idea untuk buat entri. Tapi entri macamni just sebagai
kenang-kenanganlah. Blog inikan umpama saya punya e-journal . Tak kisah pun
kalau tak ada reader yang singgah baca. Tapi kalau ada yang sudi singgah, baca
& siap tinggalkan jejak, saya suka jea. Hehe.
ni g training ke g fotoshoot..hihi
ReplyDeletedua2..kikiki
DeleteCantiknya port area situ. Ambil gambar mmg cun
ReplyDeleteCantik tmpt bergambar tu, very fresh look ...
ReplyDeletecantiknya taman tu, mmg rugi laa kalau tak bergambar. hihii :)
ReplyDeletecantik tempat tu..sedap mata memandang
ReplyDeleteBestnya tempat training ada surrounding yg cantik.. bila time break bolehlah segarkan mata balik..
ReplyDeleteCantiklah tenpat training tu...=) makanan pun sedap...tu yg penting
ReplyDeleteBlogger nie kalau boleh semua spot ambik gambar kan sis? hehe.. Sama saya pun sejak aktif menulis blog nie jadi narsis pulak. X kisah x de yang baca, janji menulis. ^^
ReplyDeletecantik style tudung radhia pakai, tutorial pleaseeeeeee..
ReplyDeletekalau seminar, IQ suka bab makan...kuikuikui
ni stail vivy yusof...saya pun belajar stail ni kat utube jea..izyan search jea stail vivy yusof..
DeleteDah macam model.dah dedua ni haaaaa
ReplyDeletecantik dan menarik tempatnya
ReplyDeleteMenarik tempat nih
ReplyDeleteamboihh seronoknya training.. siap snap2 gmbr hehehe
ReplyDeletecantik tempat dia..memang best kursusu macam ni..hehe
ReplyDelete