15 August 2017

Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│Abang Strawberry Farm & Healthy Strawberry Farm

Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│Abang Strawberry Farm & Healthy Strawberry Farm
Dak Zafran menyorok belakang mama sebab taknak bergambar

Self pick up strawberry at strawberry farm adalah antara aktiviti wajib buat kalau jalan-jalan di Cameron Highland. Aktiviti inipun ada termasuk dalam itinerary kitaorang. Yea ada itinerary kau walaupun jalan-jalan di Cameron Highland jea. Haruslah ada supaya semua aktiviti yang nak dilakukan berjalan dengan lancar & masa di Cameron Highland digunakan sebaik-baiknya.

Kitaorang tak kisah pick up di mana-mana farm, asalkan dapat pick up strawberry  yang gemuk-gemuk. Mula-mula pergi ke Abang Strawberry Farm di Kampung Taman Sedia. Tempat ni baru sahaja viral di media social. Sebelum ni tak dikenali sebab tempatnya di kawasan perkampungan & agak jauh ke dalam dari main road. Tempat ni terus jadi famous sebab ada jual produk sambal strawberry ikan masin yang 100% homemade. Selain itu, di situ juga 200 Seeds Cafe  yang  jual pelbagai jenis makanan & minuman yang berasaskan strawberry termasuklah nasi lemak dengan sambal strawberry ikan masin.


Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│Abang Strawberry Farm & Healthy Strawberry Farm
Deco yang sangat cantik

Strawberry farm juga turut ada. Tu yang try pergi Abang Strawberry. Mana tahu boleh self pick up strawberry di situ. Sampai-sampai sahaja di Abang Strawberry, terus pergi strawberry farm. Tengok-tengok dah tak ada buah strawberry yang masak.

Tak dapat nak self pick just pergi minum sahajalah di café nya. Semuanya just order minuman biasa. Alim sahaja yang order nasi.


Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│Abang Strawberry Farm & Healthy Strawberry Farm
Tak dapat nak self pickup, lepak-lepak dahulu di 200 Seeds Cafe

Esoknya, selepas breakfast try pergi ke Healthy Strawberry Farm di Tanah Rata. Pun sama jugak tak boleh buat self pick up. Kata orang farm tu, diaorang baru sahaja pick up strawberry. Pokop-pokok yang ada tinggal buah yang belum masak sahaja. Just boleh beli strawberry yang dah siap petik sahaja. Memang gemuk-gemuklah buah strawberry yang dah siap petik ni. Tapi harga pulak mahal. Baik beli di Kea Farm sahaja.


Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│Abang Strawberry Farm & Healthy Strawberry Farm
Di Healthy Strawberry farm

Malas nak try pergi farm lain. Farm lain pun sama jugak kot. Still tak boleh nak self pick up sebab bukan musim buah strawberry kot. Tak banyak pokok yang berbuah lebat.  Lepas dah pusing-pusing di farm & cuci mata tengok pelbagai jenis bunga dijual di situ, terus balik hotel. Kena bersiap untuk check out.

Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│Abang Strawberry Farm & Healthy Strawberry Farm
Percubaan mengepow nampaknya berjaya di situ

Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│Abang Strawberry Farm & Healthy Strawberry Farm
dah dapat mainan baru nak buat peace

Walaupun tak dapat nak self pick up strawberry,  tak adalah rasa kecewa pun. Sebabnya Abang Strawberry Farm di Kampung Taman Sedia & Healthy Strawberry Farm ada keistimewaan sendiri & memang seronok pergi kedua-dua tempat ini.

10 comments:

  1. org kata kalau petik sendiri lg mahal kan? berbaloi x compare dgn yg dah siap petik?

    p/s : Hi! Salam kenal <3 blogwalking sini

    -Farah Dafri-
    www.farahdafri.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIL cakap mahal kalau compare beli di pasar brinchang & Kea Farm. Saya tak sure sebab tak compare harga pulak..hehe

      Delete
  2. Tetiba rindu nak pergi cameron hehe

    ReplyDelete
  3. rindu cameron , hari tu tak petik sendiri sbb buah takde sangat huhuh..

    ReplyDelete
  4. Bestnya cuti cuti kat Cameron.. LAst time kami pegi pun tak petik sendiri.. Just beli yg dah siap petik je.. Lebih murah n masih segar lagi..

    ReplyDelete
  5. Rindunya nak pi cameron...best pi strawberry farm

    ReplyDelete
  6. Dah lama betul tak pergi sana... sedapnya strawberi

    ReplyDelete
  7. wahh bestnya dah lama tak singgah CH

    ReplyDelete
  8. dah lama tak pegi CH.. mmg fav bercuti ke cameron ni..

    ReplyDelete