Dah shopping strawberry
Settle check out Hotel De’ La Ferns, gerak ke Kea Farm, Brinchang. Kea Farm adalah one stop centre kalau nak shopping hasil keluaran penduduk tempatan Cameron Highland yang segar seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, teh & banyak lagi.
Tapi nak boleh sampai sana, 2 jam terperangkap dalam jem. Padahal jarak dari Hotel De’ La Ferns ke Kea Farm tak sampai 10km pun. Ni dah macam dari saujana nak ke ipoh lamanya. Sebab-munasabab jemnya macam biasalah ramai datang jalan-jalan di Cameron Highland. Dan yang kedua, banyak kereta perlahan & berhenti bila dah sampai Kea Farm. Nak jugak parking di tepi jalan walaupun di situ dah banyak ada parking yang proper. Biasalah typical Malaysian yang malas nak berjalan jauh. Parking proper semuanya kan nak kena berjalan sedikit.
Nampak tu sebelah tangan Zafran pegang lori besar
Saya & Zafran sempat tidurlah dalam kereta. Kesian Mr. Driver a.k.a Kimchi. Dahlah kena drive with speed kurang daripada10km/hr. Lepastu yang patutnya meneman dia drive sedap diulit mimpi. Ahaks. Elok-elok dah sampai Kea Farm, barulah polis-polis datang nak clear kan trafik. Menyaman semua kereta yang parking di tepi jalan. Barulah dah tak jem. Huh sampai hati. Time kitaorang dah sampai, barulah nak clearkan trafik. Awatlah tak buat sebelum tu lagi. Kalau tak tak adalah bazirkan 2 jam macamtu jea.Huhu.
Sebelum shopping, cari toilet dahulu. Nak masuk toilet yang ada di situ, kena bayar RM0.50. Ni kena bayar sampai 5 kupang ni, hope bersihlah. Kalau ada segala mak nenek syiling dengan macam-macam warna, memang saya tekeh-tekeh kepala yang kutip duit toilet ni. Nasib baik bersih & tak ada bau tak menyenangkan. Eh kena cerita jugak pasal toilet pun. Supaya ingat toilet tempat ni bersih ke tak bersih. Kalau yang kotor & tambah dengan bau bluwekkk, memang sampai ke sudah tak akan masuk.
Ok stop pasal toilet. Pergi ke setiap gerai yang ada di situ. Barang yang pertama beli tak lain tak bukan fresh strawberry. Dried strawberry pun ada beli jugak sebagai ole-ole untuk diberikan kepada orang. Lastly beli ubi manis sebanyak sekilo setengah. Kalau yang dah direbus sangat sedap dimakan begitu sahaja sebab rasanya manis .
Sayur satu pun tak beli. Sebabnya Dak Zafran dah start out of control. Ahaks. Nak meragam. Mana tak meragamnya. Selang 2-3 gerai yang jual sayur buah, ada gearijual toys. Dak Zafran pantang nampak toys. Padahal dua-dua tangan dah pegang toys. Tapi nampak jea toy lain, mintak dibelikan jugak.
Zafran dah nampak gerai jual toys. Terpaksa dukung. Kalau tak dukung dia sendiri masuk ke gerai jual toys.
Saya & Kimchi memang dah tak menunaikan permintaan nya kali ni. Kitaorang bukannya berkira sampai taknak belikan toys untuk Zafran. Tapi di Cameron Highland sahaja Zafran dah dapat dua mainan baru. Pergi healthy strawberry sebelum ni dah berjaya mengepow sebiji lori. Time Nannynya berikan birthday present untuk Imaan, Dak Zafran pun dapat jugak. Zafran dapat mixer truck daripada nanny nya. Ini nak toy ketiga pulak.
Cara nak control, seorang kena dukung . Kimchi la tue yang kena dukung. Seorang lagi kena bercakap-cakap dengan Zafran untuk distract daripada minta toy. Nasib baik cara ni berjaya. Tapi mak pak nya kena duduk setempat ajeelah. Tempat yang sekelilingnya tak akan nampak toy .Tu yang tak dapat nak pergi ke kedai-kedai lain & tak dapat nak beli sayur tu. Tak apalah. Layankan ajolah.
Di gerai jual ubi manis. Zafran dah lupa dah tu nak mintak toys
Tapi mama & papa dah tak boleh shopping & kena duduk setempat jea.. Kalau continue shopping gak, kan Zafran nampak lagi gerai toys & sambung mintak lagi.
Selesai semuanya shopping, sebelum gerak balik singgah lunch di kedai nasi ayam. Dah makan, barulah gerak balik. Dah tak singgah mana-mana dah sebab dah tak larat.
Seronok bercuti di Cameron Highland kali ini. Terasalah bercuti di oversea sebab cuaca agak sejuk pada waktu malam & pagi. Kat KL tak tak merasa suasana nyaman macamni. Cuma tak tahan dengan jem sahajalah. Tu tak boleh nak buat apalah. Kalau jalan-jalan time cuti sekolah memang kena mentally prepared menghadap jem. Kalau mental tak boleh terima, duduk ajolah di rumah.heee.
amboinya shopping strawberry..:)
ReplyDeleteHeaven shopping sayur jgk dekat sini..Tp kereta2 mcm x sepatutnya lalu dekat tengah2 org ramai tu..Bahaya...huhu
ReplyDeleteAkak paling suka pergi Kea Farm, suka borong strawberi banyak² sebab murah. Tapi nak pi sana memang kena sabarlah hadap jammed!
ReplyDeleteKea Farm tempat wajib pegi..hehehe...konfem borong sayur n ubi...
ReplyDeleteseronoknya pergi Cameron. Dah lama tak pergi sana mengenangkan trafik dekat cameron skrg dah kemain jem, kalah KL
ReplyDeletelama tak ke Cameron. Tp bila mengenangkan jammed tu alahai...
ReplyDeleteLama tak pi cameron �� . Best kan kat snaa.. sejukk je
ReplyDeleteLamenye xpetik straberi hihi
ReplyDeleteBelum pernah lagi sampai Cameron. Nampak menarik tu boleh petik dan borong strawberi
ReplyDeleteSeronok ya buah2 Dan sayur semua segar2
ReplyDeleteDah 2 kali gi cameron highland. Jam teruk. Balik2 terus sakit seminggu. Rasa tak nak datang lagi. Tapi bila teringat stroberi segar hasil petik sendiri, rasa kuat pulak nk tempuh jalan kelok2 tu. Hihi
ReplyDeleteYou're so gorgeous btw!
ReplyDeletekalau pergi cameron Nurul suka pergi ladang teh.. view dekat sana sangat cantik :D
ReplyDeleteLama takpi Cameron...klau pi seronok beli strawberry ja..hihi
ReplyDelete