10 August 2017

Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│Had A 5 Star Experience While Staying Overnight At Hotel De' La Ferns, Tanah Rata



Member Enal ada cerita dengan Enal (my SIL) kalau bercuti di Cameron Highland, dia suka stay di Hotel De' La Ferns di Tanah Rata. Hotel ini punya servis, bilik & semuanyalah memang terbaik. Enal pun book lah family suite di hotel untuk merasai sendiri, pengalaman yang menyeronokkan menginap di hotel ini. Lepas tu nak sambut hari jadi Imaan, haruslah book hotel best macamni supaya dapat memberikan kenangan harijadi yang manis kepada Imaan. MIL, FIL & kitaorang sekeluarga pun join Enal bercuti jugak. Nak baca entri sambutan harijadi Imaan di Hotel De' La Ferns, klik SINI.


Sampai-sampai sahaja di perkarangan hotel ini yang terletak di tepi jalan, ternampak restaurant Steamboat & Snack Corner yang bersebelahan dengan hotel . Terus teringat saya & gediks family pernah  dinner di situ semasa bercuti bersama-sama pada dua tahun lepas. Servisnya mak aiiii lousy gilosss. Janganlah servis lousy berjangkit ke  hotel De La Ferns pulak. Nak celebrate birthday Imaan di hotel ni.

Nak check in

Dah settle check in & masuk bilik, bilik family suite yang kitaorang dapat OMG cantik sangat. Family suite ni sebenarnya adalah 2 bilik yang dihubungkan dengan satu pintu. Lepas tu ada satu bilik air, dua tv dan dua ballkoni. Satu balkoni menghadap jalan raya, satu lagi menghadap permandangan gunung, jalan & restaurant steamboat yang lousy tue. Restaurant nya cantik, just servis sahaja yang lousy. Dululah. Sekarang dah improve kot. Nak baca pengalaman gediks family makan di restaurant steamboat ini, Klik SINI .

Servis pun terbaik. Call housekeeping untuk request extra blanket & baby cot untuk Dak Akeem, tak sampai 10 minit terus hantar. Amenities yang asas semuanya ada di bilik hotel ni seperti kettle, tea and coffee set, fridge, iron, iron board, slippers & etc.







Untuk breakfast buffet pulak, dapat voucher untuk enam orang. Walaupun pilihan makanan tak banyak tapi semua makanannya sedap. Saya suka croissant breakfast buffet ni sebab garing di luar & lembut di dalam. Time kitaorang breakfast dalam pukul 7:30am, kena pakai baju sejuk sebab cuaca di Cameron highland pada waktu pagi sejuk sangat.

layan hp dahulu di meja sementara tunggu yang lain ambil makanan

On the paper, Hotel De La Ferns memang bertaraf tiga bintang tetapi servis, bilik & everything seperti menginap di hotel 5 bintang. Percutian & penginapan di Hotel De La Ferns sememangnya memberikan pengalaman yang manis & menyeronokkan.

Love early morning view from our room balcony

12 comments:

  1. Sukanya pemandangan dari balkoni tu 😍

    ReplyDelete
  2. bestnyaa... ^^

    http://www.mohdnoorshawals.com/

    ReplyDelete
  3. Cantiknya..kitaorang husband n wife kalau checkin hotel mmg suka sgt yg ada balcony..memalam suka lepak kat balcony sambil minum teh panas..uihhh seronok


    ReplyDelete
  4. hai. dah follow :)

    follow back yaa

    ReplyDelete
  5. His local is Pacific Northwest and his theory of "wiping out the superfluous to get straightforwardness" comes about if the most stunning culinary enchantment. mohawk restaurant sparta nj

    ReplyDelete