Makan Makanan Korea Yang Tak kena Dengan Tekak
Dak Zafran langsung tak mau makan makanan korea
Balik PJ haritu, bawak mak & didi makan makanan korea di Midvalley. Saya order bibimbap. Mak & didi sama-sama order Jajang Myun. Semuanya tak pernah kedua-dua makanan korea nie.
Saya terasa nak cuba makan bibimbap sebab
hidangan ni pernah masuk dalam mastechef US kot. Season berapa entah yang Luca
juara tue. Peserta kena masak bibimbap dengan jayanya semasa mystery box
challenge supaya terselamat daripada penyingkiran.
bibimbao
Tengok semua peserta masak nampak macam sedap
jea. Tue yang cuba rasa tue. Saya beli di food oasis dengan harga RM10.
Siap-siap jea bibimbap untuk saya, dapat satu mangkuk & dua side dish.
Tengok-tengok dalam mangkuk saya dapat tue, ada nasi, telur mata, beberapa
jenis sayur & seaweed. Ada lah kuah macam kuah pasembor tue. Yang side dish
nya kepingan kecil telur dadar & Kimchi a.k.a kobis jeruk. Lerghhhhh.. Ini
jeake Bibimbap nya. Dah macam makanan untuk vegan pun ada jugak kalau tak ada
telur. Hidangan macamni sendiri buat pun boleh.
Ke sebab saya tak makan di high end Korean Restaurant. Bibimbap saya makan ni maybe bukan yang
betul-betul punya ke. Ada kekurangan here & there. Tak tahulah. Rasanya
boleh imagine sendirilah. Rasanya macam makan kombinasi nasi, sayur, seaweed,
telur mata & kuah ala-ala kuah pasembor. Gitulah rasanya.
Jajang Myun
Mak & Didi pula order Jajang Myun. Nama
hebat tapi sekali tengok macam mee kicap. Dua kali & lebih tengok, mee nya
tak samalah macam mee kita. Of course lah kan. Dah nama pun makanan korea.
Rasanya ok oklah. Tak tahu nak cerita macam rasanya. Rasa masin-masin kicap
macamtu lah. Mula-mula sedap makan. Lepas dah makan sampai separuh, dah rasa
muat.
Akan makan lagi tak kedua-dua makanan korea
ni? Ermm kalau di tempat yang sama definitely nope. Baik makan snack plate. Ahaks
. Tapi ada orang cakap kalau makan di betul-betul Korean Restaurant, rasa lagi
better. Bolehlah kot nak cuba kali terakhir makan makanan Korea kalau di Korean
Restaurant. Next time lah yea.
Gambar Godiks girls berselfie sebelum makan. Lepas makan tak ada selfie dah sebab muka masing-masing macam tak selesa. Rasa mual makan korea tak hilang..hehe
PC tak pernah lagi cuba makanan Korea.
ReplyDeletesaya kalau makanan korea pun, try set yg kat dubuyo je..atau pegi dakgalbi. kalau yang mee ni, kureng sikit rasanya kan.. hehe
ReplyDeleteHahaha tekak Melayu kita, Mai kalau korea tak boleh terima Kimchi yg femes tu. Haish, tak sedap pun rupanya. Macam overrated pulak. eh ke mai je yg rasa macam tu..ahaks.
ReplyDeleteDorg punya masakan menarik tp bila rasa ada yg xkena dgn tekak haha tp qaseh suka dubuyo
ReplyDeleteTeringin nak makan jajangmyun tu, tapi macam tak sedap pulak hehe
ReplyDeleteaah pernah gak try makanan korea, kalau korea mmg cm xkena ngn tekak, kalau jepun tu Insya Allah bole lagi.. hihihi
ReplyDeletepernah cuba bibimbap tu..mmg tak kena dgn tekak..ramen ok lg..huhu
ReplyDeleteX pernah teringin nak try makanan korea sbb mcm x menyelerakan je rupa dorg, haha..!
ReplyDeleteKawan Sha buat Bibimbap tu ada daging.. Sedap.. Kadang ada juga bubuh ayam.. Depends pada kedai rasanya tapi kalau nak sedap memang kena makan di restoran korea..
ReplyDeleteTak pernah lagi cuba masakan korea... Macam tak kena jer ngan tekak...
ReplyDeletepernah makan makanan korea..ok la jugak sbb kita ikut anak tekak kita sendiri..hehee..lain org lain taste kan sis :) hihiii
ReplyDeletesekali je Ty pernah try.. rasa nak luah balik tapi sebabkan org belanja dan rasa hormat makan slow2 tapi tak habiskan.. sat la tekak ty , tekak melayu.haha
ReplyDelete