30 August 2017

Menang Lazada cash voucher bernilai RM20 dari Like-Share-Win contest by Malaysia Coupons 2017

Terpilih untuk memenangi hadiah saguhati iaitu Lazada voucher bernilai RM20

Alhamdulillah..Saya menang Lazada cash voucher bernilai RM20 dari Like-Share-Win contest yang dianjurkan oleh Malaysia Coupons 2017 di facebook.


Hasil redeem voucher lazada bernilai RM20

Dengan mengunakan cash voucher dan tambah dengan duit sendiri sebanyak RM4, saya dapat 3 barang. Barang tersebut adalah Maybelline eyebrow pencil, kids batman watch & handbag twilly. Semua barang yang saya redeem ni, sampai ke tangan saya dalam keadaan yang baik.


Anway to organizer iaitu Malaysia Coupon 2017, thanks for selecting me as one of your giveaway winner.

29 August 2017

Won Dr.Morita Facial Mask Review & Giveaway

Selected by Elana as one of GA winner

Alhamdulillah..Saya menang 1 Box Of DR.MORITA MASK worth RM25.00(5PIECES) dari Dr.Morita Facial Mask Review & Giveaway.  Segmen ini dianjurkan oleh blogger Elana Khong.

Received the parcel

1 Box Of DR.MORITA MASK worth RM25.00(5PIECES)


To blogger Elana, thanks for selecting me as one of your GA winner. I'm really excited to receive this kind of gift. Can't wait to use this products.

24 August 2017

Makan Makanan Korea Yang Tak kena Dengan Tekak

Dak Zafran langsung tak mau makan makanan korea

Balik PJ haritu, bawak mak & didi makan makanan korea di Midvalley. Saya order bibimbap. Mak & didi sama-sama order Jajang Myun. Semuanya tak pernah kedua-dua makanan korea nie.
Saya terasa nak cuba makan bibimbap sebab hidangan ni pernah masuk dalam mastechef US kot. Season berapa entah yang Luca juara tue. Peserta kena masak bibimbap dengan jayanya semasa mystery box challenge supaya terselamat daripada penyingkiran.


bibimbao

Tengok semua peserta masak nampak macam sedap jea. Tue yang cuba rasa tue. Saya beli di food oasis dengan harga RM10. Siap-siap jea bibimbap untuk saya, dapat satu mangkuk & dua side dish. Tengok-tengok dalam mangkuk saya dapat tue, ada nasi, telur mata, beberapa jenis sayur & seaweed. Ada lah kuah macam kuah pasembor tue. Yang side dish nya kepingan kecil telur dadar & Kimchi a.k.a kobis jeruk. Lerghhhhh.. Ini jeake Bibimbap nya. Dah macam makanan untuk vegan pun ada jugak kalau tak ada telur. Hidangan macamni sendiri buat pun boleh.

Ke sebab saya tak makan  di high end Korean Restaurant.  Bibimbap saya makan ni maybe bukan yang betul-betul punya ke. Ada kekurangan here & there. Tak tahulah. Rasanya boleh imagine sendirilah. Rasanya macam makan kombinasi nasi, sayur, seaweed, telur mata & kuah ala-ala kuah pasembor. Gitulah rasanya.

 Jajang Myun

Mak & Didi pula order Jajang Myun. Nama hebat tapi sekali tengok macam mee kicap. Dua kali & lebih tengok, mee nya tak samalah macam mee kita. Of course lah kan. Dah nama pun makanan korea. Rasanya ok oklah. Tak tahu nak cerita macam rasanya. Rasa masin-masin kicap macamtu lah. Mula-mula sedap makan. Lepas dah makan sampai separuh, dah rasa muat.

Akan makan lagi tak kedua-dua makanan korea ni? Ermm kalau di tempat yang sama definitely nope. Baik makan snack plate. Ahaks . Tapi ada orang cakap kalau makan di betul-betul Korean Restaurant, rasa lagi better. Bolehlah kot nak cuba kali terakhir makan makanan Korea kalau di Korean Restaurant. Next time lah yea.


Gambar Godiks girls berselfie sebelum makan. Lepas makan tak ada selfie dah sebab muka masing-masing macam tak selesa. Rasa mual makan korea tak hilang..hehe

22 August 2017

SGshop Merdeka Giveaway

Click above banner to join GA

The item's photo that I would like to purchase with SGshop shopping credit is 

The item's link that I would like to purchase with SGshop shopping credit is http://www.sgshop.com.my/taobao/tao-bao/searchdetails?tbid=554936984401

19 August 2017

More Than 55% Off For Takeaway/Dine-In Domino's Regular Pizza. Promo Available From 18/8/17 Until 20/8/17

More Than 55% Off For Takeaway/Dine-In Domino's Regular Pizza. Promo Available From 18/8/17 Until 20/8/17

Buat penggemar Domino's Pizza, inilah masanya utk menikmati pizza kegemaran dengan diskaun lebih daripada 55% untuk set regular pizza(take away/dine-in).. Terhad sehingga 20/8/17 sahaja.

Cara untuk mengunakan promo ini, hanya perlu menunjukkan printscreen SMS daripada Domino's seperti di bawah, di kaunter dan sebut promo code SMT8 apabila diminta code.

More Than 55% Off For Takeaway/Dine-In Domino's Regular Pizza. Promo Available From 18/8/17 Until 20/8/17

Jadi apalagi, cepat-cepatlah pergi ke Domino's Pizza yang berdekatan supaya tidak terlepas peluang menikamati regular pizza promosi ini.

16 August 2017

Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│Fresh Vegetable & Fruit Shopping At Kea Farm, Brinchang

Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│Fresh Vegetable & Fruit Shopping At Kea Farm, Brinchang
Dah shopping strawberry

Settle check out Hotel De’ La Ferns, gerak ke Kea Farm, Brinchang. Kea Farm adalah one stop centre kalau nak shopping hasil keluaran penduduk tempatan Cameron Highland yang segar seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, teh & banyak lagi.

Tapi nak boleh sampai sana, 2 jam terperangkap dalam jem. Padahal jarak dari Hotel De’ La Ferns ke Kea Farm tak sampai 10km pun. Ni dah macam dari saujana nak ke ipoh lamanya. Sebab-munasabab jemnya macam biasalah ramai datang jalan-jalan di Cameron Highland. Dan yang kedua, banyak kereta perlahan & berhenti bila dah sampai Kea Farm. Nak jugak parking di tepi jalan walaupun di situ dah banyak ada parking yang proper. Biasalah typical Malaysian yang malas nak berjalan jauh. Parking proper semuanya kan nak kena berjalan sedikit.

Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│Fresh Vegetable & Fruit Shopping At Kea Farm, Brinchang
Nampak tu sebelah tangan Zafran pegang lori besar

Saya & Zafran sempat tidurlah dalam kereta. Kesian Mr. Driver a.k.a Kimchi. Dahlah kena drive with speed  kurang daripada10km/hr. Lepastu yang patutnya meneman dia drive sedap diulit mimpi. Ahaks. Elok-elok dah sampai Kea Farm, barulah polis-polis datang nak clear kan trafik. Menyaman semua kereta yang parking di tepi jalan. Barulah dah tak jem. Huh sampai hati. Time kitaorang dah sampai, barulah nak clearkan trafik. Awatlah tak buat sebelum tu lagi. Kalau tak tak adalah bazirkan 2 jam macamtu jea.Huhu.

Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│Fresh Vegetable & Fruit Shopping At Kea Farm, Brinchang


Sebelum shopping, cari toilet dahulu. Nak masuk toilet yang ada di situ, kena bayar RM0.50. Ni kena bayar sampai 5 kupang ni, hope bersihlah. Kalau ada segala mak nenek syiling dengan macam-macam warna, memang saya tekeh-tekeh kepala yang kutip duit toilet ni. Nasib baik bersih & tak ada bau tak menyenangkan. Eh kena cerita jugak pasal toilet pun. Supaya ingat toilet tempat ni bersih ke tak bersih. Kalau yang kotor & tambah dengan bau bluwekkk, memang sampai ke sudah tak akan masuk.

Ok stop pasal toilet. Pergi ke setiap gerai yang ada di situ. Barang yang pertama beli tak lain tak bukan fresh strawberry. Dried strawberry pun ada beli jugak sebagai ole-ole untuk diberikan kepada orang. Lastly beli ubi manis sebanyak sekilo setengah. Kalau yang dah direbus sangat sedap dimakan begitu sahaja sebab rasanya manis . 

Sayur satu pun tak beli. Sebabnya Dak Zafran dah start out of control. Ahaks. Nak meragam. Mana tak meragamnya. Selang 2-3 gerai yang jual sayur buah, ada gearijual toys. Dak Zafran pantang nampak toys. Padahal dua-dua tangan dah pegang toys. Tapi nampak jea toy lain, mintak dibelikan jugak. 

Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│Fresh Vegetable & Fruit Shopping At Kea Farm, Brinchang
Zafran dah nampak gerai jual toys. Terpaksa dukung. Kalau tak dukung dia sendiri masuk ke gerai jual toys.

Saya & Kimchi memang dah tak menunaikan permintaan nya kali ni. Kitaorang bukannya berkira sampai taknak belikan toys untuk Zafran. Tapi di Cameron Highland sahaja Zafran dah dapat dua mainan baru. Pergi healthy strawberry sebelum ni dah berjaya mengepow sebiji lori. Time Nannynya berikan birthday present untuk Imaan, Dak Zafran pun dapat jugak. Zafran dapat mixer truck daripada nanny nya. Ini nak toy ketiga pulak.

Cara nak control, seorang kena dukung . Kimchi la tue yang kena dukung. Seorang lagi kena bercakap-cakap dengan Zafran untuk distract daripada minta toy. Nasib baik cara ni berjaya. Tapi mak pak nya kena duduk setempat ajeelah. Tempat yang sekelilingnya tak akan nampak toy .Tu yang tak dapat nak pergi ke kedai-kedai lain & tak dapat nak beli sayur tu. Tak apalah. Layankan ajolah. 


Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│Fresh Vegetable & Fruit Shopping At Kea Farm, Brinchang
Di gerai jual ubi manis. Zafran dah lupa dah tu nak mintak toys

Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│Fresh Vegetable & Fruit Shopping At Kea Farm, Brinchang
Tapi mama & papa dah tak boleh shopping & kena duduk setempat jea.. Kalau continue shopping gak, kan Zafran nampak lagi gerai toys & sambung mintak lagi.

Selesai semuanya shopping, sebelum gerak balik singgah lunch di kedai nasi ayam. Dah makan, barulah gerak balik. Dah tak singgah mana-mana dah sebab dah tak larat. 

Seronok bercuti di Cameron Highland kali ini. Terasalah bercuti di oversea sebab cuaca agak sejuk pada waktu malam & pagi. Kat KL tak tak merasa suasana nyaman macamni. Cuma tak tahan dengan jem sahajalah. Tu tak boleh nak buat apalah. Kalau jalan-jalan time cuti sekolah memang kena mentally prepared menghadap jem.  Kalau mental tak boleh terima, duduk ajolah di rumah.heee.

15 August 2017

Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│Abang Strawberry Farm & Healthy Strawberry Farm

Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│Abang Strawberry Farm & Healthy Strawberry Farm
Dak Zafran menyorok belakang mama sebab taknak bergambar

Self pick up strawberry at strawberry farm adalah antara aktiviti wajib buat kalau jalan-jalan di Cameron Highland. Aktiviti inipun ada termasuk dalam itinerary kitaorang. Yea ada itinerary kau walaupun jalan-jalan di Cameron Highland jea. Haruslah ada supaya semua aktiviti yang nak dilakukan berjalan dengan lancar & masa di Cameron Highland digunakan sebaik-baiknya.

Kitaorang tak kisah pick up di mana-mana farm, asalkan dapat pick up strawberry  yang gemuk-gemuk. Mula-mula pergi ke Abang Strawberry Farm di Kampung Taman Sedia. Tempat ni baru sahaja viral di media social. Sebelum ni tak dikenali sebab tempatnya di kawasan perkampungan & agak jauh ke dalam dari main road. Tempat ni terus jadi famous sebab ada jual produk sambal strawberry ikan masin yang 100% homemade. Selain itu, di situ juga 200 Seeds Cafe  yang  jual pelbagai jenis makanan & minuman yang berasaskan strawberry termasuklah nasi lemak dengan sambal strawberry ikan masin.


Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│Abang Strawberry Farm & Healthy Strawberry Farm
Deco yang sangat cantik

Strawberry farm juga turut ada. Tu yang try pergi Abang Strawberry. Mana tahu boleh self pick up strawberry di situ. Sampai-sampai sahaja di Abang Strawberry, terus pergi strawberry farm. Tengok-tengok dah tak ada buah strawberry yang masak.

Tak dapat nak self pick just pergi minum sahajalah di café nya. Semuanya just order minuman biasa. Alim sahaja yang order nasi.


Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│Abang Strawberry Farm & Healthy Strawberry Farm
Tak dapat nak self pickup, lepak-lepak dahulu di 200 Seeds Cafe

Esoknya, selepas breakfast try pergi ke Healthy Strawberry Farm di Tanah Rata. Pun sama jugak tak boleh buat self pick up. Kata orang farm tu, diaorang baru sahaja pick up strawberry. Pokop-pokok yang ada tinggal buah yang belum masak sahaja. Just boleh beli strawberry yang dah siap petik sahaja. Memang gemuk-gemuklah buah strawberry yang dah siap petik ni. Tapi harga pulak mahal. Baik beli di Kea Farm sahaja.


Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│Abang Strawberry Farm & Healthy Strawberry Farm
Di Healthy Strawberry farm

Malas nak try pergi farm lain. Farm lain pun sama jugak kot. Still tak boleh nak self pick up sebab bukan musim buah strawberry kot. Tak banyak pokok yang berbuah lebat.  Lepas dah pusing-pusing di farm & cuci mata tengok pelbagai jenis bunga dijual di situ, terus balik hotel. Kena bersiap untuk check out.

Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│Abang Strawberry Farm & Healthy Strawberry Farm
Percubaan mengepow nampaknya berjaya di situ

Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│Abang Strawberry Farm & Healthy Strawberry Farm
dah dapat mainan baru nak buat peace

Walaupun tak dapat nak self pick up strawberry,  tak adalah rasa kecewa pun. Sebabnya Abang Strawberry Farm di Kampung Taman Sedia & Healthy Strawberry Farm ada keistimewaan sendiri & memang seronok pergi kedua-dua tempat ini.

14 August 2017

Won Premium Chocolates Worth RM100 From Chocolate Free Give-Away Contest By Cerise Alpha

Pemenang kelapan

Haritu ada menang hadiah bernilai RM100 iaitu produk tollyjoy. Ni ada lagi menang hadiah bernilai RM100 jugak. Hadiah tu adalah Cerise Alpha Premium Chocolates. Alhamdulillah. Rezeki.

 Selphie dulu sementara tunggu chocolate saya ready untuk diambil

Dapat dah..paper bag pun cantik

Chocolates yang saya menangi adalah sekotak premium chocolate yang dalamnya ada 12 pieces dari Chocolate Free Give-Away Contest. Give away ini di anjurkan oleh Cerise Alpha. RM100 ada 12 pieces jea. Macam harga tak logik kan. Dah nama pun premium chocolate. Chocolate ni 100% handmade dan raw chocolate nya diimport dari Belgium. Sebab tu mahal.

Muka tak sabar nak makan chocolate mahal

Dah dapat-dapat ingatkan nak simpan sebab nak bagi family lain rasa jugak tapi tak sempat. Dak Zafran nampak jea kotak chocolate cerise alpha ni, terus minta untuk bukak. Dah bukak, ingatkan makan sebiji jea. Tengok-tengok hampir separuh kotak dia makan. Lastly chocolate ni habis kat kitaorang bertiga jea.Tak sempat nak bagi orang lain rasa.

Ni jea yang sempat ambik gambar sebelum Zafran rampas 

Untunglah Dak Zafran, kecik-kecik nak merasa makan chocolate mahal. Makan chocolate tu pun macam makan smarties jea. Ahaks. Tak apalah Dak Zafran. Dah dapat tu, makan ajelah. Doa-doakan lah mama murah rezeki menang contest yea. especially contest ipong.heh…

Makan pun tak lepas pegang kotak. Nasib baik mama n papa boleh join makan jugak..hehe


To Cerise Alpha, thanks for choosing me as one of your contest winner. Your premium chocolates were so damn delicious. So fell in love with the way all these chocolates melted in my mouth.

11 August 2017

Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│An Evening Walk At Tanah Rata

Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│An Evening Walk At Tanah Rata

Selesai check in di Hotel De La Ferns & dah buat apa-apa yang patut seperti solat & etc, pergi ke bandar Tanah Rata pula untuk beli birthday cake untuk Imaan. Sementara tunggu Enal & Alim beli kek, kitaorang berjalan-jalan di sekitar di tempat parking kereta kitaorang. Di situ ada ala-ala waterfront yang lokasinya di tepi sungai. Boleh panggil waterfront lah kan sebab ada tempat berjalan-jalan di tepi sungai. Dak Zafran & Dak Imaan duk seronok jea tengok air sungai dari jambatan waterfront walaupun sungainya tak adalah besar mana.hehe. Dia seronok tengok & dengar bunyi air sungai mengalir. Di waterfront ni ada lah beberapa bangku kalau nak duduk yang menghadap The Cool Point Hotel. Hotel ni berkonsepkan english cottage.

Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│An Evening Walk At Tanah Rata

Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│An Evening Walk At Tanah Rata

Tanah Rata kini dah tak sama macam dulu. Sekerang dah ada parking bertingkat. Shoplot pun bertambah & banyak lagilah. Nak lepak di highend café pun boleh sebab ada starbuck di Tanah Rata. Jangan under estimate dengan Tanah Rata tau. Ada starbuck. Ahaks. Restaurant mamak & kedai-kedai makan biasa pun ada jugak kalau nak yang affordable. 

Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│An Evening Walk At Tanah Rata

Tanah Rata dikatakan antarat bandar di Cameron Highland yang ada banyak kemudahan. Kalau nak shopping sayur-sayuran & buah-buahan segar, pergi ke Brinchang tetapi kurang kemudahan. Itu apa yang saya dengar. Kalau salah tolong betulkan yea..hehe.

Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│An Evening Walk At Tanah Rata

Dah settle beli kek, patah balik untuk pergi strawberry farm & ready untuk melakukan aktiviti seterusnya.

10 August 2017

Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│Had A 5 Star Experience While Staying Overnight At Hotel De' La Ferns, Tanah Rata



Member Enal ada cerita dengan Enal (my SIL) kalau bercuti di Cameron Highland, dia suka stay di Hotel De' La Ferns di Tanah Rata. Hotel ini punya servis, bilik & semuanyalah memang terbaik. Enal pun book lah family suite di hotel untuk merasai sendiri, pengalaman yang menyeronokkan menginap di hotel ini. Lepas tu nak sambut hari jadi Imaan, haruslah book hotel best macamni supaya dapat memberikan kenangan harijadi yang manis kepada Imaan. MIL, FIL & kitaorang sekeluarga pun join Enal bercuti jugak. Nak baca entri sambutan harijadi Imaan di Hotel De' La Ferns, klik SINI.


Sampai-sampai sahaja di perkarangan hotel ini yang terletak di tepi jalan, ternampak restaurant Steamboat & Snack Corner yang bersebelahan dengan hotel . Terus teringat saya & gediks family pernah  dinner di situ semasa bercuti bersama-sama pada dua tahun lepas. Servisnya mak aiiii lousy gilosss. Janganlah servis lousy berjangkit ke  hotel De La Ferns pulak. Nak celebrate birthday Imaan di hotel ni.

Nak check in

Dah settle check in & masuk bilik, bilik family suite yang kitaorang dapat OMG cantik sangat. Family suite ni sebenarnya adalah 2 bilik yang dihubungkan dengan satu pintu. Lepas tu ada satu bilik air, dua tv dan dua ballkoni. Satu balkoni menghadap jalan raya, satu lagi menghadap permandangan gunung, jalan & restaurant steamboat yang lousy tue. Restaurant nya cantik, just servis sahaja yang lousy. Dululah. Sekarang dah improve kot. Nak baca pengalaman gediks family makan di restaurant steamboat ini, Klik SINI .

Servis pun terbaik. Call housekeeping untuk request extra blanket & baby cot untuk Dak Akeem, tak sampai 10 minit terus hantar. Amenities yang asas semuanya ada di bilik hotel ni seperti kettle, tea and coffee set, fridge, iron, iron board, slippers & etc.







Untuk breakfast buffet pulak, dapat voucher untuk enam orang. Walaupun pilihan makanan tak banyak tapi semua makanannya sedap. Saya suka croissant breakfast buffet ni sebab garing di luar & lembut di dalam. Time kitaorang breakfast dalam pukul 7:30am, kena pakai baju sejuk sebab cuaca di Cameron highland pada waktu pagi sejuk sangat.

layan hp dahulu di meja sementara tunggu yang lain ambil makanan

On the paper, Hotel De La Ferns memang bertaraf tiga bintang tetapi servis, bilik & everything seperti menginap di hotel 5 bintang. Percutian & penginapan di Hotel De La Ferns sememangnya memberikan pengalaman yang manis & menyeronokkan.

Love early morning view from our room balcony

9 August 2017

Menang Barangan Tolly Joy Bernilai RM100 Dari TOLLYJOY X AZLINDA Hari Raya Giveaway 2017

Printscreen video nama saya naik di Random Name Picker, yang membolehkan saya memenangi barangan tollyjoy

Wohooo..First time saya menang barangan bayi bernilai RM100. Semua barangan adalah produk Tollyjoy. Saya menang barangan Tollyjoy semua ni dari TOLLYJOY X AZLINDA Hari Raya Giveaway 2017 di Facebook yang dianjurkan oleh blogger Azlinda Alin.

Parcel yang diterima di dalam kotak

Antarat barangan TollyJoy yang saya terima adalah satu botol baby laundry detergent, baby accessories & vegetable liquid cleanser & tiga paket baby wipes. Selain itu, 20 pieces of diaper pull up pants pun dapat jugak.  D saiz XL pulak tue. Memang baguslah beri saiz besar sebab Dak Zafran sekarang pun dah guna saiz L. Set mandian travel pun dapat jugak. Dalam set ni ada shampoo, body bath, lotion & powder. Cukup dah stock untuk hampir setengah tahun. Hehe.

 Close up produk-produk Tollyjoy

 Baby wipes & toiletries travel pack

baby laundry detergent, baby accessories & vegetable liquid cleanser 

To organizer Azlinda Alin, thanks for selecting me as one of your GA winner. To Tolly Joy, thanks for all these lovely useful prizes.