20 July 2017

Eid 1438H│Wajib Pergi Zoo Taiping Tiap Kali Balik Raya Perak

Wajib Pergi Zoo Taiping Tiap Kali Balik Raya Perak

Memang pun. Sejak balik raya di Taiping, tak miss lagi pergi Zoo Taiping. 4 tahun lepas masa baru kahwin, Kimchi bawak saya pergi Zoo Taiping sebab saya tak pernah time siang. Pernah pergi yang night Safari dengan gediks family masa zaman bujang. 2 tahun lepas pergi lagi, sebab nak bawak Zafran. Tahun ni pergi lagi dan still guna reason nak bawak Dak Zafran jugak. Kononnya yang 2 tahun lepas, dia kecil lagi. Tak kenal apa-apa. Kali ni dah cerdik sedikit. Dah boleh kenal macam-macam. Ni kalau ada pergi lagi next 2 years, reason apa pulak guna.Nasib baiklah ada discaunt untuk warga Perak. Tak adalah habis banyak sangat walaupun tiap-tiap 2 tahun pergi(ceh tiap-tiap dua tahun jea pun. Macam berluak sangat jea duit habis. ahaks)

Wajib Pergi Zoo Taiping Tiap Kali Balik Raya Perak
 Singa betina tengah bersantai

Wajib Pergi Zoo Taiping Tiap Kali Balik Raya Perak
kenyang sangat sampai kitaorang kat depan pun tak layan

Bawak Dak Zafran yang dah besar pergi Zoo, lain dah gelagatnya. Bila dah umur 3 tahun, banyak haiwan dia kenal sendiri. Dia juga dengan sendirinya excited setiap kali tengok haiwan. Yang haiwan yang Zafran tak tau nak panggil apa, kitaorang tolong sebutkan untuk  dia. Lepas tu Zafran pun ikut sekali yang kitaorang sebut tu.  Yea, nak cakap Dak Zafran sekarang dah pandai ikut balik apa yang kita sebut. Dua tahun lepas, buat dunno jea. yeala Zafran pun masa tue baby lagi. Nak expect apa. Lebih-lebih pulak mama nye. hehe.

Yang join sekali pergi Zoo dengan kitaorang ialah Ale sekeluarga, sepupu-sepupu depa iaitu Suhail, Syamim, Kirin & wife, Ika. Masuk-masuk jea Zoo Taiping, naik tram dahulu. Yang ni pun Zafran dah excited naik. Transportation kan. Even dapat naik lori sampah pun dia akan excited. Eh Zafran ada tau lori sampah mainan.

Wajib Pergi Zoo Taiping Tiap Kali Balik Raya Perak
No camera pose from Zafran

Dah naik tram sampai pusing satu zoo, tengok haiwan dengan berjalan kaki pulak. Naik tram tadi pun ada bawak tengok semua haiwan, tapi bapak laju tram yang kitaorang naik. Budak-budak pun tak sempat nak hadam apa yang diaorang tengok dari tram.

Wajib Pergi Zoo Taiping Tiap Kali Balik Raya Perak
Chimpanze

Dak Zafran bagi kura-kura makan keropok pun excited jugak. Adalah jugak babak nangis-nangis masa nak bagi kura-kura makan keropok. Yea excited excited pun ada nangis jugak. Tapi tak ingat dah apa reason nya menangis. Mood Zafran pun tak berapa nak cantik sebab tak makan solid food sangat especially karbohidrat. Zafran kan nak kena ada mood dulu baru nak makan. Kalau tak ada mood, memang langsung taknak makan. Tapi kalau tak makan pun mood jadi tak berapa nak ok jugak. Pening jugaklah dengan peel Zafran ni. Tak boleh nak buat apalah. Di fasa tantrum la katakan. Mak pak layankan jelah dulu.hehe.

Wajib Pergi Zoo Taiping Tiap Kali Balik Raya Perak
Zayyan takut nak dekat dengan burung species apa entah..

Lepas tu, bawak lagi dia tengok haiwan-haiwan lain yang di situ seperti seladang, chimpanzi, harimau, singa, ular, burung, dan banyak lagi. Yang paling best dapat tengok gajah-gajah tengah mandi. Seronok tengok gajah-gajah bersantai sambil berendam secara dekat.

Wajib Pergi Zoo Taiping Tiap Kali Balik Raya Perak
Rhino

Haiwan yang  paling tak sabar-sabar Zara & Zayyan nak jumpa ialah parrot. Sebab parrot ni jenis senang nak bagi makan.  Parrot ni kalau nampak jea ada orang nak bagi makanan, parrot ni terus terbang & hinggap ke sangkar supaya dekat dengan orang yang nak bagi makanan. Tiap-tiap kali pergi Zoo,  Zara & Zayyan mesti bawak makanan untuk bagi parrot yang sama makan dari luar sangkar. Sebelum-sebelum ni bagi kacang tanah. Tahun ni pulak bagi bawa roti.  Tapi yang roti, parrot ni tak makan banyak. Lepas beberapa cubit bagi makan, parrot tue terus terbang  ke tengah sangkar & buat tak tahu dengan kitaorang. Tak suka kot makan roti. Parrot ni dah tua. Bulu-bulu di belakang leher dah banyak gugur. Sebelum ni, ok jea lagi.

Wajib Pergi Zoo Taiping Tiap Kali Balik Raya Perak
 Haiwan paling sweet..gajah

Wajib Pergi Zoo Taiping Tiap Kali Balik Raya Perak
 Ready nak berendam

Wajib Pergi Zoo Taiping Tiap Kali Balik Raya Perak
Zafran bangun la dari baring..nak tengok gajah-gajah mandi-manda

Lepas dah balik dari Zoo, singgah makan di Cendol Ansari. Nak bawak Ika makan cendol yang paling sedap di Taiping. Dia tak pernah lagi makan di situ. Cu, Maklang & Mimi pun join sekali.

Wajib Pergi Zoo Taiping Tiap Kali Balik Raya Perak
Cendol Ansari best cendol eva

Adakah saya pergi lagi Zoo Taiping lagi walaupun dah empat kali dah pergi situ? Jawapannya sudah semestinya..Hehe. Kalau nak baca entri-entri  Zoo Taiping saya yang lepas, boleh klik link-link di bawah:

Raya 2015: Raya Visit to Mr. Lion's & Mr. Tiger's House

Raya 2013: Last Day Beraya di Perak

10 comments:

  1. pernah ke Zoo Taiping dua kali. first time masa single. second time dah beranak tiga. best lagi masa bawak budak2, teruja doranh tengok haiwan2 real depan mata.

    ReplyDelete
  2. Kalau singgah ke perak wajib CCL lawat zoo taiping ni . Cantik landscape penuh dengan kehijauan . Rasa tenang is good

    ReplyDelete
  3. Mama penah pegi sekali dulu. Mmg luas Dan binatangnya pun byk. Cantik2 gambar suka mama tgk

    ReplyDelete
  4. baru tahu Taiping ada Zoo...

    mesti best bawa anak tengok binatang

    ReplyDelete
  5. Dah byk kali gak g Zoo Taiping... tggu ank bsr sikit lg pergi lagi... penat woo nak berjalan dlm tu...

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak bawak anak anak pergi zoo...kalo balik melaka memg singgah zoo melaka je la

    ReplyDelete
  7. Zoo di Taiping tak pernah pergi tetapi Zoo Negara pernah pergi juga.

    Di Zoo memang terdapat banyak binatang, kalau di Zoo Nagara lagi banyak binatang dan kawasannya luas, tak larat nak jalan.

    ReplyDelete
  8. Sha masuk sini sekali je.. Masa amani tengah mabuk berjalan.. kikiki

    ReplyDelete
  9. Satu hari saya akan dapat juga pergi ke zoo taiping

    ReplyDelete