17 July 2017

Eid 1438H│Baraan Raya Dengan Semangat Membara ke Tujuh Buah Rumah

Kimchi ni walaupun dah hampir tiga tahun berhenti dari Hartalega tapi sentiasa keep intouch dengan ex collegues nya. Keep in touch nya bukan yang hanya di media social or whatsapp. Tapi akan jumpa at least seorang sama ada di kenduri takpun datang beraya. Bila dah berjumpa, satu jam bersembang tak cukup.



Tahun ini Kimchi bagitau yang geng exhartalegian plan nak buat baraan raya. Dalam masa satu hari dapat buat reunion dan pada masa yang sama pergi beraya rumah-rumah yang satu jalan. Semuanya ada tujuh buah rumah. Baraan bermula dari Sungai Pelong & berakhir di Tanjung Karang. Tak tahu apa yang depa discuss dalam Whatsapp group , tahu-tahu yang diaorang dah set date, rumah yang nak beraya, schedule & semuanyalah. Cuma menu jea tak discuss sebab bukannya potluck yang takut tersediakan juadah ya ng sama. Yang penting kalau rumah termasuk dalam senarai rumah untuk Baraan, semua akan singgah. Ikut tuan rumahlah nak jamu kitaorang apa.

Masa ni ada yang belum sampai lagi.Tak lengkap lagi geng2 bini

Kalau ikut schedule kena sampai rumah yang pertama pada pukul 9am & akan berakhir pada pukul 5:30pm. Sebuah rumah kena spend tak lebih daripada 40 minit. Mula-mula jea plan macamtu. Yang actual punya, memang terlarilah sedikit. Biasalah bila dah melibatkan keluarga, mesti akan plus plus punya( tak sebut plus minus sebab memang tak akan berlakunya minus.ahaks).

Fairuz excited dengan apa tue..

Rumah pertama adalah di Sungai Long iaitu rumah Hairul & Sherry di Sungai Pelong. Sherry bukan setakat sediakan satu jenis juadah malah dua iaitu lontong & bihun goreng. Bihun goreng pulak siap ada untuk budak-budak dan juga untuk orang besar(pedas). Bagusnya tuan rumah buat bihun kicap untuk budak-budak. Memang dapat bagi Zafran makan dengan banyaklah sebab bihun & seangkatannya adalah favourite Zafran. Lagi-lagi tak pedas. Dak Zafran makan dengan berseleranyalah.



Next pit stop juga di Sungai Pelong iaitu rumah Yanie. Dekat sahaja dari rumah yang first. Rumah Yanie bersebelahan dengan kediaman M. Nasir. Sebut kediaman macam gah sangat kan. Memang gah pun kediaman M. Nasir. Luas betul kawasan rumah M. Nasir.

  Diva bangat Dak Zafran..taknak pandang kamera tue..

Menu rumah Yanie; Laksa & Mee kari

Yanie masak Mee Kari & Laksa. Dah siap makan laksa, terus gerak dahulu. Tak dapat nak spend lama di rumah Yanie sebab seterusnya rumah kitaorang pulak. Nak buat persediaan apa-apa yang patut sebelum diaorang sampai rumah.

Kitaorang tak adalam gambar ni sebab dah gerak dulu

Di rumah kitaorang pula, saya prepare spaghetti bolognese & brownies untuk diaorang. Semua suka brownies yang saya buat. Siap snap gambar resipe lagi. Recipe ni saya pernah share di entri sebelum ni iaitu Tahu Dah Cara Nak Buat Brownies Paling Senang  (sempat lagi promote entri lepas..ahaks). Tapi memang senang nak dapat brownies yang menjadi pun guna recipe ni. Cara nak buat pun tak complicated. Sebab tu saya confident nak share di blog dan juga pada depa.

 Di rumah weolls pulak

Ready to go to SU3

Next rumah adalah tak lain tak bukan rumah Ifzuan & Watie di Saujana Utama 3 yang satu Saujana dengan kitaorang. Dialah satu-satunya exHartalgian yang ada rumah berdekatan dengan Kimchi. Watie serve  baked cheesy spiral, chiskut, brownies, cocktail. Dia prepare light meal sebab dia tahu 3 buah rumah sebelumnya dah sediakan heavy meal. Dak Zafran pun suka jugak makan baked cheesy spiral. Ni dah dua kali makan, mood boleh cantik dah ni.. Harap begitulah.hehe.

 Menu rumah Ifzuan & Watie; baked Cheesy spiral, brownies, cheskut & cocktail

 Masa ni mood Zafran baik jugaknya sebabnya nampak toys di sudut tue...



Kimchi rambang mata


Next rumah adalah di Jeram iaitu rumah Saharil. Dalam 30 minit perjalanan ke rumahnya. Dia serve roti jala & kuah kari. Rumahnya ada banyak kucing. Budak-budak semuanya excited main kucing Saharil termasuklah Dak Zafran. Nasib baik ada benda yang boleh buat Dak Zafran distract daripada meragam.  Alhamdulillah rumah keempat, tak ada mengamuk lagi.ahaks.

 Ex & bukan exhartalagian tengah bergosip

 Ready nak pergi rumah Khairil

panas terik pun tak ada hal..nak bergambar punya pasal

Sampai ke rumah exboss depa iaitu Khairil, Dak Zafran hampir nak mengamuk. Bukan kepenatan ke apa. Tapi rumahnya ada pameran pelbagai model diperbuat daripada lego. Macam-macam ada dari bangunan hinggalah transportation. Tang transporation tue yang buatkan Zafran panas punggung. Dah hampir meragamlah Dak Zafran. Nasib baiklah ada lego mainan biasa yang boleh bagi Dak Zafran main. Bolehlah distract sekejap daripada melalak. Lagipun perut Zafran kenyang sebab ada dua kali makan. Tak adalah temper sangat kalau dia tak dapat apa yang nak. Budak-budak lain pun sama jugak. Tak boleh tahan daripada godaan pameran lego. Mak pak masing-masing memang sibuklah monitor anak-anak. Tue yang tak bergambar langsung di rumah Khairil. Even satu gambar candid pun tak ada. Maafin yea Khairil.  Ahaks.

Di Rumah Roma makan keuh Tiaw Sup.

Rumah yang terakhir adalah rumah Roma & Azizah.  Adik-beradik Roma juga tinggal berdekatan dengan rumahnya. Roma & adik-beradiknya sama-sama buat business bot. Tu yang nampak banyak ada bot di sekitar rumah Roma. Budak-budak memang excitedlah nak main berhampiran bot ni. Dak Zafran pun suka jugak tapi time kat rumah Roma dia tidur pulak. Time nak balik dan bergambar baru terjaga. Dapatlah jugak bagi dia tengok bot last minutes.

Bergambar di hadapan boat.budak-budak dah panjat masuk dalam. Dak Zafran baru bangun tidur. Enjin belum panas, tak berapa nak layan sangat boat kat belakangnya

Selesai sudah baraan raya sebelum maghrib. Mula-mula rasa macam Baraan Raya ni akan ada kesulitan. Tahukan konsep baraan raya gerak bersama-sama dan serentak dari satu rumah ke rumah. Kalau pukul 9 pagi dah kena berada di rumah yang pertama, boleh imaginelah  pukul berapa nak kena bangun untuk buat memasak(juadah bila dah sampai turn rumah kita), bersiap & gerak. Lagi jauh dari rumah first, lagi awal kena bangun.. Lepas tu rumah yang nak pergi bukan satu taman. Semuanya ambil masa yang paling sekejap 15minit & yang paling lama hampir sejam dari satu rumah ke rumah. Rasa macam tak efektif, hampir nak tukar cara dah iaitu buat potluck di satu tempat sahaja untuk tahun depannya.

Tapi selesai sahaja Baraan ni, macam tak ada kesulitan pun yang kena face.  Anak-anak pun seronok termasuklah Dak Zafran. Perut pun buntat. Yang peliknya, setiap rumah yang kitaorang beraya, menunya berbeza-beza. Even satu juadah pun tak ada yang tersama walaupun tak pakat. Pelik bin ajaib kan.

Paling penting ikatan persahabatan antara depa pun menjadi semakin kuat walaupun dah tak sama kerja Hartalega. Yang tak kenal menjadi kenal macam geng-geng pasangan. Sekarang semua spouse dah join whatapps group depa dah. Lagipun, dengan cara Baraan Rayalah, baru kita sampai dan kenal rumah-rumah kawan kita. Kalau tak memang tak akan sampai. Setiap tahun bolehlah buat Baraan Raya sebabnya ini adalah cara yang terbaik untuk reunion & juga untuk keeping in touch.

13 comments:

  1. best betul baraan raya ni. dapat pergi banyak2 rumah. Memang nampak macam rumit sebab nak kena masak dan gerak lagi kan tapi memang seronok macam ni. Plus, perut kenyang senak!...

    kalau IQ nampak lego2 yang siap dibuat pun IQ jadi kagum tengok, apatah lagi budak2 kan?

    ReplyDelete
  2. Terbaiklah... ini barulah raya.
    Makan-makan sampai lebam hiks!

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah wwekend ni kami pun nak buat baraan raya. Hopefully semuanya akan berjalan dgn lancar jugak..

    ReplyDelete
  4. Baraan yg happening sangat. Seronok Kan dpt jumpa kawan Dan baraan bersama

    ReplyDelete
  5. Baraan yg happening. Bila berkumpul ramai mcm ni seronok. Mcm mcm cerita kita boleh share

    ReplyDelete
  6. Besttttt... taknak la potluck.. baraan cmni lg best :)

    ReplyDelete
  7. Idea terbaik jugak bila buat reunion pada hari raya. Kalau rumah dekat2 ok kot. Kalau jauh susah jugak.

    ReplyDelete
  8. Yeah!! Raya dah habis..
    namun ziarah menziarahi tetap diteruskan.. kikiki

    ReplyDelete
  9. Panjang sungguh cerita raya nih.

    ReplyDelete