Eid 1438H│ Raya Visiting Mother In Law’s Relatives’ Houses At Gerik

Eid 1438H│ Raya Visiting Mother In Law’s Relatives’ Houses At Gerik

Tahun ini MIL ajak beraya semua rumah saudaranya di Gerik. MIL dah pakat dengan family Cik An & Maklang. Walaupun terpaksa gerak lambat sebab photoshoot habis lambat tapi tak membantutkan & mematahkan semangat MIL untuk mengajak semua anak menantu cucu  untuk beraya rumah saudara-mara di Gerik.  Katanya dah lama tak jumpa mereka. Datang beraya inilah adalah cara yang terbaik nak merapatkan balik ikatan persaudaraan & masa yang sama nak kenalkan menantu cucu yang tak pernah jumpa mereka.

Eid 1438H│ Raya Visiting Mother In Law’s Relatives’ Houses At Gerik

Sebab kami terlewat gerak, tak sempat nak beraya di Sumpitan dahulu. Keluarga Maklang & Cik An sempat beraya di Sumpitan. First time saya sampai Gerik. Kalau ada pernah sampai, just lalu sahaja. Tak ada singgah. Yang ini siap beraya lagi di rumah-rumah di Gerik. Dalam empat buah rumah, kitaorang pergi beraya. Ada yang sepupu , ada pak saudara MIL.

Eid 1438H│ Raya Visiting Mother In Law’s Relatives’ Houses At Gerik

Dah beraya di Gerik, malamnya beraya di rumah opah lenggong. Sampai malam kitaorang beraya. Inilah salah satu manfaat beraya. Even dengan saudara-mara yang jauh ikatan pertalian dan even dah lama & jarang-jarang berjumpa, tetapi masih boleh rapat dengan cara kunjungan raya.

Hope aktiviti beraya sebegini akan berkekalan hingga ke generasi-generasi seterusnya. Jangan generasi-generasi sok-sok memodenkan aktiviti beraya sudahlah. Aktiviti kunjung-mengunjungi rumah digantikan kunjung-mengunjungi melalui gadget. Ermmm. Boleh ke aktiviti raya dilakukan secara online sahaja. Macam pelik & mustahil nak terjadi. Uishhh.. Jangan main-main dengan kemajuan teknologi sekarang.  Sekarang dah boleh lihat budaya menghantar kad raya pun dah semakin pupus sebab dah digantikan dengan menghantar ucapan melalui SMS, WhatsApp ataupun kad ucapan elektronik. Sedar-sedar budaya beraya pun akan jadi benda yang sama.  Uish.. Minta dijauhkanlah perkara sedemikian berlaku & aktiviti raya yang konservatif ni tidak akan ditelan zaman sampai bila-bila.

Share this:

, ,

CONVERSATION

5 comments:

  1. Meriah yer raya kt gerik...betul tu budaya gadget, anak juju pun kdg2 buat peel ngadap gajet main game time beraya kdg2.....haihhhh

    ReplyDelete
  2. Seronok kan bila jalan raya ramai2 mcm ni.. Alhamdulillah kami pun selalu buat gini..

    ReplyDelete
  3. tahun depan MIL IQ ajak beraya di Gerik. Tahun ni IQ balik kampung di Terengganu, xsempat nak beraya di Perak

    ReplyDelete
  4. #rayakansebulan so salam aidilfitri maaf zahir batin..

    salam kenal ya..

    ReplyDelete
  5. Saya paling suka part ziarah menziarahi.. Merapatkan silaturrahim..
    Semoga tradisi ini akan berkekalan..

    ReplyDelete