Eid 1438H│ Raya Outdoor Photoshoot At Taiping Lake Garden
Warna tema tahun ini adalah warna pastel
Dua Raya photoshoot yang lepas iaitu pada tahun 2013 &
2015, buat di dalam studio sahaja. Tahun ini, Biras, Kak Ida suggest kelainan
untuk photoshoot. Kelainannya, buat outdoor pulak. Kitaorang ok jea as long as harganya
berpatutan. Since Kak Ida stay di Taiping, dialah yang mencari
photographer yang available untuk photoshoot
pada Raya Pertama & harga yang ditawarkan berpatutan.
Kami sekeluarga pilih tema warna lavender
Kak Ida jumpa photographer Izzad Normee yang boleh menawarkan pakej berharga RM200. Pakej ini
merangkumi unlimited shoot di dua
tempat, DVD soft copy, 1 big photoframe & edit all image. Sangat affordable
kan. Kalau RM200 maknanya satu keluarga cuma bayar RM50 sahaja. Kitaorang terus
suruh Kak Ida book photographer ni.
Lokasi outdoor photoshoot di Taiping Lake Garden. Pukul
11:30am dah berada di port yang photographer kitaorang tunggu iaitu
bersebelahan dengan Zoo Taiping. Di situ ada banyak pokok-pokok yang tua merendang
& dahan-dahan melentur yang memang cantik untuk bergambar. Lagi-lagi kalau
gambar diambil oleh photographer professional.
Geng perempuan.
Photoshoot delay hampir sejam sebab photographer lambat sampai. Ada satu photoshoot sebelum yang kitaorang punya lambat siap. Sebab delay sejam, dia bagi percuma satu small photoframe. Time menunggu sejam tu, kitaorang bergambar sendiri-sendiri dahulu mengunakan hp and kamera sony Kimchi. Tapi panas punggung jugaklah time menunggu sejam tu. Bukan sebab diri sendiri penat ke apa. Yang tak senang duduknya sebab budak-budak dah start meragam especially Dak Zafran. Tahulah Zafran ni tak boleh duduk setempat. Habis bawak pusing sekeliling tempat tu nak distract Zafran daripada meragam.
Pose ni photographer lah yang advise..
Tunggu punya tunggu Dak Zafran meragam jugak. Terpaksa bagi handphone. Bila photographer dah sampai, ambil balik. Taknaklah Zafran main handphone semasa photoshoot. Nanti mata taknak pandang kamera pulak. Gambar-gambar yang diambil mula-mula semua orang dalam satu gambar. Selepas itu setiap keluarga, geng perempuan & budak-budak. Photographer memang bagus. Siap boleh advise pose-pose menarik yang boleh dibuat untuk bergambar.
Nasib baik semua dah mood baik..
Yang second port adalah berhadapan dengan Flemington Hotel. Di situ ada pokok angsana besar
yang dahan-dahannya melentur sehingga mencecah tanah. Sini just ambil family photoshoot.
Dah settle photoshoot, terus balik ke kampong boyan. Bersiap sebab nak beraya
di Gerik pulak.
formal style
Sebelum akhiri entri ni, saya nak kongsikan Tips Nak Mengambil Outdoor Photoshoot Pada Hari Raya Pertama terutama melibatkan budak-budak since saya dah ada pengalaman mengambil Outdoor Photoshoot.
1. Dah nama outdoor, mesti akan bergambar di bawah panas terik. Confirm punya. Time yang akan dapat untuk photoshoot mesti dalam pukul 11pagi ke atas. Sebab nak bersiap, breakfast, solat raya & etc. Melainkan outdoor di tempat sejuk seperti Genting, Cameron. Takpun obersea(over!). Kalau outdoor selain tempat-tempat ni, kenalah bawa air minum berbelen-belen. Maksudnya kalau setakat satu botol mineral memang tak akan cukuplah. Kalau dapat cuaca redup, tu rezeki. Tapi bawak jugaklah air especially kalau ada budak-budak.
2. Get ready jika photoshoot ter delay hingga sejam ke atas, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Bawaklah tikar supaya tak adalah kena berdiri semasa menunggu. Kalau tempat photoshoot ada banyak kerusi, rezekilah. Ini untuk lokasi yang satu kerusi pun tak ada. Tak akan nak duduk atas tanah pulak. Habislah baju raya. Tak sempat photoshoot, baju raya dah sememeh.
3. Satu lagi bawa payung untuk budak, baby supaya mereka tak kepanasan. Kalau untuk perempuan supaya makeup tak cair. Kalau lelaki supaya ketiak tak becak..Ahaks.
4. Untuk perempuan, bawalah paling kurang compact powder & cermin. Boleh touch up balik jika dah sememeh (sayala tue) especially kalau panas sangat & kena menunggu lama.
5. Budak-budak kalau dah meragam sebelum photoshoot bermula, bagi ajealah apa yang dia suka iaitu tak lain tak bukan gadget. Kalau boleh bagi mainan, gula-gula, bagi ajea asalkan dapat behave. Meragam nantikan, dalam gambar ada muka menyinga pulak. Nasib baik tak akan part shaking kalau ada meronta-ronta. Guna DSLR kan(kan?)
Freestyle
Kalau ikut tips ni, photoshoot akan hampir sepenuhnya dapat berjalan dengan lancar. InsyaAllah.
Kalau ada terkurang, hope tolong tambahkan. Last but not least, kalau nak book photographer untuk photoshoot di Taiping (kalau area lain tanya dahulu sama ada cover ke tak), boleh book Izzad Normee. Hasil kerjanya sangat mengagumkan.
cantiknya gambar2 ni radhia. serius cantik, rupanya gambar photographer. memang cun habis!
ReplyDeleteHebat
ReplyDeleteTahun depan fotoshoot kat mana pulak?
ReplyDeleteCari bangunan2 lama & bersejarah pulak kot..hehe
DeleteKalau outdoor dkt sini mmg best
ReplyDeletecantik gambar.. lame gile tak smpai sini.. last ke taiping 2011
ReplyDeletehttp://sinarcintaku.blogspot.my/2011/11/kami-ke-taiping.html
besnya...nanti Gediks Family pon bergambar macam ni la
ReplyDeleteCantiknya gambar!! Suka gambar budak2 tu, COmel <3
ReplyDeleteLama dah teringin nak ke taman tasik taiping tapi masih belum bekesempatan. LAwa taman ni..
Salam perkenalan. Siqah follow sini =)
Bestnya ambil gambar Di lake garden
ReplyDeleteLawa sangat baju raya korang tau...mcm tema raya juju pun ada dalam ramai2 tu...suka la latar tadbir hijau sana sini...rasa segar tgk.
ReplyDeletebestnya photoshoot raya outdoor. tempat pun cantik. saya buat kat studio je. btw, it is a nice idea .boleh lah tahun depan tiru idea ni, hehe
ReplyDeleteLawa gambar-gambarnya...
ReplyDeletePhotoshoot kat taiping lak tu.. Memang makin ohsem lah gambar-gambar sis.. Situ selalu tengok org buat photoshoot..
From that point, assuming you head towards Seel Street, Fleet Street and Wood Street you'll end up in an extremely out of control area of town with extraordinary bars, Clipping Path Service
ReplyDelete