Di malam raya, adalah satu kemestian kanak-kanak riang iaitu cucu-cucu Mohd Noor & Siti Salmiah bermain bunga api. Kimchi macam biasa penaja untuk bunga api dan juga mercun sama seperti tahun-tahun sudah. Satu beg besar bunga api & mercun Kimchi bawak balik.
Dak Zafran masa ni dah berani pegang bunga api tapi tak berani main sendiri.. Tu kena berdukung tue
Walaupun bunga api tak bahaya seperti mercun tapi kena di bawah pengawasan orang dewasa. Saya & Kimchi lah yang pantau budak-budak bermain bunga api. Takut nanti, percikan bunga api terkena pada bahan mudah terbakar seperti yang takutnya baju. Boleh mendatangkan kecederaan kalau terkena. Memang mulut saya & Kimchi bisinglah duk ingatkan budak-budak supaya bila pegang bunga api, halakan jauh-jauh. Satu lagi, pastikan jangan bagi terkena apa-apa.
Dah berani dah
Dak Zafran pulak mula-mula tak berani nak pegang. Dah lama-lama dah berani pegang sendiri bila tengok sepupu-sepupunya seronok main. Tapi of course masa nyalakan bunga api pada pelita, sayalah yang tolong buatkan. Dah menyala, baru bagi Zafran pegang. Time dia main saya pantau sampai habis terbakar. Dak Zafran memang seronok main bunga api.
Siap boleh buat peace sambil main bunga api
Memang menggembirakan dan menceriakan hati bila melihat keletah budak-budak bermain bunga api. Main mercun lagi seronok. Tapi untuk mercun kena main berpada-pada. Bukan setakat dewasa jea dibenarkan main mercun, malah kena yang bagi yang dah biasa main. Kalau tak biasa, nanti tersalah timing semasa nyalakan, alamaknya beraya di hospital lah nanti. Beraya di hospital ok lagi. Takut daripada tak ada title OKU, terus ada title OKU. Nauzubillah min zalik. Harap perkara tersebut tidak akan berlaku. Apapun, percikan-percikan bunga api, bunyi letupan mercun & warna-warni yang dikeluarkan dari letupan mercun memeriahkan lagi untuk sambutan kedatangan bulan Syawal.
seronok budak2 main bunga api kan? meriah!
ReplyDeleteselamat hari raya radhia..:)
ReplyDeleteBetul main bunga api seronok. Seronok tengok budak2 main. Kita yang besar ni pun seronok tumpang main. Hehe
ReplyDeletebstnya main mercun, sha malam nak raya tu sibuk tlg mak kat dapur haha..
ReplyDeletedone follow awak, follow back at www.opzzpinky.my
Memang seronok bermain bunga api dan mercun budkanstakat budak-budak je mak pak budak pun sama.
ReplyDeleteKalau kat kg Mrs. A lawan-lawan main mercun dengan jiran sebelah tapi tahun ni tak dapat nak lawan sangat hurm...supplier mercun raya kat Kelantan huhuhu
Best main bunga api...pandai zafran jaga bunga api...suka yg jenis bunga api pesen lama...lebih selamat sikit.
ReplyDeleteOrang cina jual mercun tapi anak melayu yg putus jari. Biasanya lah.
ReplyDeletemmg ni la budak2 tguu, kdg2 tu tak sabar, siang pun nak main jugak hahaa
ReplyDeletedah lama tak main bunga api. rindunya. nampak seronok tengok budak2 tu main bunga api
ReplyDeleteAlololo.. comel je buat peace tapi tak pandang camera..
ReplyDelete