Yay Double A just tied the knot.. Congrats to both of you.
Double A iaitu Amirul & Amira, dua-dua adalah kawan sama kerja dengan Kimchi. Mereka berdua mula-mula kenal di tempat kerja. Perhubungan mereka menjadi rapat & berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Alhamdulillah. Berjurai-jurailah air mata setan.
Akad nikah double A baru nak mula
Pada Raya keempat, mereka berdua akad nikah di Masjid Jamek Gerik yang berhampiran dengan rumah parents Amira. Disebabkan kitaorang berdua still di Taiping hingga Raya kelapan, dapatlah kitaorang menghadiri majlis akad Double A. Perjalanan dari Taiping ke Grik makan masa sejam lebih sahaja.
Baru selesai akad nikah
Pada hari akad nikah, 30 minit sebelum majlis bermula kitaorang dah sampai masjid. Sebab nak sempat tengok saat mereka berdua diijabkabulkan. Selesai akad nikah, terus pergi ke rumah parents Amira. Dekat sahaja dari Masjid. Dah di rumah, menikmati juadah yang dihidangkan. ABC pun ada. Bagus betul tuan rumah. Serve ABC time cuaca panas terik. Sangat right timing. Lepas dah makan, bergambar dengan newlyweds di pelamin.
Bergambar di pelamin
Dah gerak dari rumah pengantin, singgah rumah parents Kak Kirah pulak. Dah alang-alang kat Gerik, pergi beraya kampung Kak Kirah pulak. Kampung Kak Kirah cuma 15 mint sahaja dari rumah Amira. Saya pun tak pernah sampai lagi rumah mertua Mel. Tu yang Kimchi bawak saya beraya di rumah mertua Mel. Kampung Kak Kirah lebih kurang macam kampong uwan di Negeri Sembilan. Kampung dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok buah. Rasa sejuk jea suasana di kampung Kak Kirah.
Selesai beraya di Kampung Kak Kirah terus balik ke kampong Boyan. To Double A, semoga bahagia & berkekalan hingga ke Jannah.
selamat pengantin baru..:)
ReplyDeleteramai kawen time raya ni, selamat pengantin baru Double A!
ReplyDeleteSelamat penganti baru. Semoga kekal hingga ke syurga..aamiin =)
ReplyDeletetahniah pengantin baru, Double A!
ReplyDeletesinggah sini.. :)
ReplyDeleteOh itu dia yg dimaksud double a. Nasib baik saya baca. Ingatkan tadi tentang kertas A-four yg jenama doubleA.
ReplyDeleteSelamat pengantin baru double A =)
ReplyDeleteTahniah buat double A.. moga berbahagia till jannah
ReplyDeletetahniah
ReplyDelete