Baca jea tajuk post berasap-asap, jangan fikir buat aktiviti merokok secara beramai-ramai pulak. Mengasap pun panggilan lain untuk merokok jugak. Pekejadahnya organize aktiviti merokok beramai-ramai. Di bulan raya patutnya lebih tumpukan kepada aktiviti kekeluargaan terutamanya dengan kanak-kanak. Aktiviti berasap-asap pada tajuk entri ini adalah merujuk kepada aktiviti BBQ. BBQ kan ada asap-asap jugak. Hehe.
Siap sudah menu BBQ
Macam tak pernah miss buat aktiviti BBQ kalau beraya di
Taiping. Kalau tak buat di Kampung Boyan, akan buat jugak di rumah Ale. BBQ ni
dah menyenangkan kerja perempuan. Sebabnya kerja perempuan tang nak sediakan
bahan mentah yang diperap (lelaki pun boleh jea nak buat). Yang seterusnya serahkan kepada lelaki untuk
membuat kerja BBQ. Masak jea nasi putih
& coselow, dah lengkap dah menu makanan berat. Nasi putih yang dah masak,
Kak Ida goreng supaya nampak lebih attractive. Mimi ada bawa balik kek
harijadinya, pemberian kawannya.
Dah kenyang-kenyang, dah borak-borak time..tapi mata tak lekang dengan hp.
Nampak semua juadah ni simple tapi mengenyangkan. Yang paling penting masing-masing having fun semasa aktiviti berasap-asap.
SA pun buat gak....buat simple ayam ngan daging...
ReplyDeletemenu dah dikira berat sbb ada nasi, ayam dan jugak sayur. sedapnye makan dan kumpul ramai2 ni
ReplyDeletebestnya bbq ramai2..:)
ReplyDeleteDunia sekarang.. Asyik dengan handphone
ReplyDeleteKami pun suka buat aktiviti macam ni bila kumpul ramai2 kat kampung..
ReplyDeletebestnyaaaa.. lama da tak buat makan2 cemni kat kampung.. huhu..
ReplyDeleteWah.. Ada kek
ReplyDelete