Dapat Tebus Trunki Ride-On Suitcase Hasil Kumpul Mata Ganjaran Drypers Selama Setahun Setengah
Kegigihan & kerja keras saya mengumpul drypers point (mata ganjaran) daripada setiap drypers yang dibeli, akhirnya membuahkan hasil. Saya dapat tebus Trunki Ride-On Suitcase hasil daripada point yang terkumpul selama setahun setengah. Sekarang Dak Zafran dah ada lungage sendiri untuk pakaiannya kalau nak packing untuk berjalan. Hehe. Dah tak perlu dah kongsi dengan lungage mak paknya atau guna beg kain biasa jea.
Suka Zafran dah ada suitcase sendiri
Macam over jeakan apa yang saya baru cakap ni. Kumpul selama setahun setengah dapat suitcase
jeapun. Punyalah lama. Eh lama pun bukannya melibatkan extra cost pun. Just nak kena extra work jea. Lepastu, kalau tengok di Lazada suitcase ni selepas offer harganya RM219 tau. RM200 lebih tu. Kalau nak guna duit sendiri, memang sampai ke sudahlah
tak akan beli. Guna ajelah beg yang ada kat rumah untuk packing baju Zafran.
Harga di Lazada
Dwi function suitcase
Mula-mula takut barang yang dah dipilih dari Drypers Point Shop tak sama dengan yang dapat. Sebab ada terbaca complaint dari beberapa penguna Drypers yang barang yang dia redeem lain. Tapi yang sampai lain. Lepas tu dahlah tak sama malah low quality yang macam di Kedai DIY pun boleh dapat. Nasib baik tak terjadi benda yang sama pada saya. Yang sampai ke tangan saya memang sama apa yang saya pilih dari Drypers Point Shop untuk redeem .
Ni screenshot sebahagian Point History saya.. Kumpul sejak awal tahun 2016. Yang sejak Zafran lahir (tahun 2014) hinggalah akhir tahun 2015, tak register point sebab tak tahu boleh collect.rugi rugi.
Lepas ni target nak redeem Mega Block pulak. Tunggu lagi
setahun setengah baru boleh dapat redeem. Tapi kalau dapat lagi cepat, lagi bagus. Hehe. Kalau nak tahu cara kumpul point drypers & cara tebus point yang terkumpul dengan barang yang boleh dipilih di Drypers Shop, boleh klik di link https://www.drypers.com.my/drypers-baby-club/how-to-collect-points/. Kalau nak lagi senang faham, boleh rujuk di blog http://genkimomma.my/cara-tebus-mata-ganjaran-drypers/
Wahhh bestnya....sempat lagi ke join ek..sebab anak saya pakai fitti aje..hihi
ReplyDeletekalo ada guna drypers, bila-bila masa pun boleh join
Deletewahh lama jugak tuuuu..
ReplyDeletecantiknya ! xpe lama pun berbaloi..
ReplyDeleteSaa tak ta tentang tebus menebus ni.
ReplyDeleteBestjugak.
bestnye dapat trunki tu !!!!!!!! rasa berbaloi sangat kan dapat redeem hadiah best gini..
ReplyDeleteBerbaloinya kumpul setahun setengah. Kalau nak beli mahal juga tu
ReplyDeletepernah dengar jgak, kalau guna drypers boleh kumpul point & redeem ni. tapi anak first saya jadi diaper rash masa guna drypers, tu yg sampai ke sudah tak guma drypers dah. untung kulit anak ok dgn drypers. dan berbaloi je tunggu setahun lebih. sebab dah besar baru comel je tengok dorang tarik tolak beg balik kampunh sendiri. 😍
ReplyDeletecomel..:)
ReplyDeleteBerbaloi-baloi Radhia kumpul point Drypers memang worth it..
ReplyDeleteSuka sangat dengan Trunki Ride-On Suitcase ni, unik & comel..
bagus drypers ni tapi nak buat cemane, Qa'id xngam dengan drypers. punggung dia merah2 pakai drypers dulu, sekarang da ok malas plak nak pakai. heeeee
ReplyDeleteRajin kumpul.. Sha selalu tukar dengan pampers or wet tisu je.. kikiki
ReplyDeleteBerbaloi. Tunggu ada anak baru collect point.
ReplyDelete