28 July 2017

Bila Ramai Mengidam Ubi Rebus & Sambal Hijau Kak Pidah


Maka bersilat & berkungfulah Kak Pidah di dapur demi memenuhi keinginan Dak-Dak ALH yang mengalahkan perempuan mengandung. Kalau tidak, sampai ke sudah tak berhenti-henti duk mintak-mintak ubi rebus & sambal hijau Kak Pidah.

Ada ubi rebus, sambal merah & sambal hijau.. Kek Lapis Sarawak pun ada. Afzan yang bawak.

Kitaorang semua tahu kekangan masa Kak Pidah. Nak memasak kena spend masa yang lama especially nak buat sambal hijau. Nak kena menumis lama. Tue yang sedap tu. Kak Pidah pulak ada anak kecil. Beberapa kalilah Kak Pidah terpaksa postpone buat sambal hijau sebab kekangan-kekangan ni. Plan lama dah.

Sambal hijau

Tapi disebabkan ramai Dak ALH duk teringat-ingat kesedapan sambal hijau Kak Pidah yang Kak Pidah pernah bawak sekali dulu, tue yang request untuk second time. Ni yang last dah. Dah tak perlulah minta lagi buatkan lepas ni. Terlampau nak sangat sampai ada yang seorang sanggup nak bayar. Ada seorang offer nak tolong merebus ubi. Ada jugak yang offer akan datang rumah Kak Pidah untuk tolong kalau nak buat sambal hijau. Sanggup buat apa sahaja tue.


Sambal merah

Dah ramai sangat teringin & willing tolong apa sahaja, akhirnya Kak Pidah datang pejabat dengan membawa ubi rebus & sambal hijau. Even sambal merah pun ada. Beramai-ramailah makan di cafeteria office.  Maaflah cip-cip, start kerja lambat sedikit. Kena makan jugak. Kalau tidak, focus kerja hilang..Nanti tak dapat hit KPI nanti. Ahaks.

Geng-geng makan.. termasuklah yang luar cermin tue..


To Kak Pidah, thanks banyak-banyak spend masa Kak Pidah buatkan ubi rebus & sambal hijau untuk kitaorang. Tak mau dah mintak lagi. Kesian kat Kak Pidah. Tapi kalau Kak Pidah ada buat lagi and bawak gi ofis, kitaorang ok jew. Eh tak tak. Gurau-gurau. Ahaks. 

Apapun. masakan Kak Pidah memang tiada tandingan kesedapannya. Kak Pidah pun memang minat memasak. Hope suatu hari nanti, karier Kak Pidah adalah datang daripada apa yang Kak Pidah minat buat dan Kak Pidah akan berjaya dengan karier ini selama-lamanya. Aaminn.

10 comments:

  1. tengok gambar je pun dah terliur. Dah lama dah tak makan ubi kayu rebus ni.

    ReplyDelete
  2. Sedapnyer....tengok.gambar pun dah rasa macam nak ode..hihi

    ReplyDelete
  3. Wawww mmg sedaplah uni rebus dgn sambal Tu. Mkn Pula dgn kopi o panas. Bestnya

    ReplyDelete
  4. Sedapnya ubi rebus dengan sambal. Makan panas-panas pekena dengan kopi atau teh o panas memang mantop..

    ReplyDelete
  5. sedapnya ubi rebus.. TB suka cicah denagn gula.. hehehe

    ReplyDelete
  6. waahhh sambal tue nampak sedap..

    ReplyDelete
  7. Nostalgianya makan ubi rebus.. adoi.. kecur air liur..

    ReplyDelete
  8. tatau nak komen. kecur lidah. dulu arwah nenek selalu buat ubi rebus dengan sambal ikan bilis setiap kali pergi kebun, kadang2 ubinya ambik dkat kebun kitorang bakar. rindu

    ReplyDelete
  9. Nampak macam sedap.terliur dibuatnya

    ReplyDelete
  10. hujan-hujan lagi sedap makan ubi rebus ni hihi mengimbau kenangan masa kecik2 dulu

    ReplyDelete