Bila Ramai Mengidam Ubi Rebus & Sambal Hijau Kak Pidah
Maka bersilat & berkungfulah Kak Pidah di dapur demi
memenuhi keinginan Dak-Dak ALH yang mengalahkan perempuan mengandung. Kalau
tidak, sampai ke sudah tak berhenti-henti duk mintak-mintak ubi rebus &
sambal hijau Kak Pidah.
Ada ubi rebus, sambal merah & sambal hijau.. Kek Lapis Sarawak pun ada. Afzan yang bawak.
Kitaorang semua tahu kekangan masa Kak Pidah. Nak memasak
kena spend masa yang lama especially nak buat sambal hijau. Nak kena menumis
lama. Tue yang sedap tu. Kak Pidah pulak ada anak kecil. Beberapa kalilah Kak Pidah terpaksa postpone buat sambal hijau sebab kekangan-kekangan ni. Plan lama dah.
Sambal hijau
Tapi disebabkan ramai Dak ALH duk teringat-ingat kesedapan sambal
hijau Kak Pidah yang Kak Pidah pernah bawak sekali dulu, tue yang request untuk
second time. Ni yang last dah. Dah tak perlulah minta lagi buatkan lepas ni.
Terlampau nak sangat sampai ada yang seorang sanggup nak bayar. Ada seorang
offer nak tolong merebus ubi. Ada jugak yang offer akan datang rumah Kak Pidah untuk
tolong kalau nak buat sambal hijau. Sanggup buat apa sahaja tue.
Sambal merah
Dah ramai sangat teringin & willing tolong apa sahaja,
akhirnya Kak Pidah datang pejabat dengan membawa ubi rebus & sambal hijau.
Even sambal merah pun ada. Beramai-ramailah makan di cafeteria office. Maaflah cip-cip, start kerja lambat sedikit.
Kena makan jugak. Kalau tidak, focus kerja hilang..Nanti tak dapat hit KPI
nanti. Ahaks.
Geng-geng makan.. termasuklah yang luar cermin tue..
To Kak Pidah, thanks banyak-banyak spend masa Kak Pidah buatkan ubi rebus
& sambal hijau untuk kitaorang. Tak mau dah mintak lagi. Kesian kat Kak Pidah. Tapi kalau Kak Pidah ada buat lagi and bawak gi ofis, kitaorang ok jew. Eh tak tak. Gurau-gurau. Ahaks.
Apapun. masakan Kak Pidah memang tiada tandingan kesedapannya. Kak
Pidah pun memang minat memasak. Hope suatu hari nanti, karier Kak Pidah adalah
datang daripada apa yang Kak Pidah minat buat dan Kak Pidah akan berjaya dengan karier ini selama-lamanya.
Aaminn.
tengok gambar je pun dah terliur. Dah lama dah tak makan ubi kayu rebus ni.
ReplyDeleteSedapnyer....tengok.gambar pun dah rasa macam nak ode..hihi
ReplyDeleteWawww mmg sedaplah uni rebus dgn sambal Tu. Mkn Pula dgn kopi o panas. Bestnya
ReplyDeleteSedapnya ubi rebus dengan sambal. Makan panas-panas pekena dengan kopi atau teh o panas memang mantop..
ReplyDeletesedapnya ubi rebus.. TB suka cicah denagn gula.. hehehe
ReplyDeletewaahhh sambal tue nampak sedap..
ReplyDeleteNostalgianya makan ubi rebus.. adoi.. kecur air liur..
ReplyDeletetatau nak komen. kecur lidah. dulu arwah nenek selalu buat ubi rebus dengan sambal ikan bilis setiap kali pergi kebun, kadang2 ubinya ambik dkat kebun kitorang bakar. rindu
ReplyDeleteNampak macam sedap.terliur dibuatnya
ReplyDeletehujan-hujan lagi sedap makan ubi rebus ni hihi mengimbau kenangan masa kecik2 dulu
ReplyDelete