31 July 2017

Menang Mini Giveaway by JMbelog2 & Saya Nak Duit Raya by Opzzpinky

Alhamdulillah..Saya menang GA Segmen lagi yang bukan setakat satu tetapi dua. First daripada Mini Giveaway by JMbelog2 (url: http://bit.ly/2BW1HKK). Saya memenangi hadiah topup bernilai RM10 daripada giveaway ini. Top up ni saya dah bagi kat my youngest bro sebab dia guna prepaid. Saya guna postpaid.

penselduabee bernombor 23, menang hadiah topup


Second saya menang hadiah wang tunai bernilai RM10 dari Segmen Saya Nak Duit Raya by Opzzpinky (url: http://bit.ly/2zAF5t5). Segmen ini dianjurkan oleh blogger Opzzpinky. Hadiah wang tunai ini ditaja oleh blogger Tasha.

penselduabee bernombor 45

No 45 terpilih untuk memenangi hadiah wang tunai yang ditaja oleh blogger Tasha

RM10 sudah pun dimasukkan ke dalam akaun saya.

Thanks to all organizer for selected me as one of your GA winner. Thanks also to sponsor for giving me the cash prize.

28 July 2017

Bila Ramai Mengidam Ubi Rebus & Sambal Hijau Kak Pidah


Maka bersilat & berkungfulah Kak Pidah di dapur demi memenuhi keinginan Dak-Dak ALH yang mengalahkan perempuan mengandung. Kalau tidak, sampai ke sudah tak berhenti-henti duk mintak-mintak ubi rebus & sambal hijau Kak Pidah.

Ada ubi rebus, sambal merah & sambal hijau.. Kek Lapis Sarawak pun ada. Afzan yang bawak.

Kitaorang semua tahu kekangan masa Kak Pidah. Nak memasak kena spend masa yang lama especially nak buat sambal hijau. Nak kena menumis lama. Tue yang sedap tu. Kak Pidah pulak ada anak kecil. Beberapa kalilah Kak Pidah terpaksa postpone buat sambal hijau sebab kekangan-kekangan ni. Plan lama dah.

Sambal hijau

Tapi disebabkan ramai Dak ALH duk teringat-ingat kesedapan sambal hijau Kak Pidah yang Kak Pidah pernah bawak sekali dulu, tue yang request untuk second time. Ni yang last dah. Dah tak perlulah minta lagi buatkan lepas ni. Terlampau nak sangat sampai ada yang seorang sanggup nak bayar. Ada seorang offer nak tolong merebus ubi. Ada jugak yang offer akan datang rumah Kak Pidah untuk tolong kalau nak buat sambal hijau. Sanggup buat apa sahaja tue.


Sambal merah

Dah ramai sangat teringin & willing tolong apa sahaja, akhirnya Kak Pidah datang pejabat dengan membawa ubi rebus & sambal hijau. Even sambal merah pun ada. Beramai-ramailah makan di cafeteria office.  Maaflah cip-cip, start kerja lambat sedikit. Kena makan jugak. Kalau tidak, focus kerja hilang..Nanti tak dapat hit KPI nanti. Ahaks.

Geng-geng makan.. termasuklah yang luar cermin tue..


To Kak Pidah, thanks banyak-banyak spend masa Kak Pidah buatkan ubi rebus & sambal hijau untuk kitaorang. Tak mau dah mintak lagi. Kesian kat Kak Pidah. Tapi kalau Kak Pidah ada buat lagi and bawak gi ofis, kitaorang ok jew. Eh tak tak. Gurau-gurau. Ahaks. 

Apapun. masakan Kak Pidah memang tiada tandingan kesedapannya. Kak Pidah pun memang minat memasak. Hope suatu hari nanti, karier Kak Pidah adalah datang daripada apa yang Kak Pidah minat buat dan Kak Pidah akan berjaya dengan karier ini selama-lamanya. Aaminn.

27 July 2017

FRESHR ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR DAN RAMBUT BERBAU HAPAK

Masalah rambut gugur dan rambut berbau hapak ni bukan masalah baru dalam kalangan wanita, terutamanya mereka yang berhijab atau bertudung. Seperti yang kita semua sedia maklum, rambut ibarat mahkota bagi orang wanita. Apabila timbulnya masalah rambut gugur dan masalah rambut berbau hapak, maka ramai wanita yang akan runsing. Kali ini, kami bawakan kepada anda beberapa tips untuk anda terutamanya golongan wanita berkerjaya dan memakai hijab / tudung untuk menjaga rambut kalian. Senang je tips ni, tak banyak modal perlu dikeluarkan. Baca entri ini sampai habis dan share kepada rakan-rakan juga sebab banyak tips-tips yang boleh cuba di rumah sendiri!
  

Tips Penjagaan Rambut Agar Tiada Lagi Masalah Rambut Gugur

1- Gunakan Sikat Bergigi Jarang Cuba cari sikat yang bergigi jarang. Dengan cara itu, ia tidak akan menarik rambut sepenuhnya seperti mana sikat normal. Bila rambut asyik sangkut je, tu yang rambut akan mudah gugur. Untuk mengelakkan rambut gugur masa sikat rambut tu, apakata cuba sapu serum rambut yang boleh melicinkan rambut. Contoh serum seperti FreshR. Nak tahu info selanjutnya mengenai FreshR, boleh bacak di link www.freshr.my  

2- Hilangkan Kusut Rambut Sebelum Syampu
Sebelum membasuh rambut, pastikan ia disikat terlebih dulu supaya kekusutan pada rambut menjadi rapi. Jika menyampu rambut semasa ia kusut, risiko untuk lebih banyak rambut gugur adalah tinggi. Jadi bila rambut dah tak kusut, senang la nak syampu kan dan tak perlu nak tarik-tarik rambut tu. Cuma sapu dan ratakan sahaja.

3- Tocang Rambut Sebelum Tidur 
Sebelum tidur, tocangkan rambut dan tarik penghujungnya ke tepi leher. Cara ini dapat mengelak rambut gugur banyak dan rambut tak kusut langsung lepas bangun tidur. Kalau tidak tocangkan rambut, potensi rambut dah berterabur atas bantal / katil  semasa bangun tidur adalah tinggi.

4- Makan Makanan Tinggi Protein 
Ikan, kekacang seperti soya dan daging adalah sumber makanan yang tinggi protein. Ini kerana kebanyakan makanan yang mengandungi protein turut ditemani faedah B-12 yang baik untuk kekuatan dan pertumbuhan rambut. Selain mengambil pemakanan yang tinggi protein, boleh juga menyapu bahan-bahan yang tinggi protein serta nutrien lengkap untuk rambut seperti menyapu minyak argan, jojoba, aloe vera dan juga minyak kelapa dara. Tapi nak beli satu-satu bahan ni, agak mahal dan susah nak jumpa. Jadi apakata beli produk yang dah ada kesemua bahan-bahan ini iaitu tak lain tak bukan FreshR  dengan klik link www.freshr.my

5- Berhenti Gunakan Haba Pada Rambut
Elak keringkan rambut guna mesin pengering rambut. Haba panas akan buat akar rambut lemah dan boleh mematahkan rambut. Biar sahaja rambut kering dengan udara. Kalau nak lagi cepat, boleh duduk depan kipas. So tak ada haba, tapi angin dari kipas akan tolak air pada rambut dan membuatkan rambut lebih cepat kering.

6- Berhenti Warnakan Rambut
Pewarna rambut tentunya mengandungi bahan kimia di mana ia kemudian menyerap ke dalam helaian rambut sehingga ke akar. Lebih-lebih lagi kalau anda mahu menukar warna rambut, ketika itu tukang rambut akan menggunakan sejenis kimia penanggal untuk proses ‘bleaching’.

7- Minum Banyak Air Putih
Minum 4 hingga 8 gelas sehari akan menyalur kelembapan pada rambut malah menggalakkan rambut supaya lekas tumbuh! Boleh juga cuba guna FreshR sebab serum rambut FreshR ni boleh bantu mempercepatkan pertumbuhan rambut  dan dalam masa yang sama menguatkan akar rambut sebab adanya kandungan argan dan jojoba oil.

8- Pakai Minyak Kuatkan Rambut
Gunakan minyak natural seperti minyak argan atau kelapa untuk disapu pada kulit kepala mahupun keseluruhan helaian rambut. Tak perlu banyak, cukup sekadar lima hingga tujuh titik minyak untuk disapu rata ke seluruh bahagian kepala. Untuk penjagaan lebih baik, gunakan produk yang mengandungi pelbagai nutrien penting untuk rambut termasuk argan oil, aloe vera extract dan juga virgin coconut oil. Cuba guna produk FreshR ni untuk cuba bantu kuatkan semula akar rambut. Dapatkan info lanjut produk FreshR disini: www.freshr.my

9- Jangan Ikat Terlalu Ketat
Gunakan getah lembut seperti getah yang diperbuat dari fabrik baldu. Harus diingatkan juga, sanggul tersebut jangan diikat terlalu kuat, jarakkan sedikit ikatan getah dengan kulit kepala supaya ikatan tersebut tidak akan menarik bahagian akar rambut sehingga membuatkannya lemah.

10- Basuh Rambut Selang 4 – 7 Hari
Basuh rambut 4 hingga 7 hari sekali kerana mencuci dengan kerap akan buat keadaan kepala dan rambut jadi terjejas di mana syampu akan menarik keluar minyak semula jadi yang dihasilkan kulit kepala. Ingat! Syampu pada bahagian kulit kepala sahaja tahu? Elak menggosok syampu pada helaian rambut.


Tips Penjagaan Untuk Elak Rambut Berbau Hapak

Sebagai perkongsian dan manfaat tambahan untuk semua, disini dikongsikan 8 tip mudah untuk mengatasi masalah rambut berbau busuk atau rambut berbau hapak terutama bagi kalangan wanita yang berhijab atau bertudung. Senang je tips ni, tak perlu mengeluarkan apa-apa modal yang mahal pun. Cuma perlu baca sampai habis sahaja. Setiap folikel rambut mengandungi kalenjar sebaceous yang melekat padanya. Hasilnya kalenjar ini akan megeluarkan minyak. Minyak yang banyak akan menyebabkan rambut dapat menangkap asap dan bau-bauan lain sekaligus membuatkan rambut menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Ada yang menyatakan keadaan psikologi seseorang juga mempengaruhi pengeluaran bau rambut. Jadi kaum wanita terutamanya disarankan agar sentiasa menjaga kesihatan minda supaya tidak nerfikiran negatif. Jom kita tengok apa 8 tip untuk mengatasi rambut berbau busuk ni.

1# Penggunaan Tuala
Tuala memainkan peranan yang penting untuk mengeringkan rambut setelah kita mencuci rambut. Sebaiknya gunakan tuala yang lembut dan lapkan dari bahagian atas rambut sehingga ke bawah. Langkah ini hendaklah diulang beberapa kali dan kemudian biarkan rambut kering dengan sendirinya. Elakkan menggosok rambut dengan kasar. Pastikan rambut kering sebelum memakai sebarang produk atau memakai hijab / tudung. Boleh gunakan minyak rambut yang sesuai seperti FreshR sebelum memakai hijab / tudung. Dapatkan info FreshR disini: www.freshr.my

2# Sikat dan Sisir Rambut
Buat yang jarang menyikat rambut tu eloklah selepas ni rajin-rainkan diri anda sikat dan sisir rambut. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat memastikan akar rambut dan kulit kepala dalam keadaan baik. Semasa nak sikat tu, kalau rambut tersangkut di skala 4 atau 5 atau 6, boleh juga sapukan sedikit minyak atau serum rambut yang sesuai seperti FreshR. Serum FreshR bukan sahaja membantu menghilangkan masalah bau hapak di rambut, tapi dalam masa yang sama boleh membantu melicinkan rambut  kerana terdapat bahan nutrien untuk rambut seperti argan oil dan juga jojoba oil.

3# Guna Air Sejuk
Ramai yang keliru dan salah faham tentang penggunaan air semasa mencuci rambut. Sebaiknya gunalah air sejuk untuk mencuci rambut dan bukannya air panas. Penggunaan air sejuk amat berkesan untuk mendapatkan kesegaran kulit kepala secara optimum.

4# Minum Banyak Air
Minum air putih yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan nescafe. Pengambilan kafein yang banyak dikatakan boleh menyebabkan peningkatan suhu tubuh. Apabila suhu tubuh meningkat, maka rambut akan mula mengeluarkan bau daripada haba yang keluar dari liang roma di kulit kepala. Oh ya, dalam masa yang sama kalau nak sejukkan kulit kepala, boleh cuba sapu sedikit minyak serum rambut FreshR dan ratakan bagi meresap dalam kulit kepala. Selain ada argan oil dan jojoba oil, Serum Rambut FreshR juga ada kandungan minyak pudina yang menyegarkan dan menyejukkan kulit kepala.

5# Kurangkan Makanan Pedas
Bagi penggemar makanan pedas anda dinasihatkan kurangkan pengambilan makann jenis ini. Kerana makanan pedas akan menggalakkan pengeluaran peluh. Peluh kan menyebabkan rambut berbau. So kalau kebetulan nak keluar rumah dan ada nak makan makanan pedas-pedas, jangan lupa bawa FreshR Serum Rambut dalam beg. Senang, kalau kulit kepala dah start gatal dan berbau tu, terus je sembur sedikit kat kepala. Terus segar semula rambut yang berbau hapak tadi.

6# Cuci Rambut Setiap Hari
Untuk elakkan rambut berbau hendaklah mencuci rambut setiap hari. Kulit kepala juga hendaklah dibersihkan dengan sebaiknya. Gunalah shampu yang mengandungi antibakteria. Selepas mandi, lap kering dan sapu serum rambut FreshR agar memastikan kesegaran rambut terjaga sepanjang hari. Serum rambut FreshR ni mampu bertahan sepanjang 12 jam. Rambut akan terus segar tanpa bau.

7# Hindari Stress
Stress boleh menyebabkan seseorang itu cepat berpeluh. Jadi elakkan stres yang keterlaluan. Kalau stress, terus urut-urut sikit kepala tu sambil picit-picit, sapu sikit FreshR. Bau yang wangi dan aroma pudina yang sejuk tu akan menyegarkan kepala. Secara tak langsung, masalah stress juga akan berkurang dan rambut kembali segar. So bila stress kurang, rambut segar, kepala ringan dan wangi, prestasi kerja pun akan meningkat!

SERUM RAMBUT FRESHR - Merawat Masalah Rambut Gugur dan Rambut Berbau Hapak

Klik Gambar Untuk Order

Okay, dari tadi dah sebut pasal FreshR kan? Mesti tertanya-tanya apa benda FreshR ni. Meh sini nak cerita sikit. Sila baca sampai habis kat bawah ni tau!

Apa tu FreshR?

FRESHR adalah sejenis serum rambut yang mampu memulihkan masalah keguguran rambut, masalah kulit kepala panas, berkelemumur, rambut bercabang serta masalah rambut kering. FRESHR juga bagus untuk rambut yang berbau, kulit kepala yang berpeluh, kulit kepala gatal, migrain dan bagus juga untuk mengurangkan rasa stress. Ini kerana produk FRESHR mengandungi Ekstrak Semburi. Ekstrak semburi atau juga dikenali sebagai Swertia Japonica berfungsi untuk merangsang pertumbuhan rambut baru. Ia juga boleh mengelakkan keguguran rambut dan memulihkan sel rambut yang telah rosak.

FRESHR mengandungi beberapa jenis minyak. Antaranya ialah minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara membantu untuk melindungi rambut daripada kusam dan berbau yang terdedah kepada matahari. Ia juga menyuburkan rambut dan boleh dijadikan sebagai conditioner kerana ia jauh lebih cepat meresap beranding dengan conditioner yang sedia ada di negara kita. Selain itu, ia juga berfungsi untuk menaikkan warna rambut sekaligus menyihatkan kulit kepala kita. Dengan adanya minyak kelapa dara, rambut akan lebih lembut dan tidak mudah kering.   Minyak argan juga merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk menghasilkan FRESHR.

Seperti yang diketahui, minyak argan mempunyai banyak fungsi. Minyak argan berfungsi untuk mengurangkan masalah keguguran rambut dan sekaligus mempercepatkan pertumbuhan rambut yang baru. Minyak argan juga membantu menjaga kulit kepala agar selalu bersih dan menghilangkan kelemumur. FRESHR juga mengandungi gel lidah buaya atau dikenali sebagai Aloe Vera. Ia mampu menghitamkan dan memberi kilaun pada rambut kita. Ia membuatkan rambut kelihatan lebih sihat dan tidak kusam. Selain itu ia juga mengurangkan kesan berminyak pada rambut kita. Kebanyakkan produk penjagaan rambut akan mengakibatkan rambut lebih berminyak namun fungsi gel lidah buaya di dalam FRESHR ini adalah untuk mengawal minyak pada rambut.

Selain itu, FRESHR juga mengandungi Minyak Jojoba yang merupakan tumbuhan asli berasal daripada Arizona Selatan. Minyak Jojoba membantu merawat masalah rambut kering dan dapat menghilangkan kelemumur di kepala. Minyak Jojoba juga membantu meningkatkan pertumbuhan rambut dan mencegah rambut patah serta rambut bercabang. Hasilnya, rambut akan lebih kuat daripada sebelumnya dan tiada lagi masalah keguguran rambut.

 

FRESHR bukan sahaja memfokuskan kepada penjagaan kulit kepala dan rambut, malah ia dapat mengurangkan migrain dan stress seseorang. Ini kerana FRESHR juga mengandungi Melaleuca Leucadendra ataupun dikenali sebagai minyak kayu putih. Minyak kayu putih dapat membantu meringankan sakit-sakit kepala ataupun pening dek kerana stress serta tekanan kerja harian. Bau ekstrak pudina yang menyegarkan daripada FRESHR juga berkesan untuk mengelakkan rambut daripada berbau setelah satu hari melakukan aktiviti terutama sekali bagi kaum wanita yang bertudung. Ekstrak pudina juga boleh membunuh kutu rambut sekiranya digunakan secara berterusan setiap hari.

Kalau nak tahu FRESHR merupakan produk pertama di Malaysia yang menggunakan kombinasi 5 jenis bahan asas untuk keperluan nutrisi rambut anda yang bukan sahaja mampu mengatasi masalah rambut, malah boleh melegakan sakit kepala, migrain dan juga stress. So kalau tercari-cari satu produk yang ada kombinasi banyak bahan yang tinggi nutrien untuk rambut, FRESHR adalah jawapannya!  

Kalau tak percaya dengan keberkesanan hasil pengunaan Freshr, jom baca testimony daripada pengguna Freshr di bawah:

TESTIMONI FRESHR




Jadi, tunggu apa lagi. Cepat-cepatlah order FreshR dengan terus klik laman web FRESHR: www.freshr.my


Atau boleh juga terus order melalui talian telefon: +60173673630 (klik sahaja nombor ni di phone yang tengah guna dan boleh terus wasap untuk beli)

26 July 2017

The People I Met & The Story I Heard During Agilent MS Technology Seminar At Le Meridien Putrajaya

The People I Met & The Story I Heard During Agilent MS Technology Seminar At Le Meridien Putrajaya

Banyak betul duit Agilent nie. Buat Seminar di hotel 5 Star ajea. Last year, di One Utama Hotel. Tahun ini di Le Meridien Putrajaya pulak.

The People I Met & The Story I Heard During Agilent MS Technology Seminar At Le Meridien Putrajaya
Orang Kuat ALH Lab (lah sangat..ahaks)

Actually seminar ni tak berapa nak ada kaitan dengan skop kerja kitaorang sekarang. Tapi dah dapat invitation tak akan nak tolak pulakkan. Tak dapat input dari seminar talk, tapi at least dapatlah berjumpa dan berkenalan dengan laboratory personel dari company lain.

The People I Met & The Story I Heard During Agilent MS Technology Seminar At Le Meridien Putrajaya
Yang duduk sebelah Lina dari MPOB

Di seminar ni, Saya & Lina ada berkenalan dengan Chemist dari Pharmaceutical company & seorang lagi science officer dari Nahrim. Time lunch duduk satu meja dengan diaorang. Memang- masing berkongsilah ceritalah mengenai kerja. Cerita pasal family pun ada jugak.

The People I Met & The Story I Heard During Agilent MS Technology Seminar At Le Meridien Putrajaya
Lunch di Latest Recipe

The People I Met & The Story I Heard During Agilent MS Technology Seminar At Le Meridien Putrajaya
Dessert Galore

The People I Met & The Story I Heard During Agilent MS Technology Seminar At Le Meridien Putrajaya
Cheese Cake & etc

Yang dari Pharmaceutical Company bercerita tentang company nya. Management company nya prefer import tenaga kerja dari India untuk memegang jawatan Senior Chemist. Maknanya Superior dia adalah dari India. Mula-mula macam terkejut jugak sebab bukan dari local. Bukannya nak fikir apa. Tapi yang local tak ada yang cukup layakkah untuk jadi superior Chemist ni. Kata Chemist tu lagi management bukan setakat sanggup bayar gaji mahal malah semua expences termasuk membawa sekali keluarga senior chemist datang Malaysia, semuanya ditanggung oleh company. Company prefer import dari India sebab mereka hebat untuk kedua-dua teori & juga praktikal. Kalau local lebih kepada teori sahaja. Senior Chemist dari India bukan ada seorang sahaja di company tue tetapi hampir sepuluh orang. Memang betul-betul mereka lebih percayakan yang dari India untuk memegang jawatan Senior Chemist.  Tiba-tiba rasa macam low sekejap selepas dengar Chemist ni bercerita. Tak tahu kenapa. Padahal saya bukannya kerja di situ pun.

The People I Met & The Story I Heard During Agilent MS Technology Seminar At Le Meridien Putrajaya
Seafood

The People I Met & The Story I Heard During Agilent MS Technology Seminar At Le Meridien Putrajaya
Salads

Yang dari Nahrim pula suka bercerita tentang keluarganya. Ada juga hal kerja tetapi kebanyakkan hal keluarganya. Dia bercerita yang dia sekeluarga tak dapat balik beraya. Hanya stay di rumahnya iaitu di Putrajaya. Sebabnya suami & semua anaknya kena chicken pox. Sepanjang-panjang semasa kena chicken pox, keluarganya yang terkena chicken pox hanya makan sayur-sayuran & buah-buahan sahaja. Sampai dia pun makan yang sama juga sebab nak sama-sama pantang denga keluarganya yang kena chicken pox. Saya pun pelik time kena chicken pox tak boleh makan protein ke. Paling koman pun ayam. Takpun ikan. Pegawai Sains tu cakap tak boleh. Dah tak ingat dia sebut apa reason nya. Maybe ada berkaitan dengan tempoh penyembuhanlah kot. Dak Zafran kena chicken pox dulu, saya main belasah jea bagi Zafran makan apa sahaja. Dak Zafran dahlah susah nak makan. Nie nak pantang-pantang tak boleh bagi makan protein bagai, kang dehydrate & kebuluran pulak budak tue. Lepas seminggu lebih dah sembuh dah. Just tak adalah bagi makan kicap. Sebab ada orang cakap nanti parut chicken pox jadi hitam & hudus. Lepas tu, adalah kongsi lagi cerita lain. Tahulah kan bila stay & bekerja di Putrajaya, mestilah ada macam-macam cerita. Tapi malaslah nak share di entri ni. Too too sensitive.

The People I Met & The Story I Heard During Agilent MS Technology Seminar At Le Meridien Putrajaya
Pizza

The People I Met & The Story I Heard During Agilent MS Technology Seminar At Le Meridien Putrajaya
Chicken Lasagna

Banyak betul kan kisah yang dapat dengar dengan hanya join seminar yang dianjurkan oleh Agilent. Agilent pulak  beri masa hampir 2 jam untuk lunch di Latest Recipe iaitu hotel's dining restaurant. Tu yang lama kitaorang melepak sambil berborak di Latest Recipe tu. Lunch buffet di restorannya, mak aiii best sangat. Ada banyak sangat makanan sebab Latest Recipe ada lima jenis dapur terbuka yang berbeza iaitu Malay, Chinese, Indian, Japanese and Western. Western foods seperti lasagna, pizza, spaghetti, cabonara & etc. Yang Malay ada banyak jenis nasi &  lauk-pauk pun banyak tapi saya tak ambil. Japanese pun ada seperti sushi. Lepastu ada seafood, pelbagai jenis pencuci mulut seperti pavlova, waffle, crème brule, cakes, tarts & banyak lagi. Indian cuisine tak perasan pulak sebab banyak sangat makanan. Memang tak termakan semuanya.

The People I Met & The Story I Heard During Agilent MS Technology Seminar At Le Meridien Putrajaya
Belakang tue air detox

The People I Met & The Story I Heard During Agilent MS Technology Seminar At Le Meridien Putrajaya
Sushi

The People I Met & The Story I Heard During Agilent MS Technology Seminar At Le Meridien Putrajaya
Creme Brulee rasa pandan 

Di akhir seminar, input yang Saya & Lina dapat, tak dapat nak apply pada kerja. Tapi Saya & Lina still dapat capai satu lagi objektif seminar ini iaitu berjumpa dan berkenalan dengan laboratory personel dari company lain. Macam yang dari Pharmaceutical & Nahrim. Kitaorang berdua dapat berkenalan dengan mereka & seterusnya dapat exchange knowledge. Selain knowledge yang berkaitan dengan kerja, isu-isu semasa pun ada dikongsikan jugak iaitu realiti yang berlaku di negara kita & pada orang kita sekarang.

The People I Met & The Story I Heard During Agilent MS Technology Seminar At Le Meridien Putrajaya
 "Hearing their story is such an eye-opener for me"


P/S: Entri ni macam tak synchronize. Penulisan mengenai story sharing among participants. Tapi gambar banyak gambar makanan. Dah macam food review. Actually saya memang tak pandai nak buat food review in details (or guna food language macam Gordon Ramsay) sebab saya ni bukannya food critic. Letak banyak gambar makanan sebabnya yeala nak letak gambar yang bercerita tu, takut melanggar privasi & akan timbul masalah. So, nak selamat letak sahajalah gambar makanan. hehe. 

25 July 2017

Menang THE CARTIECA GIVE AWAY #2

Alhamdulillah..Saya menang sehelai scarf dari Segmen THE CARTIECA GIVE AWAY #2. Siap ada dapat extra satu hadiah lagi iaitu fridge magnet dari Thailand. Segmen ini dianjurkan oleh blogger Cart kartika.


No saya yang terakhir tu naik untuk terpilih sebagai salah seorang pemenang. Rezeki betul.


Dapat instant shawl & fridge magnet dari Thailand

Bila ada gambar OOTD bersama scarf  ini, saya akan upload di entri ini. To blogger Kartika Thanks for this lovely shawl. Suka sangat-sangat. Semoga blogger Kartika sentiasa dimurahkan dengan rezeki blogging & success dalam perniagaan scarf Cartieca .

24 July 2017

Hawkers Food Hunting In Taiping Town│ Taiping Bomba Yong Tau Foo

Hawkers Food Hunting In Taiping Town│ Taiping Bomba Yong Tau Foo
Original recipe since 1983 tue

Medan selera yang lokasinya di belakang balai bomba Taiping sangat popular dengan Yong Tau Foo. Di situ boleh jumpa banyak gerai yang menjual Yong Tau Foo. Medan selera ni ada namanya sendiri iaitu Pusat Penjaja Taiping atau Medan Selera Padang tetapi lebih dikenali dengan panggilan medan selera bomba Taiping. Tak pun Taiping Bomba Yong Tau Foo.

Hawkers Food Hunting In Taiping Town│ Taiping Bomba Yong Tau Foo
 Segala jenis bahan ada..mana tak rambang mata nak pilih

Hawkers Food Hunting In Taiping Town│ Taiping Bomba Yong Tau Foo
Sotong tue

Pilih jea mana-mana gerai Yong Tau Fu di food court ni untuk dimakan, semuanya sedap. Saya pilih untuk makan di kedai cikgu Fazli sebab Mimi bagitau Yong Tau Foo gerai cikgu ni sedap. Dia pernah makan di situ. Mimi pun kenal cikgu Fazli sebab sama sekolah rendah dengan cikgu ni. Cuma tak pernah dapat kelas yang cikgu ni mengajar jea.

Hawkers Food Hunting In Taiping Town│ Taiping Bomba Yong Tau Foo
ABC & Laici Kang

Ada pelbagai jenis bahan-bahan Yong Tau Foo yang boleh pilih. Hotdog sahaja pun ada banyak jenis. Yang ada cheese, yang tak ada, macam-macamlah. Memang rambang matalah semasa nak pilih. Letak punya letak dalam bekas, habis dalam RM21. Tapi RM21 pun boleh dapat 1 pinggan besar tau. Satu pinggan besar ni boleh sehingga untuk 4 orang makan.

Hawkers Food Hunting In Taiping Town│ Taiping Bomba Yong Tau Foo
Tadaaa...dah dapat..


Dah pilih-pilih bahan, tak kena terus bayar tau. Mula-mula bagi bekas yang ada bahan-bahan kita letak kepada orang gerai tu untuk direbus. Beritahu kepadanya nombor meja kita. Lepas tu duduk dan tunggu sahaja Yong Tau Foo kita sampai di meja kita. Dah habis makan & nak balik, baru bayar. (Ceh semua orang tau SOP Yong Tau Foo ni. poyo jea nak explain.ahaks)

Hawkers Food Hunting In Taiping Town│ Taiping Bomba Yong Tau Foo
Tak sabar nak makan ni..

Yong Tau Foo yang akan dapat dituang dengan sos hitam (manis) & sos merah (pedas) yang pekat. Atas sekali ditabur dengan kacang hancur. Rasanya memang terbaik sebab sedap sangat.

Hawkers Food Hunting In Taiping Town│ Taiping Bomba Yong Tau Foo
Berjaya mengepaw

Lepas ni kalau nak makan lagi Yong Tau Foo di food court belakang bomba, boleh try gerai lain pulak. Boleh buat perbandingan rasa. Mana yang lebih sedap, itulah gerai Yong Tau Foo yang terbaik. Hehe. Kalau ada di Taiping & nak makan Yong Tau Foo Bomba Taiping, set Yong Tau Foo Bomba Taiping pada waze untuk first timer. Ikut sahaja waze, confirm akan sampai.

21 July 2017

Dapat Tebus Trunki Ride-On Suitcase Hasil Kumpul Mata Ganjaran Drypers Selama Setahun Setengah

Dapat Tebus Trunki Ride-On Suitcase Hasil Kumpul Mata Ganjaran Drypers Selama Setahun Setengah

Kegigihan & kerja keras saya mengumpul drypers point (mata ganjaran) daripada setiap drypers yang dibeli, akhirnya membuahkan hasil. Saya dapat tebus Trunki Ride-On Suitcase hasil daripada point yang terkumpul selama setahun setengah. Sekarang Dak Zafran dah ada lungage sendiri untuk pakaiannya kalau nak packing untuk berjalan. Hehe. Dah tak perlu dah kongsi dengan lungage mak paknya atau guna beg kain biasa jea.

Dapat Tebus Trunki Ride-On Suitcase Hasil Kumpul Mata Ganjaran Drypers Selama Setahun Setengah
Suka Zafran dah ada suitcase sendiri

Macam over jeakan apa yang saya baru cakap ni.  Kumpul selama setahun setengah dapat suitcase jeapun. Punyalah lama. Eh lama pun bukannya melibatkan extra cost pun. Just nak kena extra work jea. Lepastu, kalau tengok di Lazada suitcase ni selepas offer harganya RM219 tau. RM200 lebih tu. Kalau nak guna duit sendiri, memang sampai ke sudahlah tak akan beli. Guna ajelah beg yang ada kat rumah untuk packing baju Zafran. 

Dapat Tebus Trunki Ride-On Suitcase Hasil Kumpul Mata Ganjaran Drypers Selama Setahun Setengah
Harga di Lazada
Dapat Tebus Trunki Ride-On Suitcase Hasil Kumpul Mata Ganjaran Drypers Selama Setahun Setengah

Dwi function suitcase

Mula-mula takut barang yang dah dipilih dari Drypers Point Shop  tak sama dengan yang dapat. Sebab ada terbaca complaint dari beberapa penguna Drypers yang barang yang dia redeem lain. Tapi yang sampai lain. Lepas tu dahlah tak sama malah low quality yang macam di Kedai DIY pun boleh dapat. Nasib baik tak terjadi benda yang sama pada saya. Yang sampai ke tangan saya memang sama apa yang saya pilih dari Drypers Point Shop untuk redeem .


Dapat Tebus Trunki Ride-On Suitcase Hasil Kumpul Mata Ganjaran Drypers Selama Setahun Setengah

Dapat Tebus Trunki Ride-On Suitcase Hasil Kumpul Mata Ganjaran Drypers Selama Setahun Setengah
Ni screenshot sebahagian Point History saya.. Kumpul sejak awal tahun 2016. Yang sejak Zafran lahir (tahun 2014) hinggalah akhir tahun 2015, tak register point sebab tak tahu boleh collect.rugi rugi.

Lepas ni target nak redeem Mega Block pulak. Tunggu lagi setahun setengah baru boleh dapat redeem. Tapi kalau dapat lagi cepat, lagi bagus. Hehe. Kalau nak tahu cara kumpul point drypers & cara tebus point yang terkumpul  dengan barang yang boleh dipilih di Drypers Shop, boleh klik di link https://www.drypers.com.my/drypers-baby-club/how-to-collect-points/.  Kalau nak lagi senang faham, boleh rujuk di blog  http://genkimomma.my/cara-tebus-mata-ganjaran-drypers/