Second & Last CMC Iftar For Year 1438H At Ayahchik's Place


Awal-awal Ramadhan CMC berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama di rumah parents. Second time di rumah ayahchik pulak di Shah Alam. 




Menu berbuka puasa, Ayahchik & family menyediakan nasi kerabu, daging goreng,  ayam goreng berempah & banyak lagi. Abah excited dapat makan makanan favourite nya iaitu nasi kerabu setelah kena pantang selama setahun. Tahun lepas kena ulcer perut & menyebabkan hb abah menjadi rendah. Tu yang last year tak boleh makan makanan yang keras-keras nie.



Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh CMC sama macam di rumah parents haritu. Dah berbuka, solat berjemaah bersama-sama dari Maghrib hinggalah witir.


Selesai moreh, semua pulang ke rumah masing-masing. Beginilah CMC yang sentiasa mencari masa untuk berkumpul bersama-sama supaya dapat mengekalkan & menguatkan lagi ikatan persaudaraan. Bak kata pepatah " air yang dicincang tidak akan putus'. ermmm macam salah jea pepatah ni... ahaks..

Share this:

, , , ,

CONVERSATION

4 comments:

  1. wah meriahnya iftar beramai ramai. lepas tu solat jemaah sama sama

    ReplyDelete
  2. Wow.. banyaknya menu.. hehe..meriah

    ReplyDelete
  3. Menunya mengancam.. seronok bila berkumpul macam ini.. Merapatkan ikatan kekeluargaan..

    ReplyDelete