Mohd Noor's Clan Iftar Together At Bangi Golf Resort

Mohd Noor's Clan Iftar Together At Bangi Golf Resort

Enal ajak berbuka puasa bersama-sama di Bangi Golf Resort (BGR). Dia ajak makan di situ sebab pernah ada pengalaman baik berbuka di situ pada tahun lepas.  Katanya juadah yang dihidangkan sangat pelbagai jenis dari western ke eastern. Harga pun berpatutan iaitu dalam RM58/pax. Tempatnya pun luas. Saya & Kimchi pun setujulah berbuka di situ walaupun agak jauh dari Sungai Buloh. Lagipun, nak book pun untuk hari Ahad.  

Mohd Noor's Clan Iftar Together At Bangi Golf Resort
Tengah check meja kitaorang di dewan mana satu

Tapi Kimchi tersalah book hari. Dia terpilih hari Isnin. Call BGR untuk bagitau tersalah pilih date & request tukar. Orang BGR cakap tak boleh tukar sebab dalam system dah tak boleh tukar dan etc dan etc. Tapi kalau tambah lagi RM20/pax, boleh tukar date. Aikk kalau tambah duit, system dah boleh godek-godek pulak. Boleh tukar date pulak. Erghh..watevala. Biasalah bulan puasa, akan ada benda terjadi untuk menguji kesabaran kita. So, layankan ajelah…Saya siap ambil time off  sebab dari Sungai Buloh kot nak pergi Bangi. Kalau gerak time peak hour, takut dah masuk Isyak pun tak sampai lagi. Tue saya & Kimchi keluar pejabat awal untuk nak elak tempuh jem.  Memang dapat elak jem pun. Sampai rumah Enal dalam pukul 6pm.


Mohd Noor's Clan Iftar Together At Bangi Golf Resort


Mohd Noor's Clan Iftar Together At Bangi Golf Resort
Ada band( ke panggil akustik..maafin..saya nie buta muzik). Nasib baik meja kitaorang bukan kat sini. Kalau tak bingit telinga kitaorang. Bukan sebab dari akustik ni. Sebabnya kat situ ada speaker di setiap sudut. Dia punya sound ya ampun kuat yang amat..

Mohd Noor's Clan Iftar Together At Bangi Golf Resort
Ada banyak jenis mousse weyhhh..

Mohd Noor's Clan Iftar Together At Bangi Golf Resort
Dah berbuka

Mohd Noor's Clan Iftar Together At Bangi Golf Resort
sedap churros..boleh dip dengan chocolate ataupun durian mousse tue ataupun kedua-duanya

Dah sampai Bangi Golf Resort, terus pergi ke meja yang reserve untuk kitaorang. Lepas itu apalagi terus ambil makananlah. Tapi nak  ambil makanan, semua station kena beratur panjang dan lama. Lagi-lagi semasa sebelum berbuka. Semuanya serentak beratur nak ambil makanan. Bapak ramai datang berbuka di BGR. Padahal hari kerja kot. Ini kalau weekend, mau macam tin sardine.  Tapi tak kot. BGR ini luas. Ada buka banyak dewan yang boleh memuatkan ramai pengunjung.  Yang bestnya, makanan sentiasa di isi. Bekas makanan tak sempat nak kosong lama kalau dah habis. Saya cuma beratur di 3 station sahaja semasa sebelum berbuka. Tak larat nak beratur banyak kali dan lama sangat. Tunggu dah berbuka, semua  tengah makan dan tak ada queue panjang, baru pergi ambil makanan balik.  

Mohd Noor's Clan Iftar Together At Bangi Golf Resort
Semua cheese cake sedap

Mohd Noor's Clan Iftar Together At Bangi Golf Resort
Dak Akeem pun makan

Mohd Noor's Clan Iftar Together At Bangi Golf Resort
Dak bertuah sorang nie...kenyang dengan hp..Ada jea makan, tapi kena bersuap. Malu eh dengan Dak Akeem. Dak Akeem pun makan sendiri.

Makanannya semuanya sedap. Semua jenis dessert sedap iaitu ada pelbagai jenis mousse, kuih tradisional, cheese cake & banyak lagi. Yang hebatnya churros. Walaupun makan time dah sejuk pun still rasa sedap & crunchy. Kalau ada churros yang saya pernah makan sebelum ni, bila dah sejuk terus rasa pecah-pecah & tak sedap. Main course iaitu spaghetti, cabonara, kambing, sate dan banyak lagi pun sedap. Appetizer yang rare bagi saya adalah Sous Vide Eggs, pun sedap jugak. Nasi & lauk-pauk saya tak ambil. Dah tak larat nak makan. Kalau tak larat nak makan, saya tak akan ambil makanan dah. Malas nak membazir. Overall semua makanan sedap kecuali.. yea ada kecuali ok. Kecuali cendol. Cendolnya tak sedap langsung. Terlampau heavy (ke rich ke) dengan santan & rasa masin jea,. Saya tak boleh nak telan. Padahal saya kalau cendol boleh jea makan sampai habis. Tak kira yang famous ke, tak famous ke, kenduri kahwin punya ke, homemade ke, saya akan makan sampai habis. Sebab cendol memang favorite dessert saya. Tapi yang cendol ni, saya makan 2-3 sudu, lepas tu surrender. Haha.

Mohd Noor's Clan Iftar Together At Bangi Golf Resort
Sous Vide Eggs...Half boiled egg dicampur dengan mushroom sauce & black pepper. 

Mohd Noor's Clan Iftar Together At Bangi Golf Resort
Gelato..Nama hebat. Adik beradik ice-cream jea tapi rasanya smooth sedikit.

Memang berbaloi berbuka di Bangi Golf Resort. Harga berpatutan tetapi boleh makan pelbagai jenis juadah. Tempat pun luas. Just kalau ada anak kecil especially baby, better request siap-siap nak meja di dalam dewan. Kalau yang berhadapan dengan akustik tue, takut anak melalak jea sebab tak selesa dengan bunyi bising. Tapi nak buat lagi iftar gathering sesama keluarga, untuk kumpulan besar Bangi Golf Resort adalah salah satu tempat yang sesuai untuk dipilih.

Share this:

, , , ,

CONVERSATION

5 comments:

  1. half boil egg tu mengoda betolll la..huhuu

    ReplyDelete
  2. Yang pasti mousse dia nampak menarik.. hehehe

    ReplyDelete
  3. bestnya. tiap tahun nak berbuka sini takde orang nak melayan -__- semua tak sanggup jalan jejauh untuk berbuka. Ampang-Bangi kot. hehhee pernah datang sekali ja tu pun ada wedding. btw telur tu menggoda betul. ingatkan macam yg biasa ja

    ReplyDelete
  4. ade gak buke kt sini rtu.. tp tak sempat update lagi

    ReplyDelete
  5. juju ritu pun berbuka 9 orang di dewan kenanga BGR...meriah!

    ReplyDelete