Kisah On The Way Ke Tempat Berbuka di Crystal Crown Harbour View, Port Klang
Jauh betul Kimchi nak bawak pergi ke tempat berbuka puasa iaitu di Crystal Crown Harbour View, Port Klang. Di Port Klang tu. Sejam nak boleh sampai sana kalau dari Saujana. Kata Kimchi nak pergi hotel inilah jalan yang sama ke tempat kerjanya. Hotel ni di area yang sama dengan tempat kerjanya. Jadi, saya boleh tahu betapa jauhnya Kimchi drive ke tempat kerjanya. Dan betapa tak sempatnya kalau dia tergerak lambat sedikit (kalau dia kerja giliran pagi..giliran petang no hal). Dia bagitaulah kalau lambat 5 minit jea, simpang ni jem simpang tu jem. Ini sumbat itu sumbat. Akan tak sempat nak masuk office on time. Punch card pun penuh dengan warna merah. Ok baikkk boss. Sampai sangat message Kimchi tu kepada saya. Tak boleh bangun pagi & gerak ke tempat kerja lambat sangat..ahaks.
Sampai Crystal Crown Harbour View, Port Klang lebih kurang dalam pukul 7pm. Ada masa nak ambik juadah siap-siap & letak di meja sementara menunggu waktu berbuka. Saya macam biasa jugak ambil juadah yang rare dahulu. Yang dah biasa makan, on hold dahulu. Dah makan yang rare & kalau ada ruang di perut lagi, baru ambil yang common tue. Tapi tak berapa nak ada yang rare. So saya ambil juadah yang berkenan di hati iaitu nasi & lauk-pauk, kuih muih, Yong Tau Fu, Lamb’s Leg(Erk..Leg?), ubi rebus & ice-cream. Selain yang saya ambil ni, buffet Ramdhan di Crystal Crown Harbour View, Port Klang ini juga ada asam laksa, nasi lemak, nasi ayam, ubi rebus, ikan bakar, salad, fruits & ice-cream. Saya tak makan semuanya sebab kapasiti perut tak berapa nak besaq. Ahaks.
Dak Zafran macam biasa langsung taknak makan. Kerjanya bila dah panas punggung, ajak pusing-pusing di lobi. Turun naik tangga lobi. Memang bagus untuk kesihatan mama & papa bila ajak buat sama-sama dengan dia. Macam tahu-tahu jea mama papa dah masukkan jutaan kalori ke dalam badan semasa berbuka tadi. Ahaks.
Dah nak balik dari Crystal Crown Harbour View, Port Klang pun still rasa jauh jugak jalan ulang-alik rumah ke tempat kerja Kimchi. Patutnya bila perut dah kenyang, rasa lambat nak sampai tu kuranglah sedikit. Berbanding masa nak pergi tadi. Ini still rasa lambat nak boleh sampai jugak. Memang jauhlah tempat kerja Kimchi ni. Okla, lepas Ramadhan ni kita try bangun awal 30 minit dari yang kebiasaan yea. Supaya tak kelam-kabut sangat & Kimchi dapat avoid jem di simpang-simpang yang dia bagitau tue.Hehe.
Ya.. Seronok dapat berbuka di kedai luar..
ReplyDeleteAsalam datang dari GA Abam ya
ReplyDeleteWah siap buat kisah on the way lagi ni.. takpe.laa Radhia kurang2 blh tahu jarak nak g kerja en suami kan .. pasni jangan ngengada gerak lewat okey Radhia..
ReplyDeletemeriah dapat berbuka puasa ramai2.. =)
ReplyDeleteMeriah berbuka ramai-ramai cengginie..
ReplyDelete