CMC Iftar At Parents' House, Petaling Jaya


Setiap tahun CMC(Che Minah Club; my paternal side) tak pernah miss iftar bersama-sama di mana-mana tempat berbuka. Dah lebih 3 tahun buat macamtu. Tahun ini lari dari kebiasaan sedikit iaitu berbuka puasa di rumah mak abah di PJ.  Mak abah decide untuk organize CMC iftar di rumah selepas dah sekian lama tak buat buka puasa di rumah PJ untuk CMC.

Sepupu-sepupu semuanya dah anak-anak

Menu Iftar mak masak kari ayam, daging masak kicap, lepat pisang, pengat pisang, Che Mek, popia. Yang lain-lain seperti ayam wak,  (CMC favourite meal) & roti john, beli di kedai. Lepas tu, setiap keluarga ada bawa juadah masing-masing. Lebih kurang iftar potluck pun ada bila semua ada contribute juadah berbuka.

ready nak berbuka

Berbuka di rumah lagi boleh lagi banyak ibadah boleh buat. Macam majlis iftar untuk CMC ni dimulai dengan berselawat dahulu sementara tunggu waktu berbuka. Dah berbuka ringan-ringan dahulu, solat maghrib dahulu. Lepas itu sambung balik makan. Ibadah yang terakhir solat isyak & terawih. Dah habis solat, borak-borak sehingga masing-masing balik rumah.

Solat terawih

Berbuka di luar pun still ada buat jugak ibadah seperti solat terawih berjemaah. Cari mana-mana tempat seperti surau untuk menunaikan solat terawih berjemaah.  Cuma kalau di rumah lebih organize dan tak kelam-kabut.

Dak Zafran with Naim. Mula-mula friend-friend. Lepas puluhan ratusan minit kemudian, nangis-nangis. Lumrah budak.ahaks..

Iftar bersama-sama adalah salah satu cara CMC untuk mengekalkan hubungan yang erat sesama keluarga CMC. Walaupun Mek dah meninggal tetapi itu bukan alasan CMC untuk berhenti berkumpul beramai-ramai. Next venue untuk CMC Iftar di rumah ayahchik & Cikna di Shah Alam pulak. Jumpa di Shah Alam, CMC familia.

Share this:

, , ,

CONVERSATION

5 comments: