Berkejar Nak Ambil Baju Melayu Selepas Berbuka Puasa Di Concorde Hotel, Shah Alam
Kambing
Variety of dessert
Nak kena pergi PKNS untuk ambil baju melayu Kimchi
& Zafran yang sudah siap dijahit. Yea, baju budak-budak gediks ni custom-made uolss. Cehhh..custom made lah sangat. Tempah standard baju melayu jeapun. Jadi kenalah berbuka di area yang berdekatan dengan PKNS iaitu di
Concorde Hotel sebab lepas berbuka kena terus nak pergi ambil baju melayu ni. Kalau dari Saujana nanti, takut tak sempat nak sampai sebelum kedai tutup. Mamanya senang just beli baju dah siap jea. Lagi jimat masa sebab tak perlu nak spend untuk cari kain, survey kedai jahit, tempah & banyak lagilah prosesnya.
Semua padang handphone termasuklah Dak Zafran. Tapi Dak Zafran pandang hp untuk tengok video.bukan bergambar
Desserts
ABC & pudding
Untuk berbuka puasa di Concorde, saya pilih untuk makan, nasi, lauk-pauk, dessert, sate, ice cream, ABC, dimsum, pau, baked macaroni & kambing bakar. Makanan ni jea saya larat makan. Lepas tu dah kenyang. Kimchi adalah ambil sup gear box. Saya tak makan pun. Juadah lain yang ada dihidangkan di situ seperti mee kari, laksa johor, variety of porridge, nasi tomato. Honestly kalau compare juadah antara BGR and Concorde, rasanya BGR lagi banyak. Sebab baru jea semalamnya berbuka di BGR. Lepas tu harga BGR separuh lagi murah. Kalau kira berapa jenis makanan yang rare yang ada dihidangkan, boleh dikira sebelah jari. Bukan apa. bila harga dua kali ganda compare dengan tempat yang makan semalamnya (BGR), kita punya expectation pun hebatnya kenalah dua kali ganda. Tapi not meet expectation. Concord mahal maybe sebab rate hotel 5 star kot. Tapi makanannya, semua rasa sedap. Rasa pelik-pelik ni tak adalah.
Boleh request band ni menyanyikan lagu yang kita nak dengar. Lagu Happy Birthday pun boleh
Kimchi ni tak ingat ke nak berkejar ke PKNS pulak. Duk sedap jea lagi menyedut kolestrol tue.ahaks.
Selesai berbuka, terus pergi ke PKNS untuk ambil baju melayu. Memang berkejar ke PKNS sebab tergerak lewat dari Concorde. Duk menyembang-nyembang sampai tak sedar dah pukul 9pm. Takut tak sempat sampai jea sebelum kedai jahit tutup. Selalunya kan kedai tutup pukul 10pm. Dah sampai kedai jahit ni, rupa-rupanya tutup pukul 12 malam. Lerghhh, lambat lagi tutupnya. Punyalah berkejar dari Concorde sebab takut tak sempat nak ambil baju Melayu.. Dengan parking jauhnya di Plaza Alam Sentral. Tak apala, dah berkejar pun. Kimchi kan baru jea lepas sedut kolestrol. Boleh bakarkan apa yang Kimchi baru sedut tu. Ahaks. Dah selesai ambil baju melayu, malas dah nak pusing-pusing sangat Baazar Raya yang ada di ruang legar PKNS. Tenaga dah hilang semasa berkejar-kejar. Terus balik Saujana & ZZZZZZ.
Kambing Variety of dessert Nak kena pergi PKNS untuk ambil baju melayu Kimchi & Zafran yang sudah siap dijahit. Yea, baju b...