Short Vacay In Penang│ Penang Street Art
Two children riding an actual bike
Dari mula-mula sampai Penang lagi kitaorang aim nak pergi Penang Street Art. Memang wajib singgah Penang Art Street kalau sampai Penang. Kat situ boleh lihat seni-seni jalanan dilukis di sekitar bandar georgetown. Selepas sahaja dinner di Hameediyah, terus cari lokasi Penang Street Art di waze. Mr Waze cakap Art Street ni di Cannon Street. Bila waze menunjukkan dah berada di Cannon Street, kitaorang tengok sekeliling. Macam satu art street pun tak nampak. Dengan pergi time malamnya. Yang lighting tak berapa nak ada. Lagilah tak nampak. Yealah silap kitaorang jugak pergi time dah malam. Bila pusing-pusing lagi Cannon Street, barulah nampak 3-4 mural di celahan-celahan bangunan. Tapi dah ada jumpa pun still tak keluar kereta pun untuk bergambar. Sebabnya tak berapa nak cantik bergambar di mural-mural yang kitaorang jumpa ni time malam. Decide untuk datang balik pada siang hari esoknya.
Salah satu art yang mengunakan prop iaitu basikal
Bicycle food delivery
Esoknya, sebab check out hotel pun dah tengahhari, pergi 2 tempat jual laksa tetapi tutup, & shopping dahulu di Georgetown, at the end pergi ke Penang Art Street pukul 7 malam jugak. Dah nak maghrib. Tak dapat jugak nak bergambar time siang iaitu time lighting tengah cantik. Tak apalah, singgah jugaklah bergambar. Pukul 7 pun still belum gelap lagi. Mural-mural yang kitaorang sempat jumpa & bergambar yang 2 budak naik basikal, 2 lelaki tengah tolak something, budak jenguk tingkap, kucing di tingkap & banyak lagi.
Rickshaw
Murak-mural yang ada bukan di Cannon Street sahaja. Di streets lain pun ada seperti Armenian Street & sebagainya. Tu sebab tempat-tempat mural ni bukannya setempat tapi berselerak. Then boleh tahan tersoroknya tempat mural-mural ini dihasilkan. Tu yang ambil masa nak cari one by one.
Tak tau alat apa budak tue pegang..
Penang Street Art ini juga ada pelbagai jenis seni yang boleh dilihat seperti lukisan di dinding, arca-arca dan kalau gigih mencari Arts akan jumpalah kesemua Arts yang ada props (3D). Setiap seni yang dilukis ada yang membawa mesej tersendiri. Ada juga seni yang menceritakan tentang budaya penduduk setempat dalam unsur-unsur lawak dan jugak yang agak sinis. Kalau nak tahu pelukis yang bertanggungjawab menukar dinding bangunan Georgetown kepada hasil seni ini ialah pelukis Lithuania yang bernama Ernest Zacharevic, pelukis pekak dan bisu Loius Gan dan kumpulan pelukis 101LostKittens.(haruslah diselitkan dengan fakta sedikit..ahaks)
Indian Nyoya Kuih Sellers
Two men pushing
Street Art ni nak kena spend half day baru dapat khatam mencari & bergambar kesemua Arts yang ada. Kalau tourist especially yang dari luar negara memang gigihlah mencari
semua arts. Siap bawak maps lagi. Dah macam amazing race pun ada. Ada tourist
dari Indonesia tanya kitaorang kat mana nak cari Arts yang budak naik buaian tue. Kitaorang
pun tak jumpa lagi dan sampai ke sudah tak jumpa.
Reaching up
Dak Zafran cuak tengok miow besar bonar
Kunjungan
ke Penang Street Art adalah penutup tirai Short Vacay in Penang. Melancong ni sememangnya membuatkan badan letih tapi fikiran menjadi semakin
segar. Kepala bebas daripada tekanan buat seketika.That’s why I love travelling. Of course nak melancong ni fulus nak kena ada jugaklah. Tak ada fulus mampu tengok orang melancong kat FB ajela. Ahaks.
Back to Short Vacay In Penang│ Ferry Rides to Penang Island
Back to Short Vacay In Penang│ Ferry Rides to Penang Island
Penang memang best kan.. amboi banyak akak dpt jumpa gambar-gambar best kat wall sini.
ReplyDeleteSeronoknye... slalu nampak org bergambar kat sini tp x pegi2 lagi.. aihhh
ReplyDeleteWahhh seronoknya. Tak pernah sampai Penang lagi
ReplyDeleteDkt deretan street art tu ada iceball...sedap!...menarik kan kt sini...mcm2 lukisan ada
ReplyDeleteYang alat dekat tangan budak tu, kalau tak silap Sha untuk buat Kuih Kapit..
ReplyDelete