Short Vacay In Penang│ Have Cheezylicious Nan & Mouth-Watering Biryani At Hameediyah Tandoori House Restaurant, George Town Penang

Short Vacay In Penang: Have Chezilious Nan & Superb Beriani At Hameediyah Tandoori House Restaurant, Penang


Mula-mula plan nak pekenaq laksa di Queensbay. Last time di hadapan Queensbay Mall ada banyak hawkers food dijual di situ termasuklah laksa Penang.  Sampai sahaja di situ, tengok-tengok satu stall pun tiada. Kimchi cakap Menteri Penang macam ada bukak satu area supaya semua penjual berpindah dan menjual di area tu. Lebih sistematik kot. Tapi masalahnya seorang pun tak tahu kat mana area tue.

So, terpaksalah tukar plan kepada pekenaq cheese Nan di Hameediyah. Plas asal dinner di Hameediyah. Dah tak ada laksa untuk makan petang, Terpaksa rombak balik(rombak tu) plan, makan petang cum dinner di Hameediyah terus.

Short Vacay In Penang: Have Chezilious Nan & Superb Beriani At Hameediyah Tandoori House Restaurant, Penang
Sempat lagi kau senyum..ahaks

Hameediyah terletak di tengah-tengah bandar Georgetown iaitu di 164 Lebuh Campbell. Ada dua kedai Hameediyah. Satu yang lama, yang pioneer, satu lagi lot baru. Kalau nak makan sambil nak menikmati bau aroma lauk-lauk beriani, makan di kedai yang lama. Kalau nak selesa & sejuk, yang ada aircon, makan di kedai yang baru. Dua-dua still di deretan yang sama. Cuma selang beberapa kedai sahaja antara lama & baru ni. Kitorang of course pilih untuk makan di kedai yang baru.

Short Vacay In Penang: Have Chezilious Nan & Superb Beriani At Hameediyah Tandoori House Restaurant, Penang
Deco wallpaper sejarah penubuhan Hameediyah

Short Vacay In Penang: Have Chezilious Nan & Superb Beriani At Hameediyah Tandoori House Restaurant, Penang
Ready nak makan

Dalam kedai baru, memang sejuk & selesa. Then, ada dekorasi kertas dinding di Restoran ini yang mengimbau nostalgia sejarah awal penubuhannya. Hameediyah mula beroperasi pada tahun 1907. Lama tul. Even uwan & arwah mek pun tak lahir lagi  pada tahun tu. Bagus-bagus buat deco macamtu. Pengunjung boleh tahu dah lama rupanya Hameediyah ni terbina & masih lagi bertahan dengan jayanya, Mana tak berjaya, dari dulu sampai sekarang, semua makanan yang dijual especially beriani, rasanya konsisten jea & mantain sedap. Hameediyah ni famous tau. Tourist mat saleh pun makan di situ jugak tau. Bagi diaorang macam a must dine in place dah Hameediyah ni

Short Vacay In Penang: Have Chezilious Nan & Superb Beriani At Hameediyah Tandoori House Restaurant, Penang
Mat Salleh pun datang nak pekenaq Nan

Dak Zafran tengah ok lagi. belum mintak hp.

Untuk makan petang plus dinner terus, semua order Cheese Nan. Saya pulak order garlic Nan with Tandori Chicken. Then mintak lagi kuah kari daging untuk dicicah dengan cheese Nan. Kuah karinya sangat piaw pekatnya. Rasanya sedap giloss & cukup rasa.. Cheese Nan sangat-sangat tak sama dengan Cheese Nan di kedai lain. Cheese nan Hameediyah jenis garing di luar & lembut di dalam. Nan nya tak tebal. Memang tak muak & of course sedap. Tapi kalau dulu  ada pencicah yang warna putih, untuk dimakan bersama nan. Tak tau apa nama pencicah nie. Rasanya diperbuat daripada yogurt. Pencicah ni yang sedap makan dengan Cheese Nan. Sekarang dah tak ada dah. Habis dalam RM50 untuk makan petang.


Short Vacay In Penang: Have Chezilious Nan & Superb Beriani At Hameediyah Tandoori House Restaurant, Penang
Tandoori Chicken

Short Vacay In Penang: Have Chezilious Nan & Superb Beriani At Hameediyah Tandoori House Restaurant, Penang
Garlic Nan

Short Vacay In Penang: Have Chezilious Nan & Superb Beriani At Hameediyah Tandoori House Restaurant, Penang
Cheese Nan with Tandoori Chicken

Lunch esok boleh datang lagi sini untuk makan nasi beriani pulak. Saya & Kimchi order Tandori Chicken Platter. Yang lain makan lauk kari ayam & kurma ayam. Semua yang kitaorang pilih memang tak boleh dinafikan lah kelazatannya. Harga untuk lunch habis dalam RM70. Mahalnya maybe yang Tandori platter. Sepinggan sahaja dah RM20.

Short Vacay In Penang: Have Chezilious Nan & Superb Beriani At Hameediyah Tandoori House Restaurant, Penang
Beriani with squid curry...

Short Vacay In Penang: Have Chezilious Nan & Superb Beriani At Hameediyah Tandoori House Restaurant, Penang
Tandoori platter

Memang puas hati makan di Hameediyah. Portion untuk nasi memang banyak & rasanya sedap sangat. Kalau ada pergi Penang lagi, wajib singgah makan di Hameediyah. 

Share this:

, , ,

CONVERSATION

8 comments:

  1. Tempat wajib bila mai penang. hehe

    :)

    ReplyDelete
  2. penang and all mamak food memang sinonim.
    rugi ke penang if x pekana semua di atas :)
    tandoori chicken nyer menyerlah dari segi rupa.
    tu baru rupa. rasa mesti marbeles ekk ? :)

    ReplyDelete
  3. Sedapnya airah selalu turun penang xtry lg sini

    ReplyDelete
  4. Tandoori platter tu nampak mengancam..

    ReplyDelete
  5. sedapnya nampak nan tu. dahlah memang teringin ni huhu..

    ReplyDelete
  6. It has Nick's, a pizza put that consistently positions among the best pies in New York. dragon palace coventry

    ReplyDelete