Short Vacay In Penang│ Hard Rock Penang
Aktiviti malam di Penang, decide untuk jalan-jalan di sekitar Batu Feringghi. Di Batu Feringghi ada banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti pantai peranginan, Hard Rock Penang, Ferringhi Sidewalk Bazaar (night market) & banyak lagi.
Dah sampai Batu Feringghi jea, singgah Hard Rock Hotel dahulu. Walaupun tak menginap di Hard Rock Hotel pun, tapi still boleh masuk ke lobi hotel untuk bergambar. Interior Hard Rock Hotel kan unik dan lain daripada yang lain sebab hiasannya berkonsepkan rock n roll. Boleh lihat unsur rock termasuk sejarah, lagenda rock dunia, pakaian dan aksesori yg digunakan, kenderaan yg mereka gunakan, album rock dulu hingga sekarang & alatan muzik dipamerkan di setiap sudut di dalam hotel. Hard Rock seluruh dunia mengunakan interior design yang sama. So, tak dapat pergi Hard Rock oversea, dah sampai Hard Rock yang Penang punya pun jadila. (Ceh macamlah first time sampai Hard Rock Penang). Ahaks
Ada flash, jadi mata kucing pulak(apasal kucing)
Baru nak bergambar Dak Zafran iyak pulak . Pergi ke toilet di dalam Hard Rock Hotel untuk selesaikan segala urusan. Settle jea urusan Dak Zafran, terus pergi ke Hard Rock Shop. Takut kedai ni dah tutup. Masa tu dah nak pukul 10pm. Kimchi macam biasa, nak beli sehelai T-Shirt Hard Rock lagi. Suka naw naw dengn tshirt hard rock. Padahal dah ada dah tshirt Hard Rock Penang, yang beli pada tahun 2013 dulu. Katanya dah tak muat untuk badannya. Tshirt tu saiz S dah tak sesuai untuk dia. So, yang tue bagi kat saya. Dia kena beli saiz M. Tapi at the end, beli saiz S jugak. Katanya lagi tshirt yang dia pilih ni kalau ambik saiz M akan nampak gelebeh. Sebabnya material lembut & etc & etc. Gitu pulak dah.
.
Lampu di lobi yang bertukar-tukar warna
Cantik tul lobi hotel Hard Rock nie...InsyaAllah kalau ada rezeki, akan datang menginap pulak..
Dah shopping, bergambar di sekitar hotel. Then, pergi window shopping di Ferringhi Sidewalk Bazaar (night market) yang berlokasi sepanjang tepi jalan. Pelbagai barang cenderahati dijual di situ. Tapi harga pun boleh tahanlah sebab tempat tourist kan. Seorang pun tak ada beli apa-apa. Selesai window shopping, terus balik hotel. Dah tak singgah tempat lain dah sebab dah lewat & budak-budak pun mengantuk. Apapun, Batu Feringghi adalah salah satu tempat yang sesuai untuk dikunjungi jika nak ada aktiviti malam di Penang
Continue to Short Vacay In Penang: Penang Street Art
Teringin nak stay semalam dua kat Hard Rock Hotel Penang
ReplyDeleteHuhuuu
Cantik..lepas ni klau pergi penang, blh la cuba gi sini
ReplyDeleteI went there a few years back and kind of like the night bazaar, but like you said... harga memang mahal yang amat. Can get cheaper, though. Ada masuk tak HRC punya tempat nyanyi-nyanyi tu (next to the hotel building)?
ReplyDeleteSakan bergambar dengan lampu hard rock
ReplyDeleteJanji Kita
pernah datang sini..tu pun duudk luar je
ReplyDeleteBest jalan-jalan dengan keluarga..
ReplyDelete