Page Boys main kejar-kejar keliling pengantin



Kalau dah nama Page boys, patutnya tugasnya sama seperti flower girls iaitu iringi pengantin Yob Fitri & wife, menabur bunga etc. Ini tidak..duk main kejar-kejar keliling pengantin. Anak siapala ni..ahaks..Flower girls nye behave jea iaitu Dak Zara, Dak Qisya & Dak Imaan. Iringi pengantin dengan penuh sopan-santun sambil menabur bunga rampai di atas jalan. Boboys nye main kejar-kejar..Siapa Dak Boboys tue..Tak lain tak bukan Dak Zafran & Dak Zayyan. Eloklah sama-sama nama start huruf Z..ahaks.

Page boys buat gaya ultraman

Yeala, Dak Zafran & Dak Zayyan adalah paling muda among sepupu-sepupunya. Seorang baru umur 3 tahun & seorang lagi nak masuk 3 tahun. Dua-dua tengah berada di fasa hyperactive & kerja nak main jea. Beri arahan pun belum boleh fully hadam lagi.  Mula-mula ok lagi. Dak Zafran & Dak Zayyan behave lagi jadi page boy. Boleh iringi pengantin & Dak Zafran & Dak Zayyan siap pegang tangan berdua lagi. Lepas beberapa minit, main kejar-kejar budak berdua tue.  Main kejar-kejar kat celah-celah rombongan  pengantin perempuan pulak tue. Dengan tengah-tengah panas lagi. Seronok betul depa berdua ni..ahaks.

Punyalah sekejap page boys behave,,sampai gambar time diaorang behave tak sempat nak snap.

Pelik bin ajaib depa tengok budak-budak ni..boleh main kejar2 tengah-tengah panas.

Dak Zayyan dah injured. Dak Zafran tak tau nak buat apa, cuba merampas bunga rampai dari Dak Qisya.

Gelagat Dak Zafran & Dak Zayyan ni memang mencuit hati. Pengantin pun gelak dengan budak berdua ni yang dah tak ingat tugas asal page boys. Yeala. Diaorang pun kecik lagi. Tak akan nak paksa pulak suruh buat bulat-bulat seperti yang kita nak.  Biar jeala dia nak buat apa-apa pun asalkan mengembirakan hati mereka berdua & tak memudaratkan diri mereka sendiri & orang lain jugak. Dah macam penceramah keibubapaan pulak saya bila cakap macamni.ahaks.

Mimi kena jadi pengapit.

Majlis resepsi di Serendah merupakan penutup tirai majlis perkahwinan Yob Fitri & wife. Selesai sudah semuanya. Welcome to the club yea, Yob & wife. Semoga bahagia hingga ke jannah. Aaminn.

Selpik dulu dengan pengantin

Tak lepaskan peluang posing sebelum majlis start..ahaks

Share this:

, ,

CONVERSATION

3 comments:

  1. comelnya dayang2 tu..yg laki2 pun hensem

    ReplyDelete
  2. ha hah a...
    sabo jer la.
    tu la nama budak2.
    jap je diam nyer :)

    ReplyDelete
  3. Comelje flower girls dengan page boys..

    ReplyDelete