31 May 2017

Short Vacay In Penang│ Penang Street Art

 Short Vacay In Penang│ Penang Street Art
Two children riding an actual bike

Dari mula-mula sampai Penang lagi kitaorang aim nak pergi Penang Street Art. Memang  wajib singgah Penang Art Street kalau sampai Penang. Kat situ boleh lihat seni-seni jalanan dilukis di sekitar bandar georgetown. Selepas sahaja dinner di Hameediyah, terus cari lokasi Penang Street Art di waze. Mr Waze cakap Art Street ni di Cannon Street. Bila waze menunjukkan dah berada di Cannon Street, kitaorang tengok sekeliling. Macam satu art street pun tak nampak. Dengan pergi time malamnya. Yang lighting tak berapa nak ada. Lagilah tak nampak. Yealah silap kitaorang jugak pergi time dah malam.  Bila pusing-pusing lagi Cannon Street, barulah nampak 3-4 mural di celahan-celahan bangunan. Tapi dah ada jumpa pun still tak keluar kereta pun untuk bergambar. Sebabnya tak berapa nak cantik bergambar di mural-mural yang kitaorang jumpa ni time malam. Decide untuk datang balik pada siang hari esoknya.

Salah satu art yang mengunakan prop iaitu basikal

Short Vacay In Penang│ Penang Street Art
Bicycle food delivery

Esoknya, sebab check out hotel pun dah tengahhari, pergi 2 tempat jual laksa tetapi tutup, & shopping dahulu di Georgetown, at the end pergi ke Penang Art Street pukul 7 malam jugak. Dah nak maghrib. Tak dapat jugak nak bergambar time siang iaitu time lighting tengah cantik. Tak apalah, singgah jugaklah bergambar. Pukul 7 pun still belum gelap lagi. Mural-mural yang kitaorang sempat jumpa & bergambar yang 2 budak naik basikal, 2 lelaki tengah tolak something, budak jenguk tingkap, kucing di tingkap & banyak lagi.

Short Vacay In Penang│ Penang Street Art
Rickshaw

Murak-mural yang ada bukan di Cannon Street sahaja. Di streets lain pun ada seperti Armenian Street & sebagainya. Tu sebab tempat-tempat mural ni bukannya setempat tapi berselerak.  Then boleh tahan tersoroknya tempat mural-mural ini dihasilkan. Tu yang ambil masa nak cari one by one.

Short Vacay In Penang│ Penang Street Art
 Tak tau alat apa budak tue pegang..

Short Vacay In Penang│ Penang Street Art


Penang Street Art ini juga ada pelbagai jenis seni yang boleh dilihat seperti lukisan di dinding, arca-arca dan kalau gigih mencari Arts akan jumpalah kesemua Arts yang ada props (3D). Setiap seni yang dilukis ada yang membawa mesej tersendiri. Ada juga seni yang menceritakan tentang budaya penduduk setempat dalam unsur-unsur lawak dan jugak yang agak sinis. Kalau nak tahu pelukis yang bertanggungjawab menukar dinding bangunan Georgetown kepada hasil seni ini ialah pelukis Lithuania yang bernama Ernest Zacharevic, pelukis pekak dan bisu Loius Gan dan kumpulan pelukis 101LostKittens.(haruslah diselitkan dengan fakta sedikit..ahaks)

Short Vacay In Penang│ Penang Street Art
Indian Nyoya Kuih Sellers

Short Vacay In Penang│ Penang Street Art
Two men pushing

Street Art ni nak kena spend half day baru dapat khatam mencari & bergambar kesemua Arts yang ada. Kalau tourist especially yang dari luar negara memang gigihlah mencari semua arts. Siap bawak maps lagi. Dah macam amazing race pun ada. Ada tourist dari Indonesia tanya kitaorang kat mana nak cari Arts yang budak naik buaian tue. Kitaorang pun tak jumpa lagi dan sampai ke sudah tak jumpa.

Short Vacay In Penang│ Penang Street Art
Reaching up

Short Vacay In Penang│ Penang Street Art
Dak Zafran cuak tengok miow besar bonar

Kunjungan ke Penang Street Art adalah penutup tirai Short Vacay in Penang. Melancong ni sememangnya membuatkan badan letih tapi fikiran menjadi semakin segar.  Kepala bebas daripada tekanan buat seketika.That’s why I love travelling. Of course nak melancong ni fulus nak kena ada jugaklah. Tak ada fulus mampu tengok orang melancong kat FB ajela. Ahaks.

Back to Short Vacay In Penang│ Ferry Rides to Penang Island

29 May 2017

Adakah Memadai Zakat Disalurkan Terus Kepada Asnaf, Tanpa Melalui Institusi Zakat?

Adakah Memadai Zakat Disalurkan Terus Kepada Asnaf, Tanpa Melalui Institusi Zakat?

Sebelum ini kalau nak bayar zakat terutamanya zakat fitrah, saya lebih prefer agih zakat sendiri. Maknanya bayar terus kepada asnaf. Sebabnya sentiasa ragu-ragu dengan institusi zakat. Adakah institusi zakat telus dalam pengagihan zakat. Tengok kutipan zakat mencecah ratusan juta ringgit saban tahun tapi yang diagihkan kembali macam tak sampai 50% dari kutipan. Jadi biarlah tak dapat pengurangan cukai pendapatan pun. Asalkan saya tahu duit zakat diterima oleh orang yang berhak dapat.

Tetapi baru-baru ini iaitu pada 6 Mac lepas,  Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah membuat sidang media untuk mengumumkan corak pengagihan zakat untuk tahun 2016. Pada tahun 2016, LZS sudah mengagihkan wang zakat kepada golongan yang layak sebanyak RM697.5 juta. Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM98.2 juta agihan disalurkan kepada asnaf fakir; RM200.5 juta untuk asnaf miskin dan RM60.9 juta untuk mualaf. Jumlah berkenaan membabitkan 51.5 peratus daripada jumlah keseluruhan agihan manakala 48.5 peratus lagi diagihkan kepada Amil (RM84.2 juta); Fisabilillah (RM150.2 juta); Gharimin (RM72.9 juta); Ibnu Sabil (RM0.2 juta) dan Riqab (RM30.4 juta).Seramai 13,522 keluarga asnaf fakir menerima manfaat bantuan zakat pada tahun 2016 manakala asnaf miskin pula seramai 32,978 keluarga.– Sumber – Zakat Selangor.

Adakah Memadai Zakat Disalurkan Terus Kepada Asnaf, Tanpa Melalui Institusi Zakat?
DATUK Setia Mohamad Adzib Mohd Isa (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor Hussin Mohd Ali menunjukkan pencapaian agihan dan kutipan zakat tahun 2016 di sidang media Pengumuman Prestasi Agihan dan Kutipan Zakat Negeri Selangor di Bangunan Zakat Selangor. Turut hadir Ketua Divisyen Perkhidmatan Korporat Lembaga Zakat Selangor Affandi Nasir (kanan). - Sumber- Berita Harian

Selepas sedia media ini diadakan, saya terus rasa pelik dengan diri sendiri. Bila dengar cara LZS mengagihkan wang zakat untuk tahun 2016, macam telus. Hampir semua hasil kutipan zakat digunakan sepenuhnya untuk disalurkan kepada asnaf. Habis tu kenapa saya selama ini rasa ragu-ragu dengan institusi zakat?

Bila selidik balik, baru saya tahu sentiasa ragu-ragu dengan Institusi Zakat kerana selama ini kurangnya publisiti daripada Institusi Zakat terutamanya zaman sebelum teknologi maklumat (IT) berkembang. Macam Lembaga Zakat Selangor(LZS) memang kurang membuat liputan mengenai cara LZS menguruskan agihan zakat seperti menjelaskan sebanyak mana wang zakat yang telah diagihkan, kepada siapa, bagaimana corak pengagihannya, aktiviti institusi zakat dan sebagainya.

Tetapi sekarang LZS dah ada facebook dan juga media sosial lain. Kita boleh lihat cara kerja LZS dalam pengagihan zakat melalui facebook. (FB Lembaga Zakat Selangor). Selain itu, LZS akan mengadakan sidang media setiap tahun bagi mengumumkan corak pengagihan wang zakat. Ini adalah untuk meleraikan keraguan orang ramai terhadap institusi zakat. Jadi tidak perlu lagi rasa tidak yakin untuk terus istiqamah dan setia berzakat melalui institusi zakat apabila sudah lihat sendiri ketelusan institusi zakat dalam pengagihan wang zakat.

Memang dalam Islam, nabi dahulu tidak pernah mewajibkan para sahabat mahu pun seluruh umat Islam agar mengagihkan zakat menerusi Baitul Mal, yakni mesti melalui institusi zakat. Cuma apa yang ada, nabi sendiri melantik wakil di kalangan sahabat sebagai amil untuk menjalankan kerja mengutip zakat. Tetapi bayar zakat melalui institusi zakat, banyak manfaatnya berbanding dengan bayar sendiri. Sebagai contoh, jika saya memiliki wang zakat RM1,000 dan saya mencari penerima zakat. Jika saya memberi si fakir itu RM1,000, ia mungkin bertahan hanya sehari atau seminggu. Maknanya, zakat saya tidak mampu mengatasi kefakiran dan kemiskinan orang itu. Sebaliknya, apabila wang zakat itu saya salurkan melalui sesuatu badan, maka badan itu akan memastikan fakir miskin berkenaan dibantu secara terus menerus melalui beberapa kaedah bantuan. Ia ibarat kita memberikan dia pancing agar dapat mencari ikan dan menjualnya pula sebagai sumber rezeki; bukan sekadar memberikan ikan dua kilo dan esok dia akan minta lagi. . – Sumber – Zakat Selangor

Institusi zakat juga tahu zakat adalah amanah. Oleh itu, institusi zakat diamanahkan untuk mengelola zakat khususnya dalam agihan. Tidak sesekali Institusi Zakat berkhianat dengan amanah Allah ini. Jadi tiada alasan lagi kenapa perlu ragu-ragu lagi dengan ketelusan institusi zakat dalam pengagihan wang zakat.  Nak tahu lebih keterangan lanjut mengenai Lembaga Zakat Selangor, bayaran zakat dan sebagainya, boleh layari di http://www.zakatselangor.com.my/

24 May 2017

Short Vacay In Penang│ Hard Rock Penang

Short Vacay In Penang│ Hard Rock Penang


Aktiviti malam di Penang, decide untuk jalan-jalan di sekitar Batu Feringghi. Di Batu Feringghi ada banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti pantai peranginan, Hard Rock Penang, Ferringhi Sidewalk Bazaar (night market) & banyak lagi.

Dah sampai Batu Feringghi jea, singgah Hard Rock Hotel dahulu. Walaupun tak menginap di Hard Rock Hotel pun, tapi still boleh masuk ke lobi hotel untuk bergambar. Interior Hard Rock Hotel kan unik dan lain daripada yang lain sebab hiasannya berkonsepkan rock n roll. Boleh lihat unsur rock termasuk sejarah, lagenda rock dunia, pakaian dan aksesori yg digunakan, kenderaan yg mereka gunakan, album rock dulu hingga sekarang & alatan muzik dipamerkan di setiap sudut di dalam hotel. Hard Rock seluruh dunia mengunakan interior design yang sama. So, tak dapat pergi Hard Rock oversea, dah sampai Hard Rock yang Penang punya pun jadila. (Ceh macamlah first time sampai Hard Rock Penang). Ahaks


Short Vacay In Penang│ Hard Rock Penang

Short Vacay In Penang│ Hard Rock Penang
Ada flash, jadi mata kucing pulak(apasal kucing)


Baru nak bergambar Dak Zafran iyak pulak . Pergi ke toilet di dalam Hard Rock Hotel untuk selesaikan segala urusan. Settle jea urusan Dak Zafran, terus pergi ke Hard Rock Shop. Takut kedai ni dah tutup.  Masa tu dah nak pukul 10pm. Kimchi macam biasa, nak beli sehelai T-Shirt Hard Rock lagi. Suka naw naw dengn tshirt hard rock. Padahal dah ada dah tshirt Hard Rock Penang,  yang beli pada tahun 2013 dulu. Katanya dah tak muat untuk badannya. Tshirt tu saiz S dah tak sesuai untuk dia. So, yang tue bagi kat saya.  Dia kena beli saiz M. Tapi at the end, beli saiz S jugak. Katanya lagi tshirt yang dia pilih ni kalau ambik saiz M akan nampak gelebeh.  Sebabnya material lembut & etc & etc. Gitu pulak dah.
.
Short Vacay In Penang│ Hard Rock Penang
Lampu di lobi yang bertukar-tukar warna

Short Vacay In Penang│ Hard Rock Penang
Cantik tul lobi hotel Hard Rock nie...InsyaAllah kalau ada rezeki, akan datang menginap pulak..

Dah shopping, bergambar di sekitar hotel. Then, pergi window shopping di Ferringhi Sidewalk Bazaar (night market) yang berlokasi sepanjang tepi jalan. Pelbagai barang cenderahati dijual di situ. Tapi harga pun boleh tahanlah sebab tempat tourist kan. Seorang pun tak ada beli apa-apa. Selesai window shopping, terus balik hotel. Dah tak singgah tempat lain dah sebab dah lewat & budak-budak pun mengantuk. Apapun, Batu Feringghi adalah salah satu tempat yang sesuai untuk dikunjungi jika nak ada aktiviti malam di Penang

Continue to Short Vacay In Penang: Penang Street Art

22 May 2017

Voqq Skincare Mampu Tingkatkan Keyakinan Diri Wanita

Zaman sekarang, banyak faktor yang boleh menyebabkan kulit wajah kita cepat rosak dan kedut. Kata saintifiknya, kadar penuaan kulit muka semakin meningkat. Antara faktor penyebab kadar penuaan kulit muka semakin meningkat adalah terdedah dengan asap kenderaan, asap rokok, sinaran UV dan banyak lagi. Semua faktor ini adalah di luar kawalan kita, yang sangat mustahil kita nak elak. Jadi, bergantung kepada diri kita sahajalah untuk mencari ikhtiar bagi melindungi kulit wajah supaya kekal sihat, muda & anjal. Jika tidak kulit wajah lama-lama akan menjadi kusam dan tidak bermaya, yang akan mengundang perasaan kurang keyakinan diri. 

Tapi jika masih lagi tidak dapat mencari ikhtihar untuk menyelesaikan masalah penuaan kulit muka, tidak perlu gusar dan susah hati. Ini kerana  DS Pesona Beauty Spa telah pun membangunkan rangkaian produk penjagaan kulit wajah berasaskan ekstrak tomato yang diberi nama Voqq skincare.


Menurut Pengasas  DS Pesona Beauty Spa, Datin Nur Samsidar Mohd Zain, beliau membangunkan produk penjagaan kulit wajah adalah untuk memberi kelainan kepada pelanggan-pelanggannya dengan mengunakan ekstrak tomato. Seperti kita sedia maklum, tomato mempunyai khasiat yang sangat memberi manfaat untuk kecantikkan kulit. Ini kerana tomato mempunyai lycopene iaitu antioksidan mampu melawan radikal bebas akibat daripada asap kenderan & semua yang saya dah sebut di atas.


Pengasas  DS Pesona Beauty Spa, Datin Nur Samsidar Mohd Zain yang membangunkan produk Voqq Skincare

Voqq Skincare terdiri daripada Facial Wash & Anti Aging Cream. Untuk mendapat hasil yang lebih berkesan, harus mengunakan kedua-dua Facial Wash & Anti Aging Cream ini. Ini kerana setiap Facial Wash & Anti Aging Cream mempunyai fungsi tersendiri bagi melambatkan proses penuaan kulit wajah wanita.

Kelebihan Voqq Facial Wash adalah:


Diekstrak dari tomato yang kaya dengan sumber lycopene, yang membantu kondisi kulit untuk kekal muda dan anjal seperti kulit bayi. Malah lycopene membantu melindungi kulit daripada sinaran UV.
Membantu melambatkan proses penuaan dan kedutan pada wajah.
Membantu mencerah dan menyerikan kulit kusam.
Dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah
Selain tomato, Voqq Facial Wash juga diadun bersama oat untuk membantu menormalkan pH kulit sehingga dapat meredakan gatal atau rasa tidak nyaman pada kulit.
Membantu menyerap kelebihan minyak, menghilangkan bakteria pada wajah, serta membantu pengelupasan kulit mati. 
Merupakan pelembab alami yang dapat menenangkan kulit sensitif dan kering, membantu menjaga kelembaban almi kulit, sekaligus memiliki efek anti-oksidan.


Kelebihan Voqq Anti Aging Cream pula adalah:


Krim Voqq yang dibentuk seperti natto mengambil dua kali jumlah masa untuk dicampurkan berbanding krim biasa, ini membolehkan ianya  membezakan rupa dan menghasilkan texture seperti natto.
Voqqq juga membantu membebaskan kulit anda dari 10 bahan tambahan yang boleh menyebabkan kekeringan dan kekejangan  kulit seperti Surfaktan, silikon, paraben, denatured alkohol, minyak mineral, pigmen tiruan, bahan mentah haiwan, benzophenone, TEA dan sulfat
Voqq aadalah krim formula buatan tangan yang bebas daripada surfaktan dan silikon, membolehkan ianya menyerap dengan lebih baik ke dalam kulit berbanding dengan krim-krim lain.
Proses Penguraian semula jadi menggunakan minyak dan mentega untuk mengelakkan  keregangan dan mengekalkan kelembapan dan kelembutan krim.
Voqq mampu menyerap ke dalam kulit dengan lebih baik dan meningkatkan kesan kulit putih dalam masa yang begitu singkat.
Semasa penghasilan Voqq  teknologi vakum digunakan untuk menyedut  udara yang boleh bercampur masuk ke dalam krim semasa proses pembuatan untuk lebih menghasilkan tekstur seperti natto.


Ramai pengguna Voqq Skincare telah mendapat kesan yang baik hasil penggunaan Voqq Skincare ini. Jika tak percaya, lihat sahajalah testimoni-testimoni di bawah.

Maklumbalas daripada Pengguna Pertama: "salam sis. lepas guna produk voqq seriously puasss hatiii !! sebelum ni seye salah guna produk jerawat subur je kat muka. Selepas terlihat di majalah saya berminat nak cuba produk ni. Alhamdulilah jerewat makin berkurangan parut pun mula pudar . jarang ada produk yang berasaskan tomato sebab tu sayaa cuba. ape pun produk ni memaang terbaik.

Maklumbalas Pengguna Kedua: Hai semua.. Saya Kharni sebelum ni muka saya sangat teruk penuh dengan jerawat menggerutu dekat muka.nak keluar rumah pun rasa malu sebab muka sangat teruk penuh dengan jerawat.kawan-kawan saya pun semua menjauhkan diri dari saya. Puas saya mancari produk skin care untuk menghilangkan jerawat ni.akhir nye saya jumpa satu skin care yang tengah hot ni Voqq Skincare sekarang muka saya okey dah pakai dalam sama tempoh 2 minggu sahaja bersih dan glowing nampak usia muda dari muka seblum ni tq Voqq Skincare.

Hebatkan Voqq Skincare kerana produk berasaskan bahan semulajadi ini mampu mengembalikan keyakinan Kaum Hawa terhadap dirinya. 

Harga produk Voqq Skincare adalah affordable dan mampu milik iaitu:

Voqq Facial Wash
WM: RM75.00
EM: RM85.00

Voqq Anti Aging Cream  
WM: RM70.00
EM: RM80.00

Cepat-cepatlah dapatkan produk Voqq Skincare kerana produk berasaskan ekstrak tomato mampu menyelesaikan masalah kulit wajah. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut (seperti maklumat syarikat, lain-lain testimoni, cara tempahan & etc), boleh layari atau hubungi di:

Facebook: Voqq Skincare HQ
Instagram: voqqskincarehq
No Tel: 019-612 8164

Kulit kekal muda & cantik dengan bantuan Voqq Skincare



20 May 2017

Short Vacay In Penang│ Have Cheezylicious Nan & Mouth-Watering Biryani At Hameediyah Tandoori House Restaurant, George Town Penang

Short Vacay In Penang: Have Chezilious Nan & Superb Beriani At Hameediyah Tandoori House Restaurant, Penang


Mula-mula plan nak pekenaq laksa di Queensbay. Last time di hadapan Queensbay Mall ada banyak hawkers food dijual di situ termasuklah laksa Penang.  Sampai sahaja di situ, tengok-tengok satu stall pun tiada. Kimchi cakap Menteri Penang macam ada bukak satu area supaya semua penjual berpindah dan menjual di area tu. Lebih sistematik kot. Tapi masalahnya seorang pun tak tahu kat mana area tue.

So, terpaksalah tukar plan kepada pekenaq cheese Nan di Hameediyah. Plas asal dinner di Hameediyah. Dah tak ada laksa untuk makan petang, Terpaksa rombak balik(rombak tu) plan, makan petang cum dinner di Hameediyah terus.

Short Vacay In Penang: Have Chezilious Nan & Superb Beriani At Hameediyah Tandoori House Restaurant, Penang
Sempat lagi kau senyum..ahaks

Hameediyah terletak di tengah-tengah bandar Georgetown iaitu di 164 Lebuh Campbell. Ada dua kedai Hameediyah. Satu yang lama, yang pioneer, satu lagi lot baru. Kalau nak makan sambil nak menikmati bau aroma lauk-lauk beriani, makan di kedai yang lama. Kalau nak selesa & sejuk, yang ada aircon, makan di kedai yang baru. Dua-dua still di deretan yang sama. Cuma selang beberapa kedai sahaja antara lama & baru ni. Kitorang of course pilih untuk makan di kedai yang baru.

Short Vacay In Penang: Have Chezilious Nan & Superb Beriani At Hameediyah Tandoori House Restaurant, Penang
Deco wallpaper sejarah penubuhan Hameediyah

Short Vacay In Penang: Have Chezilious Nan & Superb Beriani At Hameediyah Tandoori House Restaurant, Penang
Ready nak makan

Dalam kedai baru, memang sejuk & selesa. Then, ada dekorasi kertas dinding di Restoran ini yang mengimbau nostalgia sejarah awal penubuhannya. Hameediyah mula beroperasi pada tahun 1907. Lama tul. Even uwan & arwah mek pun tak lahir lagi  pada tahun tu. Bagus-bagus buat deco macamtu. Pengunjung boleh tahu dah lama rupanya Hameediyah ni terbina & masih lagi bertahan dengan jayanya, Mana tak berjaya, dari dulu sampai sekarang, semua makanan yang dijual especially beriani, rasanya konsisten jea & mantain sedap. Hameediyah ni famous tau. Tourist mat saleh pun makan di situ jugak tau. Bagi diaorang macam a must dine in place dah Hameediyah ni

Short Vacay In Penang: Have Chezilious Nan & Superb Beriani At Hameediyah Tandoori House Restaurant, Penang
Mat Salleh pun datang nak pekenaq Nan

Dak Zafran tengah ok lagi. belum mintak hp.

Untuk makan petang plus dinner terus, semua order Cheese Nan. Saya pulak order garlic Nan with Tandori Chicken. Then mintak lagi kuah kari daging untuk dicicah dengan cheese Nan. Kuah karinya sangat piaw pekatnya. Rasanya sedap giloss & cukup rasa.. Cheese Nan sangat-sangat tak sama dengan Cheese Nan di kedai lain. Cheese nan Hameediyah jenis garing di luar & lembut di dalam. Nan nya tak tebal. Memang tak muak & of course sedap. Tapi kalau dulu  ada pencicah yang warna putih, untuk dimakan bersama nan. Tak tau apa nama pencicah nie. Rasanya diperbuat daripada yogurt. Pencicah ni yang sedap makan dengan Cheese Nan. Sekarang dah tak ada dah. Habis dalam RM50 untuk makan petang.


Short Vacay In Penang: Have Chezilious Nan & Superb Beriani At Hameediyah Tandoori House Restaurant, Penang
Tandoori Chicken

Short Vacay In Penang: Have Chezilious Nan & Superb Beriani At Hameediyah Tandoori House Restaurant, Penang
Garlic Nan

Short Vacay In Penang: Have Chezilious Nan & Superb Beriani At Hameediyah Tandoori House Restaurant, Penang
Cheese Nan with Tandoori Chicken

Lunch esok boleh datang lagi sini untuk makan nasi beriani pulak. Saya & Kimchi order Tandori Chicken Platter. Yang lain makan lauk kari ayam & kurma ayam. Semua yang kitaorang pilih memang tak boleh dinafikan lah kelazatannya. Harga untuk lunch habis dalam RM70. Mahalnya maybe yang Tandori platter. Sepinggan sahaja dah RM20.

Short Vacay In Penang: Have Chezilious Nan & Superb Beriani At Hameediyah Tandoori House Restaurant, Penang
Beriani with squid curry...

Short Vacay In Penang: Have Chezilious Nan & Superb Beriani At Hameediyah Tandoori House Restaurant, Penang
Tandoori platter

Memang puas hati makan di Hameediyah. Portion untuk nasi memang banyak & rasanya sedap sangat. Kalau ada pergi Penang lagi, wajib singgah makan di Hameediyah. 

19 May 2017

Short Vacay In Penang│ An Overnight Stay At Lexis Suites, Penang



Lexis Suites Penang boleh tahan jugak jauhnya dari bandar Georgetown. Jalan nak pergi hotel ni pun boleh tahan complicated. Nasib baik ada waze jea. Kalau tak ada gak, mahu sesat. Sebab signboard hotel ni tak berapa nak ada. Dah nak sampai, barulah ada signboard. Even ada waze pun, berapa kali salah teka hotel. Bila dari jauh ternampak bangunan tinggi yang cantik, ingat Lexis dah. Tengok remaining millaege di waze masih jauh lagi, rupanya bukan. Dah masuk ke perkampungan nelayan, barulah sampai Lexis Suites Penang. Hotel ni di betul-betul tepi pantai. Tapi pantainya bukan untuk tourist. Banyak ada bot nelayan jea. Dah nama pun di perkampungan nelayan kan.

Selesai check in & masuk jea bilik, terus rasa best. Sebabnya deco bilik Lexis ni cantik bangattttttt. Di atas katil-katil, tersusun bantal-bantal kecil  yang comel & tertulis Lexis. TVnyaaaaa  canggih ya ampunn. Tak tau describe macam mana & nak panggil model apa..LCD la kot kalau dah meleper macamtu. Katil ada dua & kedua-duanya adalah king size. Boleh request baby cot lagi. Dak Akeem punya tempat tidurlah tu.

Short Vacay In Penang: An Overnight Stay At Lexis Suites, Penang
Two king sized beds

Short Vacay In Penang: An Overnight Stay At Lexis Suites, Penang
Unik betul TV hotel ni

Lexis Suites sama seperti Lexis PD, tetapi lebih banyak facilities. Facilities yang Lexis Penang ada tetapi tiada di PD ialah ada bathtub & sauna.  PD kan Lexis yang first. Macam Lexis pioneer. Tu yang macam Penang punya lagi canggih berbanding PD. Tetapi tak ada microwave oven. Kalau di PD ada microwave. Microwave pun penting jugak kalau nak panaskan makanan yang tapau bawak balik hotel. 

Short Vacay In Penang: An Overnight Stay At Lexis Suites, Penang
Basin

Short Vacay In Penang: An Overnight Stay At Lexis Suites, Penang
Ada wardrobe & iron board di dalamnya. Yang tak menahan tue, weighing scale pun ado. 

Short Vacay In Penang: An Overnight Stay At Lexis Suites, Penang
Toilet bowl

Short Vacay In Penang: An Overnight Stay At Lexis Suites, Penang
Sauna


Short Vacay In Penang: An Overnight Stay At Lexis Suites, Penang
Bathtub

Short Vacay In Penang: An Overnight Stay At Lexis Suites, Penang
Toilet amenities

Lexis punya trademark facility iaitu tak lain tak bukan private pool, di balkoni.  View di balkoni dapat yang side seaview & village view. Nak front sea view kena tambah lagi juta-juta yen. Memang mendamaikan menikmati permandangan laut & perkampungan nelayan dari tingkat 17 sambil berendam di dalam private pool. Poolchair pun ada jugak di balkoni ni kalau nak tengok permandangan sambil berbaring.

Short Vacay In Penang: An Overnight Stay At Lexis Suites, Penang
Poolchair pun ada

Budak-budak apalagi kerja berendam ajela di private swimming pool. Dak Zafran dah ada skill baru main air di dalam swimming pool. Sebelum ni takat main air guna Kid inflatable float, yang kena masukkan dua kaki tue. Float ni kaki sahajalah yang berendam dalam air. Tapi sekarang, Dak Zafran dah pandai guna normal kids float. Siap boleh buat kuak lentang & naikkan kaki tue. Tapi still kena pakai pelampung kat lenganlah. Lepas ni, bolehlah beli float ni dengan yang lengan jugak di Mr. DIY. Mr. DIY la murah. Tak ada kedai lain yang boleh challenge harga di Mr. DIY.


Short Vacay In Penang: An Overnight Stay At Lexis Suites, Penang
Dak Zara & Dak Imaan dah ready nak swimming

Short Vacay In Penang: An Overnight Stay At Lexis Suites, Penang
Dah boleh naikkan kaki tue

Short Vacay In Penang: An Overnight Stay At Lexis Suites, Penang
Dak Zafran sangat having fun

Pagi esoknya, saya & Kimchi keluar cari breakfast di kedai sekitar hotel. Plan asal patutnya nak breakfast roti telur goyang di town. Tengah viral kot tempat buat roti ni. Tapi keadaan trafik pagi tu mak aiiii.. Jem strawberi sangat. Kitaorang kan bercuti time hari kerja. Pagi-pagi opkos Penangites keluar kerjalah. Bercuti time hari kerja kena hadaplah jem time peak hours. Tu yang just berjalan kaki mencari breakfast di kedai berdekatan dengan hotel. Cari punya cari. Ada satu kedai jual nasi berlauk. Cari lagi. Lepas tu jumpa kedai makan cina. Sampai ke kedai makan ketiga, akhirnya jumpa jual breakfast yang dah siap bungkus. Ada jual nasi lemak lauk ikan & ikan masin, bihun goreng & kuih-muih. Beli semua jenis. Untuk rasa, nasi lemak terlampau pedas. Saya makan jea sampai habis. Jenjalan ni kena pakai banyak energy. Bihun goreng, not bad. Tapi kuih ketayapnya basiiiii...Kimchi mangsa kebasikan kuih ketayap tersebut.ahaks. Pesanan buat Makchik yang jual breakfast ni, please improve yea... (Pesan macamni macamlah Makchik tu akan baca blog kau.hehew)

Memang tak ada kedai sangat yang berdekatan dengan hotel ni. 7E lagilah. Kalau nak beli makanan macam jajan, kena keluar balik dari kawasan hotel ni.

Overall, hotel ni memang terbaik untuk keluarga especially yang ada anak-anak suka main air. Tapi untuk nightlife & tourist attraction place, non hado di area hotel ni. Even pantai pun bukannya pantai peranginan. Nak semua ni, kena pergi ke Georgetown & Batu Ferringhi. Apapun, Lexis Suites Penang tempat da best mencari ketenangan untuk lari seketika daripada hiruk pikuk duniawi.


Short Vacay In Penang│ Train Trips to Bukit Bendera, Penang

Short Vacay In Penang: Train Trips to Bukit Bendera, Penang


Memang aim jalan-jalan Penang ni, wajib naik train ke Bukit Bendera. Sebabnya Dak Zafranlah. Dak Zafran kan suka transportation. Mesti dia seronok naik train. Ke mak pak Zafran yang terlebih excited. Ahaks.

Short Vacay In Penang: Train Trips to Bukit Bendera, Penang
Beratur beli tiket

Short Vacay In Penang: Train Trips to Bukit Bendera, Penang
Ni pulak beratur tunggu turn naik train

Harga tiket RM10 untuk dewasa & RM3 untuk kanak-kanak. Semua yang nak beli tiket kena ada mykad & mykid. Sebab dia akan scan tiap2 satu mykad/mykid untuk generate tiket. Kalau tak ada akan dianggap pelancong asing & bayaran dikenakan akan mengikut harga pelancong asing iaitu tiga kali ganda.

Short Vacay In Penang: Train Trips to Bukit Bendera, Penang
Dalam train

Short Vacay In Penang: Train Trips to Bukit Bendera, Penang
Udah sampai

Dah beli tiket, terus beratur untuk naik train ke bukit bendera. Dak Zafran macam biasa past beratur cepat jea panas punggung. Bila dah masuk train terus excited. Tapi dalam train mak aiiiii..dah macam tin ikan sardine. Padat dengan orang. Kalau boleh nak sumbat lagi selagi boleh. Memang tak ada had limit bilangan orang yang dibenarkan masuk ke dalam koc.

Short Vacay In Penang: Train Trips to Bukit Bendera, Penang
Viewing deck

Short Vacay In Penang: Train Trips to Bukit Bendera, Penang
Permandangan bandar raya Penang

Short Vacay In Penang: Train Trips to Bukit Bendera, Penang


Dah sampai Bukit Bendera, nampak macam makin bertambah tempat menarik berbanding saya pergi pada tahun 2013 dahulu.  Dah ada viewing deck. Di deck ini, menempatkan platform yang boleh menikmati permandangan bandaraya Penang yang sangat cantik.

Short Vacay In Penang: Train Trips to Bukit Bendera, Penang
Menuju ke Dataran Bukit Bendera

Short Vacay In Penang: Train Trips to Bukit Bendera, Penang
Train lama

Short Vacay In Penang: Train Trips to Bukit Bendera, Penang
Dak Zafran excited train di sebelah dia
Selepas itu, menuju ke dataran love lock.  Ini pun satu lagi tempat menarik yang baru. Ia  adalah tempat mengantung padlock berbentuk love yang ada tulisan tangan pada padlock tersebut. Tempat ini diadaptasi dari banyak tempat iaitu Ponte Milvio Rom dan Hohenzollern Bridge Jerman. Dah lama dah tempat love lock ada di Bukit Bendera. Cuma saya jea baru nak sampai. Di situ,kerja bergambar sahajala. Tak lepaskan peluang bergambar jugak di trademark tempat itu iaitu kerusi berbentuk V & di huruf L.O.V.E. Kalau nak rasa nak tinggalkan kenang-kenangan di love lock, boleh beli padlock yang ada dijual di situ. Tapi harganya…mak aiii..macam tak berbaloi beli.  Harganya dalam RM15. Saya memang tak belilah.

Short Vacay In Penang: Train Trips to Bukit Bendera, Penang
Dataran love lock

Short Vacay In Penang: Train Trips to Bukit Bendera, Penang
Dak Zafran tengah mengeja semua ayat yang tulis kat padlock tue..ahaks

Short Vacay In Penang: Train Trips to Bukit Bendera, Penang
Posing dak2 hipster..ahaks.

Dah pusing-pusing di situ, terus gerak untuk turun ke bawah. Tak pergi ke Little Village Hill, Owl Museum & etc sebab budak-budak macam dah lapar & start nak meragam. Lagipun, kena cepat-cepatlah check in hotel. Overnight di hotel yang best & agak pricey iaitu Lexis Suites Penang, kenalah spend lebih masa sedikit di dalam bilik hotel.

Short Vacay In Penang: Train Trips to Bukit Bendera, Penang
Dak-dak dah kepenatan