19 April 2017

My First Flight Experience Together With Dak Zafran

My First Flight Experience Together With Dak Zafran

First flight saya dengan Zafran adalah penerbangan  ke Langkawi & return.  Dahlah flight ni adalah yang first untuk Dak Zafran. Lepastu Kimchi pulak tak ada bersama. Really really cut my nerves.

Sebelum nak naik penerbangan inipun, dah macam-macam laluan sukar terpaksa saya tempuhi. Beberapa hari sebelum nak naik flight, Dak Zafran terjatuh & tak boleh berjalan. Masa tue ingat just cramp or terseliuh. Doktor juga yang mengesahkan macamtu.  Rupa-rupanya ada crack. So lousy that doctor. Tapi maybe adalah hikmah jumpa doctor lousy tue. Cuba imagine time tue jugak dah tahu kaki Dak Zafran crack. Confirm time tue jugak bawak pergi pasang simen. Kalau kaki Dak Zafran bersimen,  memang taklah saya nak bawak Zafran naik flight. Burn ajealah semua yang dah booking iaitu flight ticket & hotel room. Hikmah ter’refer’ dengan lousy doctor  supaya saya & Dak Zafran dapat naik flight & bercuti di Langkawi. Haha. Zafran tak boleh berjalan, still boleh handle. Itu gunanya foldable lightweight stroller yang Kimchi beli di Lazada. Guna stroller untuk carry Dak Zafran hinggalah ke pintu flight.

Sampai-sampai airport ada lagi beberapa obstacles. First, baru perasan flask air panas tertinggal. Dalam banyak-banyak barang Zafran, flask air jugak yang tertinggal. What is really really wrong with me? Entohlerr..  Tak tau macam mana tak ada di dalam beg susu. Padahal punya perfect segala kelengkapan mak nenek barang Zafran yang saya bawa. Ada juga barang tertinggal. Yang paling penting pulak tue. Inipun still boleh handle. Di airport, boleh minta air panas di McD. Di dalam flight pun sama. Dah di Langkawi nanti beli ajelah flask baru.

My First Flight Experience Together With Dak Zafran
Dak Zafran dah boshan.. Ipadlah penyelamat keadaan.

Second obstacle, dah saya cerita pada entri sebelum ni, kena tahan di sekuriti. Boleh klik SINI untuk baca entri kenapa ditahan daripada naik penerbangan ke Langkawi.   Ini last minute dapat solve this problem. Time stuck di sekuriti, Dak Zafran tak berhenti-henti melalak. Ditambah pulak he is in pain. Berhenti melalak masa berlari untuk kejar sebelum gate ditutup. Thanks to Mak, Abah & Didi sebab temankan saya & Dak Zafran hingga ke saat-saat dibenarkan melepasi sekuriti airport.

Dah check in di gate, Dak Zafran excited sangat bila tahu dia akan naik aeroplane. Stop sekejap tantrum nya.  Lepas tu seat dia di tepi tingkat. Lagilah dia excited tengok aeroplane. Flight dah berlepas, lepas 10 minit Dak Zafran dah bosan. Terpaksalah bagi di Ipad sebelum dia mengamuk..

My First Flight Experience Together With Dak Zafran
Boarding pass balik ke Kl

Untuk penerbangan balik pula, not so much difficulties I had to face . Di airport, Kimchi pun temankan sehingga betul-betul gate dibuka.  Jarak antara sekuriti check & gate tak jauh pun di Langkawi aiport. Kalau KLIA, mak aiiiii. Tak terkata-kata kejauhannya. Settle di sekuriti check terus pergi gate & terus naik flight. Di dalam flight pulak, ada tv di setiap seat. Dak Zafran kerja duk main remote & tengok kartun di TV sepanjang-panjang dalam flight. Tak adalah cepat sangat bosan.  Dah betul-betul nak landed  baru Dak Zafran mula panas punggung. Nasib baik dah nak sampai pun.

Masa dah ambil lungage, masa ni rasa super woman sangat iolsss. Haha.Why I say like that? Sebabnya sebelah tangan carry lungage & sebelah tangan lagi tolak stroller. Mula-mula tak dapat nak biasakan diri nak tolak stoller & carry lungage serentak. Stoller out of control sekejap sehingga makin lama makin menyenget. Hampir nak terkena orang pun ada. Yeala. Memang susahlah nak tolak stoller sebab tangan sebelah kena tarik lungage.  Tapi bila dah dapat rentak, barulah dapat control tarik lungage &  tolak stroller pada jalan yang lurus. Ahaks. Thanks to airport floor sebab sangat licin. Haha.

My First Flight Experience Together With Dak Zafran
Flight balik pulak yang lagi canggih. Siap ada  tv di setiap seat

Phewww..  penerbangan setakat sejam dah ada macam-macam pancaroba. Cuba kalau penerbangan berjam-jam macam nak pergi London tue. Mahu kena royan walaupun bukan time pantang. Haha. Tak adalah.. Kalau penerbangan yang lama, pandai-pandai cari cara handle tantrum toodler macam Dak Zafran. Lagipun Dak Zafran meragam masa di airport & meragam pun sebab kakinya sakit. Dalam flight, tak ada pun melalak ke apa.   Actually Dak Zafran tak meragam pun di Langkawi airport. Mood baik kot sebab dah bercuti di Langkawi sampai dah tak ingat yang kakinya sakit. Kadang-kadang confuse jugak dengan Dak Zafran ni. Masa di KLIA, ingat dia mengamuk sebab rasa sakit. Tapi ni di Langkawi airport, langsung tak menangis pun. Maknanya, ikut Dak Zafranlah  nak mengamuk bila-bila masa yang dia nak, with or without reason. Itulah yang dinamakan tantrum. Haha..

Macam inilah apa yang mak abah rasa dahulu. Masa flight balik dari US ke Malaysia, saya yang baru berumur nak masuk 2 tahun, menangis-nangis sepanjang-panjang  dalam flight. Berhenti kalau tidur jea. Terjaga sambung melalak balik. Sebab saya menangis maybe terasa pressure di telinga. Difficulty yang mak & abah face dahulu, sekarang saya face dengan anak saya pulak.

My First Flight Experience Together With Dak Zafran
No matter how much annoying tantrum you throw, i will always love you forever and ever.

Teringat ada baca entri Ben Ashaari pasal ragam anak ni. (Boleh klik entri SINI kalau nak baca full entri Ben Ashaari ni) . Ragam anak inilah mengingatkan saya pada jasa & pengorbanan yang mak abah berikan kepada saya. Bertapa mereka berdua bersabarnya  melayan kerenah saya. Memang yang ragam yang saya cerita tadi saya baru berumur 2 tahun tapi bukan setakat itu sahaja. Ianya berterusan hingga dewasa & kadang-kadang menguriskan hati mereka pun ada. Memang susah mak abah nak handle saya dahulu. huhu. Semoga sentiasa berterusan membalas jasa-jasa mereka. Semoga jugak saya belum lagi terlewat membentuk akhlak Zafran & adik Zafran (tak. saya tak pregnant. Zafran memang akan ada adik. just belum tiba masanya lagi..hehe) supaya menjadi lebih baik daripada saya.

So, how’s my first flight experience together with my cheeky son? It is a little bit tough & challenging but i still can handle it. Rasa superwoman sangat sampai rasa dah boleh ganti Najib dah. Heh..

10 comments:

  1. Boleh ganti najib tu yg mahal. Hehe.

    Ana so far naik flight ngan syafi ok je cuma blk dr Korea hari tu stress sikit sebab syafi demam panas. Dia jadi tak selesa. Suruh main hp pun tak nak. Adalah beberapa kali dia menangis sampai ganggu orang tido. Last sekali nangis masa nak touch down. Memang rasa bersalah dgn org sekeliling tp nak buat mcm mana kan. Ni pum sebab dia demam je kalau tak dia lah yg paling happy.

    ReplyDelete
  2. Wow.. Pengalaman yang ohsem..
    Bila dah jadi mak/ayah nie memang akan teringat masa kita kecik kan..
    Its make us appreciate our parents more..

    ReplyDelete
  3. seronoknya naik flight.biasa la kan budak meragam kena pandai handle.

    ReplyDelete
  4. SA x pernah merasa bawak Dania naik flight masa dia kecik baya2 Zhafran...masa umur dia 5 tahun baru bawak naik flight pi Sarawak..so x rasa la tantrum dia ke apa..lebih kepada dia excited je..la ni umur dah nak masuk 13 tahun dah dia..ari tu terpaksa batal pi Langkawi semata- mata mama dia ni sibuk..tiket dah beli pun burn jer macam tu...

    ReplyDelete
  5. seronoknya dia naik aeroplane... sy tabik la dkt kaum ibu yg bwk anak kecik sorg2 p travel terutama naik kete...

    ReplyDelete
  6. besnya dak zafran..kocik2 dah naik kapal torobang

    ReplyDelete
  7. tergeliat urat kentut uruskan budak2 ni, hari tu zie lg, my kids keep asking 'aeroplane ni jatuh tak' kita sebgai mak2 ni pun seriau jugak nak naik bila budak2 ada insting macam tu, tp lepas tu ok je..mula2 nak fly je fikir macam2..hahaa

    ReplyDelete