Celebrated May Birthday Babies On April Fool's Day At Medan Ikan Bakar Pantai Jeram

Celebrated May Birthday Babies On April Fool's Day At Medan Ikan Bakar Pantai Jeram

Apasal macam tak synchronize bulan-bulannya. Birthday mak abah yang sama-sama pada bulan Mei tapi disambut pada hari April Fool (1st April). Kalau dah nama April Fool of course pada bulan Aprillah. Kata abah, nak kena pada hari April Fool jugak sebabnya time ni jea semuanya available. Lepas tu, dah susah nak kumpulkan semua gediks family members. Actually, Dak Mus seorang jea yang susah nak free. Sekarang walaupun Dak Mus tengah mid sem break, cuti setakat seminggu sahaja. Lepas tu, next cuti adalah dah nak raya nanti. Even cuti seminggu ini pun, hari keempat Dak Mus dah nak bercuti di Korea dah. Nak jumpa Kim Jong Un katanya. Eh tak. Jong Un ni North Korea and nak buat apa jumpa pemimpin kuku besi. Nak jumpa Lee Min Hoo, yang betulnya.  Ahaks.


Celebrated May Birthday Babies On April Fool's Day At Medan Ikan Bakar Pantai Jeram
Dak Zafran dah malas nak pandang kamera.. 

Family dinner macam biasalah makan di tempat favourite abah iaitu kedai ikan bakar. Kali ni makan ikan bakar di Medan Ikan Bakar Pantai Jeram. Dah taknak makan di Aroma Ikan Bakar sebab tak kena dengan taste kitaorang.  Dah sampai & selepas order, pergi ke Pantai Remis sekejap untuk menikmati  permandangan pantai. Bila dah di Pantai Remis, tengok-tengok pasir pantai tak ada. Tak berapa nak ada rupa pantai, Pantai Remis ni. Tapi still ada tiupan angin yang segar serta deruan bunyi ombak yang dapat mendamaikan jiwa dan ragaku. Ayat piutis bebenar, boleh lulus cemerlang kalau ambil paper kesusasteraan melayu ni. Ahaks.
Celebrated May Birthday Babies On April Fool's Day At Medan Ikan Bakar Pantai Jeram
Ntah apa-apa posisi kaki saya ni

Dah lepak & selpik di tepi pantai, pergi masuk balik ke kedai untuk makan. Kitaorang order siakap 3 rasa, jenahak bakar, siakap stim, sotong goreng tepung, udang goreng tepung, telur dadar, kailan ikan masin & kerang rebus. Dapat- dapat semua yang order, Zup Zap Zup Zap. Tak sampai setengah jam, semuanya licin macam kepala bapak mertuaku bak kata P. Ramlee dalam filem Tiga Abdul. Ahaks.


Celebrated May Birthday Babies On April Fool's Day At Medan Ikan Bakar Pantai Jeram
Siakap tiga rasa


Celebrated May Birthday Babies On April Fool's Day At Medan Ikan Bakar Pantai Jeram
Jenahak bakar

Celebrated May Birthday Babies On April Fool's Day At Medan Ikan Bakar Pantai Jeram
Siakap Stim


Celebrated May Birthday Babies On April Fool's Day At Medan Ikan Bakar Pantai Jeram
Udang goreng tepung


Celebrated May Birthday Babies On April Fool's Day At Medan Ikan Bakar Pantai Jeram
Sotong goreng tepung


Dah habis makan, terus balik. Taknak lepak lama-lama. Nak avoid berada di luar time waktu Maghrib. Dapat duduk dalam kereta sebelum azan Maghrib pun ok dah. Yang anak kecil jea tahu apa purpose buat macam ni. 




Celebrated May Birthday Babies On April Fool's Day At Medan Ikan Bakar Pantai Jeram
Tak sempat nak selpie, semua dah makan dulu


To Mak & Abah, happy advanced birthday to both of you. Semoga mak and abah sentiasa sihat walafiat, diberikan rezeki yang banyak & sentiasa dirahmati oleh Allah SWT.


P/S: Tajuk entri ada letak April Fool tak bermakna saya menyambut Hari April Fool yea.

Share this:

, , ,

CONVERSATION

14 comments:

  1. seronok kan bila dapat makan bersama-sama dgn keluarga sambil gebang-gebang, gurau senda...bahagia sekali kan

    ReplyDelete
  2. berliur terus tgk makanan tu..nyummy2

    ReplyDelete
  3. Sotong goreng tepung tuu buat tetiba rasa lapar! Nampak ranggup nya!
    Huhuu

    ReplyDelete
  4. sedap makan kat sini .. tapi 3 thn lepas kut pergi hehehe.

    ReplyDelete
  5. Ana pun dah tak suka rasa dekat aroma tu. Mula2 pergi dulu ok lagi. Lepas tu rasa dia dah tak sedap. Terus tak nak pergi dah. Mahal pulak tu. Huhu

    ReplyDelete
  6. syoknyaaa. lama tak makan seafood ni :D

    ReplyDelete
  7. Wahh elsa dah lama tak makan dekat sini! Dah lah tengah lapar nie hahaha

    ReplyDelete
  8. lamanya Liez tak makan ikan bakar ditepi pantai... sedapnya dapat pulak kena tiupan angin sepoi2 dan dengan keluarga tersayang pulak...

    ReplyDelete
  9. Pemes jugak tempat makan nih... Selalu dah dengar... Tak pernah try lagi... Sotong tu buat Mak Yong terliuq... Huwaaa...

    ReplyDelete
  10. Jenahak bakar, sotong goreng tepung sodappp <3

    ReplyDelete
  11. Bole fikir tempat untuk celebration seterusnya

    ReplyDelete
  12. hari tu tgok kat iq, kemain sedap..hihii

    ReplyDelete
  13. pembetulan IG (insta) haha. xder function edit pulak..hahaa

    ReplyDelete