28 April 2017

Akad Nikah Diawalkan Sebab Kepadatan Jadual Tok Kadi



Ambik kau, padat bebenor jadual Tok Kadi(jurunikah) sampai tarikh akad nikah Yob Fitri, terpaksa diawalkan 5 hari. Haha..Tak adalah..drama sangat ayat ni ahaks. Ceritanya gini. Yob Fitri patutnya nikah pada 29hb April iaitu pada hari Sabtu. Waktu yang Yob dapat book tok kadi adalah pada pukul 12pm sebab tok kadi nak kena nikahkan banyak pasangan lain pada hari yang sama.  Begitu padatkan jadual beliau. Lepas akad nikah ada majlis resepsi belah perempuan. Boleh imagine lahkan akan jadi rushing nanti.



Tapi dapat rezeki ke Yob bila kerajaan ada mengishtiharkan 24hb sebagai hari cuti umum, iaitu 5 hari sebelum tarikh confirm akad nikah Yob.  Cuti umum ini adalah untuk Istiadat Pertabalan Yang Di Pertuan Agong.  Apalagi side perempuan terus tukar ke tarikh cuti umum untuk pertabalan Agong. So, hari Sabtu nanti dah tak perlu buat majlis akad nikah. 24hb just tumpu pada akad nikah sahaja & 29hb boleh tumpu untuk majlis persandingan belah perempuan sahaja. Dah tak ada rushing sangat dah. Itulah, bila nak melakukan perkara yang baik. pasti akan datangnya rezeki yang tidak disangka-sangka. Macam Yob Fitri. dah nak dekat majlis, ada cuti umum. So, dapat asingkan majlis akad nikah & majlis persandingan pada hari cuti yang berlainan.


Gitulah ceritanya. Ramai pasangan nak kahwin sampai padat jadual jurunikah. Setan-setan kerja duk menangis-nangis ajelah sampai dah tak keluar air mata dah. Ahaks. To Yob Fitri & Wife, Selamat Pengantin Baru & semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

Daily Pageviews Penselduabee Cecah Ribu Riban

Daily Pageviews Penselduabee Cecah Ribu Riban
Pageviews on 24th April 2016: 2273pv

Gosok-gosok mata sedikit.Cubit lengan sedikit. Betul ni, bukan mimpi. Biar betik dah beberapa hari pageviews mencapai ribu riban. Sebelum ni nak dapat 500 pun payah. Ini ada hari yang capai 4k pv.

Daily Pageviews Penselduabee Cecah Ribu Riban

Pageviews on 26th April 2016: 4643pv

Bila tengok banyak hari pageviews penselduabee mencapai ribu riban, rasa lebih bersemangat untuk berblogging secara konsisten & lebih serius.Saya tahu pageviews ribu-riban ini tak akan lasting sebab kena sentiasa rajin update blog. Kalau malas & blog dibiarkan bersawang, mulalah pv drastically drop. Hope perkara sedemikian tidak akan berlaku.

Lepas ni, target daily pageviews penselduabee capai puluh-puluh k pulak. Kena double and triplekan usaha lagi ni.

Muhibbah Makan Place│ New Food Court At Plaza Alam Sentral

Muhibbah Makan Place│ New Food Court At Plaza Alam Sentral

Kalau nak tahu Plaza Alam Sentral sekarang dah ada medan selera sendiri dah. Majlis perasmian bagi pembukaan Muhibbah makan place ini telah diadakan pada 22 April lepas. Majlis perasmiannya tersangatlah havouc. Mana tak havouc nya. Siap ada persembahan daripada dua artis AF iaitu Maulana dan Aisyah. Para pengunjung juga boleh menikmati hidangan yang disediakan tanpa had. Dan paling best, pelbagai jenis hadiah yang menarik diberikan kepada pengunjung-pengunjung yang bertuah. Saya apalagi memang tidak lepaskan peluanglah untuk menyertai  majlis pembukaan ini. Dengan Kimchi & Dak Zafran pun turut serta bersama dengan saya.

Muhibbah Makan Place│ New Food Court At Plaza Alam Sentral
 Kiosk Nasi Kukus

Muhibbah Makan Place│ New Food Court At Plaza Alam Sentral
Kiosk-kiosk yang lain

Muhibbah Makan Place│ New Food Court At Plaza Alam Sentral
Beverage kiosk

Kalau dah nama medan selera semestinya terdapat banyak kiosk, yang setiap satunya menyediakan hidangan yang berbeza-beza. Hidangan yang disediakan adalah Curry Laksa, Maggi Kari Letam, Khap Pao Chicken Rice With Egg, Nasi Kukus Pandan Ayam Goreng Berempah, Sizzling Beef Yee Mee With Egg dan banyak lagi. Semuanya tersangatlah lazat kebaboom.

Muhibbah Makan Place│ New Food Court At Plaza Alam Sentral
 Media yang dijemput dapat menu VVIP. Boleh order mana-mana menu yang nak, order berkali-kali pun boleh

Muhibbah Makan Place│ New Food Court At Plaza Alam Sentral
 Kambing bakar

Muhibbah Makan Place│ New Food Court At Plaza Alam Sentral
Sizzling Lamb Rice with eggs

Muhibbah Makan Place│ New Food Court At Plaza Alam Sentral
Sate

Muhibbah Makan Place│ New Food Court At Plaza Alam Sentral
My favourite: Cendolsss

Muhibbah Makan Place adalah merupakan usaha sama  2 chef yang sangat hebat iaitu Chef Wan dan Chef Bala bagi meningkatkan peluang pekerjaan kepada peniaga makanan jalanan yang muda dan juga memiliki bakat yang besar. Usaha mereka mencapai kejayaan apabila menemui  peniaga jalanan yang mampu menghasilkan hidangan berkualiti tinggi.   Chef Wan & Chef Bala bersama-sama membimbing peniaga jalanan ini agar kualiti hidangan yang dihasilkan olehnya meningkat ke tahap lebih tinggi.

Muhibbah Makan Place│ New Food Court At Plaza Alam Sentral
With Chef Bala & Chef Wan

So inspirational apa yang telah dilakukan oleh Chef Bala & Chef Wan. Semoga Chef Bala & Chef Wan terus sukses dalam bidang F&B, dan Muhibbah F&B Sdn Bhd terus maju hingga ke peringkat antarabangsa.  Di Malaysia sendiri, Chef Bala & Chef Wan  sudah pun  berjaya  mengendalikan perniagaan katering milik mereka sendiri di syarikat korporat & menghidangkan kepada lebih daripada 3000 pekerja setiap hari. Selain itu Chef Bala & Chef Wan juga memiliki pejabat komersial di Puchong dan beberapa corporate kitchens.

Sesiapa yang nak mencuba keenakkan menu di Muhibbah Makan Place, boleh pergi ke tingkat paling atas Plaza Alam Sentral iaitu tingkat 5. Nak tahu lebih details mengenai Muhibbah Makan Place, boleh layari di

FB: Muhibbah Makan Place
Website: http://www.muhibbahfnb.com/

Muhibbah Makan Place│ New Food Court At Plaza Alam Sentral
Dari kiri: Chef Wan, Aisyah Af, Maulana AF, Chef Bala
(Gambar dari FB Muhibbah Makan Place)

26 April 2017

More Than 55% Off For Takeaway/Dine-In Domino's Regular Pizza. Promo Available From 25/4/17 Until 28/4/17

http://penselduabee.blogspot.my/2017/04/1st-giveway-by-fws.html

Buat penggemar Domino's Pizza, inilah masanya utk menikmati pizza kegemaran dengan diskaun lebih daripada 55% untuk set regular pizza(take away/dine-in).. Terhad sehingga 28/4/17 sahaja. 

Cara untuk mengunakan promo ini, hanya perlu menunjukkan printscreen SMS daripada Domino's seperti di bawah, di kaunter dan sebut promo code SMT8 apabila diminta code.

http://penselduabee.blogspot.my/2017/04/1st-giveway-by-fws.html

Jadi apalagi, cepat-cepatlah pergi ke Domino's Pizza yang berdekatan supaya tidak terlepas peluang menikamati regular pizza promosi ini.

21 April 2017

Myself As A EHS Trainer In ALH

Bila dah kena incharge EHS (Environmental, Health & Safety)  jugak, training yang berkaitan dengan EHS  sayalah yang kena sediakan kepada semua ALH staff & workers.


Sebelum ni, semasa saya cuma pegang title Chemist, saya hanya provide training yang berkaitan dengan jobscope saya sahaja. Contohnya adalah Chemical Management, Chemical Spillage Drill & ICP testing.

 Chemical Management & Spillage Emergency Procedure Training


 Paham ke dok diaorang ni. Dahi berpeluh dah..

 Latihan untuk tindakan kecemasan jika berlaku pertumpahan bahan kimia

Haaa..betullah tu kena buat macamtu. Nasib baik pandai korang semua ni.

Start tahun ini, current title dah kena tambah “cum EHS”. Saya pulak satu-satunya certified first aider yang ada di ALH. Jadi lagi banyak training saya kena organize iaitu First Aid Awareness Training, PPE (Personal Protective Equipment) Training & Fire Drill. Semua training yang saya sebut ni, saya kena buat setiap tahun.

First Aid Training

 Tengah explain cara rawatan kebakaran dan melecur

buat-buat faham ajelah uolss

Ginilah keadaan bila company mengambil langkah untuk berjimat-cermat sementara tunggu ekonomi global betul-betul stabil (statement ni buat iolss rasa economist sangat. ahaks). Staff yang sama yang kena provide hampir semua training yang wajib buat di ALH. 

Tak apalah. Bagus untuk saya jugak bila selalu kena jadi trainer. Saya akan selalu bercakap di hadapan orang ramai walaupun hadapan orang ramai tu tak adalah ramai mana sebab staff yang ada ciput jea. Ahaks. Tapi still boleh menaikkan saya punya confident level & improve speech skills. Always think positive. hehe

Jom join Giveaway Jiakreatifelt!

Click above banner to join GA
GA ends on 27/4/17

19 April 2017

My First Flight Experience Together With Dak Zafran

My First Flight Experience Together With Dak Zafran

First flight saya dengan Zafran adalah penerbangan  ke Langkawi & return.  Dahlah flight ni adalah yang first untuk Dak Zafran. Lepastu Kimchi pulak tak ada bersama. Really really cut my nerves.

Sebelum nak naik penerbangan inipun, dah macam-macam laluan sukar terpaksa saya tempuhi. Beberapa hari sebelum nak naik flight, Dak Zafran terjatuh & tak boleh berjalan. Masa tue ingat just cramp or terseliuh. Doktor juga yang mengesahkan macamtu.  Rupa-rupanya ada crack. So lousy that doctor. Tapi maybe adalah hikmah jumpa doctor lousy tue. Cuba imagine time tue jugak dah tahu kaki Dak Zafran crack. Confirm time tue jugak bawak pergi pasang simen. Kalau kaki Dak Zafran bersimen,  memang taklah saya nak bawak Zafran naik flight. Burn ajealah semua yang dah booking iaitu flight ticket & hotel room. Hikmah ter’refer’ dengan lousy doctor  supaya saya & Dak Zafran dapat naik flight & bercuti di Langkawi. Haha. Zafran tak boleh berjalan, still boleh handle. Itu gunanya foldable lightweight stroller yang Kimchi beli di Lazada. Guna stroller untuk carry Dak Zafran hinggalah ke pintu flight.

Sampai-sampai airport ada lagi beberapa obstacles. First, baru perasan flask air panas tertinggal. Dalam banyak-banyak barang Zafran, flask air jugak yang tertinggal. What is really really wrong with me? Entohlerr..  Tak tau macam mana tak ada di dalam beg susu. Padahal punya perfect segala kelengkapan mak nenek barang Zafran yang saya bawa. Ada juga barang tertinggal. Yang paling penting pulak tue. Inipun still boleh handle. Di airport, boleh minta air panas di McD. Di dalam flight pun sama. Dah di Langkawi nanti beli ajelah flask baru.

My First Flight Experience Together With Dak Zafran
Dak Zafran dah boshan.. Ipadlah penyelamat keadaan.

Second obstacle, dah saya cerita pada entri sebelum ni, kena tahan di sekuriti. Boleh klik SINI untuk baca entri kenapa ditahan daripada naik penerbangan ke Langkawi.   Ini last minute dapat solve this problem. Time stuck di sekuriti, Dak Zafran tak berhenti-henti melalak. Ditambah pulak he is in pain. Berhenti melalak masa berlari untuk kejar sebelum gate ditutup. Thanks to Mak, Abah & Didi sebab temankan saya & Dak Zafran hingga ke saat-saat dibenarkan melepasi sekuriti airport.

Dah check in di gate, Dak Zafran excited sangat bila tahu dia akan naik aeroplane. Stop sekejap tantrum nya.  Lepas tu seat dia di tepi tingkat. Lagilah dia excited tengok aeroplane. Flight dah berlepas, lepas 10 minit Dak Zafran dah bosan. Terpaksalah bagi di Ipad sebelum dia mengamuk..

My First Flight Experience Together With Dak Zafran
Boarding pass balik ke Kl

Untuk penerbangan balik pula, not so much difficulties I had to face . Di airport, Kimchi pun temankan sehingga betul-betul gate dibuka.  Jarak antara sekuriti check & gate tak jauh pun di Langkawi aiport. Kalau KLIA, mak aiiiii. Tak terkata-kata kejauhannya. Settle di sekuriti check terus pergi gate & terus naik flight. Di dalam flight pulak, ada tv di setiap seat. Dak Zafran kerja duk main remote & tengok kartun di TV sepanjang-panjang dalam flight. Tak adalah cepat sangat bosan.  Dah betul-betul nak landed  baru Dak Zafran mula panas punggung. Nasib baik dah nak sampai pun.

Masa dah ambil lungage, masa ni rasa super woman sangat iolsss. Haha.Why I say like that? Sebabnya sebelah tangan carry lungage & sebelah tangan lagi tolak stroller. Mula-mula tak dapat nak biasakan diri nak tolak stoller & carry lungage serentak. Stoller out of control sekejap sehingga makin lama makin menyenget. Hampir nak terkena orang pun ada. Yeala. Memang susahlah nak tolak stoller sebab tangan sebelah kena tarik lungage.  Tapi bila dah dapat rentak, barulah dapat control tarik lungage &  tolak stroller pada jalan yang lurus. Ahaks. Thanks to airport floor sebab sangat licin. Haha.

My First Flight Experience Together With Dak Zafran
Flight balik pulak yang lagi canggih. Siap ada  tv di setiap seat

Phewww..  penerbangan setakat sejam dah ada macam-macam pancaroba. Cuba kalau penerbangan berjam-jam macam nak pergi London tue. Mahu kena royan walaupun bukan time pantang. Haha. Tak adalah.. Kalau penerbangan yang lama, pandai-pandai cari cara handle tantrum toodler macam Dak Zafran. Lagipun Dak Zafran meragam masa di airport & meragam pun sebab kakinya sakit. Dalam flight, tak ada pun melalak ke apa.   Actually Dak Zafran tak meragam pun di Langkawi airport. Mood baik kot sebab dah bercuti di Langkawi sampai dah tak ingat yang kakinya sakit. Kadang-kadang confuse jugak dengan Dak Zafran ni. Masa di KLIA, ingat dia mengamuk sebab rasa sakit. Tapi ni di Langkawi airport, langsung tak menangis pun. Maknanya, ikut Dak Zafranlah  nak mengamuk bila-bila masa yang dia nak, with or without reason. Itulah yang dinamakan tantrum. Haha..

Macam inilah apa yang mak abah rasa dahulu. Masa flight balik dari US ke Malaysia, saya yang baru berumur nak masuk 2 tahun, menangis-nangis sepanjang-panjang  dalam flight. Berhenti kalau tidur jea. Terjaga sambung melalak balik. Sebab saya menangis maybe terasa pressure di telinga. Difficulty yang mak & abah face dahulu, sekarang saya face dengan anak saya pulak.

My First Flight Experience Together With Dak Zafran
No matter how much annoying tantrum you throw, i will always love you forever and ever.

Teringat ada baca entri Ben Ashaari pasal ragam anak ni. (Boleh klik entri SINI kalau nak baca full entri Ben Ashaari ni) . Ragam anak inilah mengingatkan saya pada jasa & pengorbanan yang mak abah berikan kepada saya. Bertapa mereka berdua bersabarnya  melayan kerenah saya. Memang yang ragam yang saya cerita tadi saya baru berumur 2 tahun tapi bukan setakat itu sahaja. Ianya berterusan hingga dewasa & kadang-kadang menguriskan hati mereka pun ada. Memang susah mak abah nak handle saya dahulu. huhu. Semoga sentiasa berterusan membalas jasa-jasa mereka. Semoga jugak saya belum lagi terlewat membentuk akhlak Zafran & adik Zafran (tak. saya tak pregnant. Zafran memang akan ada adik. just belum tiba masanya lagi..hehe) supaya menjadi lebih baik daripada saya.

So, how’s my first flight experience together with my cheeky son? It is a little bit tough & challenging but i still can handle it. Rasa superwoman sangat sampai rasa dah boleh ganti Najib dah. Heh..

14 April 2017

Jangan Guna Giovanni Frizz Be Gone Hair Serum Jika..



Jika mempunyai rambut kering seperti rambut saya. Kesannya selepas beberapa kali penggunaan hair serum ini, mula-mula rambut jadi bertambah kering. Yang paling teruknya rambut mula beruban seurat demi seurat. Inilah yang terjadi pada rambut saya. Huhu.

Sebelum ni saya tak pernah pun mengunakan hair serum. Satu brand pun tak pernah.  Tapi bila setiap kali potong sambut dengan hair stylist yang sama, dia mesti advise pakai conditioner ataupun hair serum supaya rambut maintain lembap. Tak kering.  Rambut saya ni kalau kering, mulalah mengerbang mengalahkan rambut singa jantan. Dia bukanlah nak promote produk kedai dia ke apa. Dia pun advise general jea. Tak ada pun mention apa-apa brand.

Dah selepas banyak kali advise, saya carilah hair serum supaya rambut kekal lembap & sihat. Setelah survey beberapa brand di kedai Sasa & minta advise sekali dari promoter, saya belilah brand Giovanni  frizz Be Gone.  Rasa yakin dengan hair serum ini sebabnya adalah produk organic , 100% Vegetarian dan tiada  harmful chemicals. Itu apa yang saya baca yang tertera di description hair serum inilah. Selain itu juga mempunyai fungsi sama seperti conditioners & sesuai untuk semua jenis rambut terutamanya rambut kering.

Tapi tuela, tak sampai suku botol pun pakai, rambut mula beruban & semakin bertambah. Sebelum ni tak ada pun. Dah uban makin bertambah, saya pun stoplah penggunaan hair serum ni. Kan nanti jadi macam rambut Richard Gere. Semuanya putih. Umur belumlah lagi 30 tahun.

Check di internet, nak investigate kenapa hair serum ni tak sesuai untuk rambut saya. Terjumpa honest review Frizz Be Gone di blog Sunshine  Diva Gaganpreet. Perkara yang sama jugak terjadi pada writer ni. Rambut mula beruban dan lain-lain lagi. Boleh klik SINI atas untuk baca details reviewnya. Writer ini memberitahu yang Hair Serum ni mengandungi dimethicone (silicon oil). Jika dimethicone (silicon oil) ada pada rambut, akan terbentuk satu lapisan seperti plastic pada rambut. Rambut sepatutnya boleh menyerap kelembapan semula jadi di udara. Tapi disebabkan ada lapisan seperi plastic ni, rambut tidak dapat lagi boleh menyerap kelembapan semula jadi seterusnya rambut yang sudah sedia kering menjadi lebih teruk iaitu uban. Rambut yang sudah sedia sihat & lembap, mungkin tak akan ada kot dapat kesan ni. Kalau rambut saya terus jadi uban. 

Pengajarannya, sebelum nak beli apa-apa produk, produk kecantikan ke, gadjet ke,apa-apa jealah, bacalah dahulu honest review di internet. Luangkan sedikit masa untuk buat study dahulu sebelum membuat pembelian. Sekarang ni dah ramai yang suka share pengalaman & pandangan di internet mengenai produk-produk yang mereka beli tanpa keuntungan kepada mana-mana pihak.  Dah tak boleh dah bergantung kepada description yang ada di produk container, iklan ataupun kata-kata promoter.  Itu lebih kepada kelebihan/keuntungan sebelah pihak sahaja. Kenalah buat macamni sebab yang nak mengunakan produk-produk yang kita beli ni adalah diri kita. Yang akan menanggung kesan penggunaan produk pun diri kita jugak. Jadi renung-renungkanlah yea.

13 April 2017

Kuih Sagu Mak Kau Hijau!



Selalu tengok kuih sagu warna merah. Yang saya buat ni bewarna hijau. Warna parti pembangkang sangatkan.

Saja cuba mehipsterkan kuih sagu. Barulah nampak kelainan. Heh heh heh. Hipsterlah sangat. Setakat tukar kepada warna hijau,  tang mananya hipster. Hipster ni , inovasinya melampau-lampau. Kadang-kadang tak boleh diterima dek akal pun ada. Contoh kalau nak buat sagu hipster macam warnanya pelangi. Takpun digaul/ditabur cheese(erkkk). Haaa...itu baru layak dipanggil hipster. Haha.


Kuih Sagu ni kuih kedua simple nak buat selepas jemput-jemput. Resipe nak buatnya adalah di bawah.


1 cawan sago

3 cawan air
3/4 cawan gula
kelapa putih & sedikit garam- gaul

Cara-caranya

1. Rendamkan sagu dengan air dahulu
2. masakkan sagu di kuali mengunakan api perlahan
3. Bila dah pekat sedikit, masukkan gula.
3. Kacau lagi sehingga masak. Cara nak tahu dah masak, warna-warna putih-putih dah tidak kelihatan
4. Bila dah masak, letak dalam loyang
5. Sejukkan sagu di luar. Bila kuih masih lembap, potong ikut citarasa and gaulkan bersama sama kelapa putih. 

First attemp saya buat kuih sagu memang nampak sedikit-sedikit warna putih. Mungkin sebab pada mulanya saya guna 2 cawan air. Bila tengok resipe yang dikongsi oleh Azie Kitchen, rupa-rupanya kena guna 3 cawan air. Tak apa, next time kalau ada buat lagi, confirm jadi punya. Satu lagi, kuih sagu warna hijau bukan sebab nak kelainan ke apa. Memang sagu saya beli warnanya hijau. hehe.

10 April 2017

Jemput Godikz Siblings Balik Dari South Korea di KLIA2

Jemput Godikz Siblings Balik Dari South Korea di KLIA2

Itu ajela Den mampu buat. Tak dapat join Family Enon travel di Korea, jemput diaorang di KLIA 2 pun jadilah..hehe. Nak jea join diaorang. Tapi biasalah kewangan tak berapa nak stabil. Dengan nilai mata wang RM kerja nak turun jea. Tambah lagi, asyik-asyik ada announce kenaikkan harga itu & ini. Eh, kadang-kadang tak ada announcement pun. Tiba-tiba  tengok petrol station penuh. Ada sekali racking minyak masak di semua kedai kosong. Kalau insiden-insiden pelik sedemikian berlaku, itu petanda harga nak naiklah tue. Jadi buat masa sekarang kena hold dahulu niat untuk bercuti di oversea. Nak bercuti di oversea ni, kenalah tunggu…tunggu sampai apa yea. negara dah stabil dahulu ke? Atau nilai mata wang ringgit semakin pulih? Rasanya macam susah nak berlaku.

Jemput Godikz Siblings Balik Dari South Korea di KLIA2
Sementara menunggu, selpik dulu


Jemput Godikz Siblings Balik Dari South Korea di KLIA2
Sori, mak..gambar shakingla pulak..

Saya dah pernah sampai Korea Selatan pun. Masa zaman sebelum kahwin dahulu. Backpacker dengan geng coursemate Kimia. Tapi kalau tak pernah pergi Korea pun, maybe still tak join jugak vacation diaorang ni. Macam saya cakaplah kewangan belum kukuh lagi. Tak apalah ada rezeki, sampailah oversea nanti. 

Jemput Godikz Siblings Balik Dari South Korea di KLIA2



Many thanks to Godiks, belikan macam-macam souvenirs dari Korea yang sangat-sangat best. Ingat jugak korang kat kaklong sefemili especially Dak Zafran. Hehe..

Jemput Godikz Siblings Balik Dari South Korea di KLIA2

8 April 2017

Cuba Masakan Kam Heong di Mohd Chan Restaurant, Setia Alam

Member office ada cerita kalau setiap kali makan di restoren cina muslim, suka order ayam Kam Heong. Ada seorang lagi pun cakap suka order masakan Kam Heong kalau makan di kedai ikan bakar. Saya pulak blur-blur Kam Heong ni macam mana rupa & rasanya. Nampak sangat iolsss sangat economical kan.  Jarang makan luar sampai Kam Heong pun saya tak kenal. Padahal Kam Heong bukannya menu baru pun. Taklah tu bukannya economical. Itu namanya buta dapur. Ahaks.

Cuba Masakan Kam Heong di Mohd Chan Restaurant, Setia Alam
Nak jugak guna magic filter ni.


Ada satu weekend haritu rasa malas nak masak. Ajaklah Kimchi makan di luar. Nak try masakan Kam Heong di kedai Cina Muslim. Pilih makan di Mohd Chan Restaurant sebab ni jea kedai Cina Muslim yang dekat dengan Tesco. Lepas makan, boleh terus shopping barang dapur di Tesco ni.


Cuba Masakan Kam Heong di Mohd Chan Restaurant, Setia Alam
 dim sum chicken salted egg


Nak sangat makan masakan Kam Heong, saya & Kimchi sama-sama order masakan Kam Heong. Saya order Nasi Masak Kam Heong  Ayam while Kimchi order Nasi Goreng Kam Heong Special. Then order dim sum chicken salted egg untuk appitizer.


Cuba Masakan Kam Heong di Mohd Chan Restaurant, Setia Alam
Nasi Masak Kam Heong  Ayam


Dapat-dapat jea saya punya Kam Heong, first expression Kam Heong ni lebih kurang macam masak bali. Ada daun kari & kuah kicap. Kalau sekali tengoklah. Bila tengok lama-lama, lainlah dengan masak bali. Kuah Kam Heong lagi pekat & tak ada guna serai. Rasa kari Kam Heong lagi kuat sebab ada guna serbuk kari dalam kuahnya.. Yang Kimchi punya Kam Heong, lain pulak. Lebih kurang macam nasi goreng kicap yang ada udang sebagai topping. Rasanya mak aiii sangat pedas. Potongan cili padi dalam nasi goreng ni boleh tahan jugak banyaknya. Jenuh Kimchi duk buang satu-satu cili padi ni. Tapi dua-dua yang kitaorang order ni sedap jea.


Cuba Masakan Kam Heong di Mohd Chan Restaurant, Setia Alam
 Nasi Goreng Kam Heong Special


Tengok resipe di Google tak susah pun nak buat Kam Heong ni. Lebih kurang macam masak Bali. Bahan-bahannya jea yang banyak tak ada di dapur seperti udang kering, minyak bijan & kicap cair (ado kicap biasa jea). Bahan yang lain semua ada seperti sos tiram, kicap pekat, daun kari & etc. Next time rasa nak makan Kam Heong lagi, bolehlah cuba buat. Tapi kalau malas nak beli bahan yang setakat nak masak Kam Heong ni jea (macam minyak bijan), pergi sahajalah makan di Mohd Chan lagi. Hehe.

5 April 2017

Penulisan Blog Nampak Lebih Kemas Dengan Cara Justify Text Di Blog Post

Rakan blogger KBBA iaitu Kak Nina telah memberi komen yang membina untuk penambahbaikkan penulisan blog saya. Kak Nina menyarankan untuk justify text untuk blog post / entri (keseluruhan blog / template) supaya nampak lebih kemas. Mula-mula saya tak faham apa benda justify blog ini. Apa yang tak kemas dengan blog saya. Siap pm tepi Kak Nina minta dia explain. Rupa-rupanya kalau tak justify, blogpost akan kelihatan seperti di bawah.

Penulisan Blog Nampak Lebih Kemas Dengan Cara Justify Text Di Blog Post

Baris-baris di kanan tak sama. Macam ular kena patuk..eh tak..kena palu pun ada.

So, untuk nampak lebih kemas, saya cari di google untuk cara justify text untuk blogpost & cara yang saya jumpa tersangatlah senang rupanya. 

Cara-caranya ialah:

1. Click Dashboard
2. Click Theme
3. Click Edit HTML
4. Click CTRL + F
5. Taip atau paste perkataan ni.... .post { 
6.   Dah jumpa perkataan tu.. taip atau paste perkataan ini pula text-align:justify; di bawah perkataan .post { tadi
Contoh:
.post {
text-align:justify;
atau

.post {
margin:.5em 0 1.5em;
border-bottom:1px dotted $bordercolor;
padding-bottom:1.5em;
text-align:justify;
}
7.  Sebelum save preview dahulu. Dah ok. Barulah Save Template. Semua post termasuk yang lepas-lepas akan autojustify.

Bila dah justify, hasilnya blog akan kelihatan lebih kemas seperti di bawah.

Penulisan Blog Nampak Lebih Kemas Dengan Cara Justify Text Di Blog Post
Lebih tersusun & sedap mata memandang. Ihiks


Ada satu lagi cara untuk justify text iaitu cara manual. Sebelum tulis entri, set alignment justify. Thanks to blogger Ana for remind me of this method. Ada terbaca cara manual lagi better compare to automatic (edit html). Sebab tak habis baca, so tak tahu apa kelebihannya. Ahaks. Mula-mula dah nak buat cara manual. Tapi tak jadi sebab entri-entri lama pun nak kena satu-satu manually justify, yang ada lebih 300. Just guna cara auto, yang saya share di atas.

Kredit to blogger Ummi Iman untuk cara justify blogpost ini. Tak lupa juga terima kasih kepada Kak Nina kerana sudi memberi saranan supaya memperbaiki kekemasan penulisan blog saya.

3 April 2017

Celebrated May Birthday Babies On April Fool's Day At Medan Ikan Bakar Pantai Jeram

Celebrated May Birthday Babies On April Fool's Day At Medan Ikan Bakar Pantai Jeram

Apasal macam tak synchronize bulan-bulannya. Birthday mak abah yang sama-sama pada bulan Mei tapi disambut pada hari April Fool (1st April). Kalau dah nama April Fool of course pada bulan Aprillah. Kata abah, nak kena pada hari April Fool jugak sebabnya time ni jea semuanya available. Lepas tu, dah susah nak kumpulkan semua gediks family members. Actually, Dak Mus seorang jea yang susah nak free. Sekarang walaupun Dak Mus tengah mid sem break, cuti setakat seminggu sahaja. Lepas tu, next cuti adalah dah nak raya nanti. Even cuti seminggu ini pun, hari keempat Dak Mus dah nak bercuti di Korea dah. Nak jumpa Kim Jong Un katanya. Eh tak. Jong Un ni North Korea and nak buat apa jumpa pemimpin kuku besi. Nak jumpa Lee Min Hoo, yang betulnya.  Ahaks.


Celebrated May Birthday Babies On April Fool's Day At Medan Ikan Bakar Pantai Jeram
Dak Zafran dah malas nak pandang kamera.. 

Family dinner macam biasalah makan di tempat favourite abah iaitu kedai ikan bakar. Kali ni makan ikan bakar di Medan Ikan Bakar Pantai Jeram. Dah taknak makan di Aroma Ikan Bakar sebab tak kena dengan taste kitaorang.  Dah sampai & selepas order, pergi ke Pantai Remis sekejap untuk menikmati  permandangan pantai. Bila dah di Pantai Remis, tengok-tengok pasir pantai tak ada. Tak berapa nak ada rupa pantai, Pantai Remis ni. Tapi still ada tiupan angin yang segar serta deruan bunyi ombak yang dapat mendamaikan jiwa dan ragaku. Ayat piutis bebenar, boleh lulus cemerlang kalau ambil paper kesusasteraan melayu ni. Ahaks.
Celebrated May Birthday Babies On April Fool's Day At Medan Ikan Bakar Pantai Jeram
Ntah apa-apa posisi kaki saya ni

Dah lepak & selpik di tepi pantai, pergi masuk balik ke kedai untuk makan. Kitaorang order siakap 3 rasa, jenahak bakar, siakap stim, sotong goreng tepung, udang goreng tepung, telur dadar, kailan ikan masin & kerang rebus. Dapat- dapat semua yang order, Zup Zap Zup Zap. Tak sampai setengah jam, semuanya licin macam kepala bapak mertuaku bak kata P. Ramlee dalam filem Tiga Abdul. Ahaks.


Celebrated May Birthday Babies On April Fool's Day At Medan Ikan Bakar Pantai Jeram
Siakap tiga rasa


Celebrated May Birthday Babies On April Fool's Day At Medan Ikan Bakar Pantai Jeram
Jenahak bakar

Celebrated May Birthday Babies On April Fool's Day At Medan Ikan Bakar Pantai Jeram
Siakap Stim


Celebrated May Birthday Babies On April Fool's Day At Medan Ikan Bakar Pantai Jeram
Udang goreng tepung


Celebrated May Birthday Babies On April Fool's Day At Medan Ikan Bakar Pantai Jeram
Sotong goreng tepung


Dah habis makan, terus balik. Taknak lepak lama-lama. Nak avoid berada di luar time waktu Maghrib. Dapat duduk dalam kereta sebelum azan Maghrib pun ok dah. Yang anak kecil jea tahu apa purpose buat macam ni. 




Celebrated May Birthday Babies On April Fool's Day At Medan Ikan Bakar Pantai Jeram
Tak sempat nak selpie, semua dah makan dulu


To Mak & Abah, happy advanced birthday to both of you. Semoga mak and abah sentiasa sihat walafiat, diberikan rezeki yang banyak & sentiasa dirahmati oleh Allah SWT.


P/S: Tajuk entri ada letak April Fool tak bermakna saya menyambut Hari April Fool yea.