Patut beri hadiah atau duit kepada pengantin?

Sebelum saya kahwin dulu, kalau ada attend wedding, saya lebih prefer berikan duit kepada pengantin.  Rasa beri hadiah ni macam dah tak relevan. Iyela takut terberi unwanted gift kepada pasangan pengantin. Nanti hadiah kita langsung tak digunakan. Kalau beri hadiah yang ada kegunaan pun, takut orang lain pun hadiahkan benda yang sama jugak. Still tidak digunakan jugak. Contoh hadiah yang tendency akan sama dengan orang lain beri seperti set pinggan, set cawan, periuk nasi or etc. Pakchik saya dulu dapat sampai lima set periuk nasi. Lastly, lagi senang bagi duit. Kurang-kurang duit yang kita berikan, confirm pengantin akan gunakan sebaik-baiknya.


Hadiah yang saya terima semasa majlis perkahwinan saya. Hope tak terlambat nak ucap terima kasih sekali lagi kepada semua yang beri hadiah kepada saya & Kimchi.

Tapi semasa selesai majlis persandingan saya dahulu, bila tengok dapat banyak hadiah, rasa macam seronok. Dapat sampai 50 hadiah rasanya. Tak ingat exact berapa. Lepas kiraan hadiah yang ke-40 semasa buka hadiah, dah lupa dah nak kira. Hadiah yang saya dapat set pinggan, set cawan, cadar plus comforter, vacuum cleaner, blender, oven, microwave, water filter, iron & banyak lagilah. Hadiah yang sama dapat sampai berset-set pun boleh tahan jugak banyaknya seperti of course set pinggan, gelas, cadar, etc dan paling tak percaya vacuum cleaner & microwave pun dapat 2 set. Saya & Kimchi dah tak perlu nak shopping sangat pun untuk barangan kelengkapan rumah.

Tak apa sebenarnya kalau dapat banyak hadiah yang lebih daripada 1 set. Semuanya ada kegunaan & adalah jugak barangan wear & tear. Contohnya macam cadar lama-lama akan lusuh & kalau set pinggan akan ada yang pecah. So, mana yang dapat banyak, boleh keep stock (stock kau). Set yang tak guna, biarkan dalam kotak & simpan. Bila yang digunakan telah rosak or etc, tak adalah nak kena spend duit untuk ganti baru. Ada keep stock kan. Ahaks.

So, saya rasa beri hadiah kepada pengantin masih lagi relevan. Sebabnya hadiah-hadiah yang diterima pasti sedikit sebanyak meringankan beban pasangan yang berkahwin kerana tidak perlu lagi membelinya. Tapi jangan beri unwanted giftlah seperti… seperti apa yea. Apa-apalah yang tak ada kegunaan.  Tapi ikut kepada diri masing-masing. Nak beri duit pun boleh jugak. Dan jangan ingat pemberian duit kepada pengantin adalah adat tau. Hadiah digantikan dengan duit bagi tetamu yang tak sempat nak cari & beli hadiah kepada pengantin. Saya taknak kupas lebih lanjut mengenai hukum-hakam pemberian duit kepada pengantin sebab saya tak layak. Ilmu belum cukup di dada. Tetapi dah ada penulis yang kongsikan mengenai hukum ini dan entrinya boleh browse di url: http://bit.ly/2Cd30o4

Share this:

CONVERSATION

6 comments:

  1. hadiah kalau dia tu kawan rapat supaya bila dia guna contohnya kita bagi periuk nasi..bila dia guna dia ingat kita..kiki
    dan duit pun boleh lebih kepada family terdekat atau kedua2 sekali

    PSST...cantik dan simple header Radhia ni...suka sangat

    ReplyDelete
  2. Ana kalau tak sempat beli hadiah, ana sumbang duit je.

    Hadiah time ana kahwin 6 tahun lepas pun ada lagi yg tak buka. Simpan jadikan stok. Hehe.

    ** ana dah follow blog awak ni. Salam perkenalan ye 😘

    ReplyDelete
  3. kalau ikut culture family sya, bagi duit je...kadang2 klau ada rezeki bgi dua2 skali..hehe

    ReplyDelete
  4. Liez bagi duit sebab klau bagi hadiah nnt mn tau dia dapt hadiah yang sama smp 2, 3 barang kan... sebab liez pun masa kahwin dpt brg yang sama sampai 3... Last2 smp sekarang tak terusik.. bagi dekat adik je.. klau bagi duit maybe dia boleh beli brg yang dia takde lagi

    ReplyDelete
  5. Kalau kenalan atau jiran rapat, saya memang prefer bagi hadiah tapi kalau kenal2 gitu jea, saya akan beri duit saja.. =)

    ReplyDelete
  6. If family atau kenalan rapat memang akan bagi hadiah. Duit pula salam kaut tu tetap beri, tak kisah lah kenalan rapat atau tidak janji ikhlas. Masa saya kahwin pun dapat banyak hadiah sampai da masuk tahun ke-4 pun masih berguna hadiah-hadiah tu. Penjimatan yg sgt bagus. hehe

    ReplyDelete