Gigih Bawak Budak Kena Simen Ke Blogger Event di Sunway Lagoon Themepark

Gigih Bawak Budak Kena Simen Ke Blogger Event di Sunway Lagoon Themepark


Gigih mama Dak Zafran aiiii..Boleh tu bawak Dak Zafran yang kaki kena simen join blogger event di Sunway Lagoon. Yea,  ada crack di tulang tibia Dak Zafran. Yang ingat seliuh time holiday di Langkawi tu, rupa-rupanya ada crack pada tulang ketingnya(tibia). Siotttt doctor yang saya jumpa betul-betul selepas Zafran terjatuh. Ada ke dia cakap tak ada patah..Cramp sahaja.. Doktor cakap macamtu sebab Dak Zafran  tak ada menunjukkan reaksi kesakitan a.k.a melalak, bila tekan-tekan dekat semua bahagian kaki termasuklah punggung. Even bengkak pun tak ada. Dak Zafran just taknak guna kaki kiri sahaja. Of course ade menangislah sekejap selepas terjatuh. Dipendekkan cerita, lepas seminggu dah rasa something wrong sebab Dak Zafran taknak berjalan lagi. Saya terus dapatkan second opinion. Maknanya jumpa doctor yang lain dan pilih klinik yang ada buat xray terus. Lepas Xray, rupa-rupanya ada crack. No wonderlah taknak berjalan. Nanti lah saya cerita in details dalam entri lain pasal crack Dak Zafran ni.



Gigih Bawak Budak Kena Simen Ke Blogger Event di Sunway Lagoon Themepark
 Naik tram



Gigih Bawak Budak Kena Simen Ke Blogger Event di Sunway Lagoon Themepark


Berbalik cerita blogger event tadi. Mula-mula Ben Ashaari dah ada invite 20 (rasanyalah figure ni) orang blogger dari KBBA group untuk blogger event di Sunway Lagoon. Ni first come first serve sebab nak 20 nama jea. Saya tak adalah nak bagi nama sebab better berikan kepada yang boleh enjoy sebaik boleh di Sunway Lagoon. Kalau saya, awal-awal tahu dah tak boleh mandi. Sunway Lagoonkan lebih kepada mandi-manda. Then, blogger yang terpilih untuk event itupun semuanya yang otai-otai..Saya ni suam-suam kuku jea..Kalau saya bagi nama pun kat Ben, rasanya tak terpilih kot.hehe.



Gigih Bawak Budak Kena Simen Ke Blogger Event di Sunway Lagoon Themepark
Turun di Nickelodeon


Gigih Bawak Budak Kena Simen Ke Blogger Event di Sunway Lagoon Themepark
 Ada Spongebob di belakang, tapi Dak Zafran tak layan.


Gigih Bawak Budak Kena Simen Ke Blogger Event di Sunway Lagoon Themepark
Mampu tengok orang mandi-mandi ajelah


Gigih Bawak Budak Kena Simen Ke Blogger Event di Sunway Lagoon Themepark
Dak Zafran senyum sememeh dapat tengok kartun-kartun di situ

Betul-betul 2 hari sebelum event, dapat personal invitation daripada PR. Tapi untuk event Chewies lah. (Klik sini untuk entri event Chewies  SINI) Yang Ben tu untuk Nickelodeon First Birthday Celebration. Tapi event Chewies pun, siap dapat admission ticket untuk parents & kids and can access to all parks. And then ada lunch and goodies bag. Tahulahkan tiket Sunway Lagoon boleh tahan jugak mahalnya. Dewasa pun RM120. Kalau kanak-kanak murah 20% lah kot. Tanyalah pendapat family patut tak bawak Dak Zafran yang pakai simen join blogger event. Sebab tiket free kot. Dak Zafran pun dah lama tak keluar rumah sejak pakai simen. Ada satu haritu, sebab lama sangat terperap dalam rumah, Dak Zafran melalak-lalaklah bila nampak  papanya nak keluar rumah pergi kerja. Dia pun nak ikut jugak. Semua yang saya tanya pendapat, semuanya cakap patut join. Bawak ajelah Dak Zafran keluar rumah. Lagipun Sunway Lagoon ada banyak benda lain boleh buat selain mandi. Ada wildlife park, amusement park & boleh bawak naik tram.  So, saya terus reply email setuju untuk hadir kepada PR.

Dah di event, macam biasa Dak Zafran meragam. Macam biasalah Dak Zafran tak suka duduk setempat & tempat riuh rendah gitu. Event Chewies ni dahlah halfday. Sepanjang-panjang event berlangsung, Dak Zafran kejap ok kejap melalak. Nasib baik tempat tu bising jea tak adalah semua orang dengar Dak Zafran melalak. Tapi yang duduk berdekatan memang asyik tengok ajelah. Agaknya diaorang ingat Dak Zafran in pain sebab kaki bersimenkan. Ke ada yang fikir mak budak ni tak prihatin langsung. Anak sakit pun angkut jugak join blogger event. Kalau ada yang fikir macamtu, tak kisah pun. Sebab diaorang tak tahu hujung pangkal cerita. Dak Zafran ni tak kira sihat walafiat ke, sakit ke memang jenis anti event macamni. Padahal masa on the way nak pergi event, yang kena lalu di wildlife park, Dak Zafran excited giler kot tengok haiwan di park ni. 


Gigih Bawak Budak Kena Simen Ke Blogger Event di Sunway Lagoon Themepark
 Dak Zafran and tortoise tengah bertegur-sapa


Gigih Bawak Budak Kena Simen Ke Blogger Event di Sunway Lagoon Themepark
 Nak tengok arnab sampai berdiri-diri.


Gigih Bawak Budak Kena Simen Ke Blogger Event di Sunway Lagoon Themepark
Longkang fish pun jadilah..

Gigih Bawak Budak Kena Simen Ke Blogger Event di Sunway Lagoon Themepark
Itik pun Dak Zafran excited tengok.

Habis jea event, time for lunch di Lighthouse Bistro. Ini saya tak taulah apa yang jadi. Makanan yang disediakan untuk media di Bistro ni tak cukup. Ramai media tak dapat makan termasuklah saya. PR dah serba-salah, lastly belikan lunch box untuk yang tak dapat makan. Saya dapat sampai empat lunch box. Dua popia crispy, satu mee goreng+ayam goreng +telur goreng dan satu lagi nasi goreng+ayam goreng +telur goreng.


Gigih Bawak Budak Kena Simen Ke Blogger Event di Sunway Lagoon Themepark
 Male peacock


Gigih Bawak Budak Kena Simen Ke Blogger Event di Sunway Lagoon Themepark


Gigih Bawak Budak Kena Simen Ke Blogger Event di Sunway Lagoon Themepark


Female peacock

Dah makan, first bawak Dak Zafran naik tram. Memang excitedlah Dak Zafran naik tram. Then turun di Nickelodeon Park. Sini tempat mandi-manda jea. Banyak rides yang boleh naik di sini. Kitaorang just bergambar ajelah. Lepas tu bawak Dak Zafran pergi ke Wildlife Park. Mula-mula masuk ke Pet Village. Dak Zafran melihat rabbit, tortoise, guinea pig, chicken baka apa entah ada bulu-bulu di kaki, goat & fish. Kat sini pun dak Zafran melihat semua haiwan dengan excitednya. Then pergi ke Tree Top Terrace. Di situ adalah tempat yang burung-burung dilepaskanlah dan dibolehkan  berinteraksi  dengan  pengunjung. Burung-burungnya seperti peacock and others.


Gigih Bawak Budak Kena Simen Ke Blogger Event di Sunway Lagoon Themepark
boleh lihat Black Eared marmoset di sini

Gigih Bawak Budak Kena Simen Ke Blogger Event di Sunway Lagoon Themepark
White lion couple tengah bersantai

Gigih Bawak Budak Kena Simen Ke Blogger Event di Sunway Lagoon Themepark
White lion ni macam lapar jea. Duk ke hulu ke hilir depan cermin ni

Next melihat haiwan liar yang ada di Tree Terrace seperti black panther.  Haiwan exotic seperti white lions pula boleh dilihat di White Lion Kingdoms dan white tigers di Tiger Land. Bears pun ada di Bear Enclosure. Banyak lagilah haiwan lain yang boleh didapati di Wildlife park. Dah habis pusing-pusing di animal parks, pergi ke amusement parks. Rides yang Dak Zafran boleh naik just carousel & wagon wheel.  Lepas tu, balik dah.


Gigih Bawak Budak Kena Simen Ke Blogger Event di Sunway Lagoon Themepark
Dak Zafran macam gerun naik caurosel ni


Gigih Bawak Budak Kena Simen Ke Blogger Event di Sunway Lagoon Themepark
Naik Wagon Wheel ni tak gayat pulak

Sepanjang-panjang bawak Dak Zafran berjalan lepas sahaja event Chewiest u, Dak Zafran sekali pun tak ada melalak. Meronta-ronta nak mandi di pools pun tak ada. Di event Chewies jea Dak Zafran melalak sebab dia memang anti-event.  Even yang bukan event pun, yang just  makan di restaurant pun Dak Zafran tak suka. Merengek-rengek  nak keluar restaurant. Sebelum dia melalak lebih kuat, bergilir-gilirlah mama and papa bawa keluar. Seorang makan dahulu, sorang lagi bawa Dak Zafran jalan-jalan. Then rotate. Ada member cakap, jangan layankan anak berperangai macamtu. Asal dia tak suka duduk setempat, terus bawa dia keluar. Kena biarkan jea dia menangis. Lama-lama dia akan biasa. Saya & Kimchi malas nak biarkan dia menangis. Rasa macam kesian tengok Dak Zafran menangis. Dia melalak pun boleh tahan juga dramanya. Macam baru lepas kena dera. Sebab tu sampai sekarang duk layan jea lagi dia perangai macamtu. Event Chewiest u nasib baik bising jea. Tak obvious sangat dengar Dak Zafran menangis. Kalau event jenis senyap jea, dah lama papanya bawa keluar.


Gigih Bawak Budak Kena Simen Ke Blogger Event di Sunway Lagoon Themepark
Boleh masuk Scream Park jugak tapi tak akan nak bawak Dak Zafran masuk jugak..Mau mengigau time tidur malam nanti


Gigih Bawak Budak Kena Simen Ke Blogger Event di Sunway Lagoon Themepark
Dak Zafran still rasa enjoy sebab tak ada lagi meragam walaupun dah nak balik dah


Tak apalah, ambil masa lah kot  nak hilang perangai anti-event Dak Zafran ni. Tengah slowly dedahkan Dak Zafran dengan event lah ni supaya lama-lama akan biasa. Hehe. Apapun, mama nya still rasa buat keputusan yang betul bawa Dak Zafran join event di Sunway Lagoon. 

Share this:

, , ,

CONVERSATION

4 comments:

  1. bestnya...
    semoga dak zfran cepat sembuh...

    ReplyDelete
  2. ala kesiannya kaki kena simen. tapi tetap enjoy jugak kan even ada scene melalak :P

    ReplyDelete
  3. kesiannya kecil lagi kaki kena simen. semoga cpt sihat. best pegi event mcm tu.memang dah lama teringin nak pegi

    ReplyDelete
  4. wah..best nye tgok...peacock?

    ReplyDelete